Kadang-kadang apabila kita bercuti dengan rakan pasti kita akan meminjam dahulu duit mereka untuk membayar ‘itu dan ini’. Ada jugak di antara kawan kita yang meminjam sampai terlupa pula nak bayar balik duit hingga terpaksa kita ingatkan.
Kini sis tak perlu risau lagi. Kita boleh kira rekod semua hutang-hutang itu dalam applikasi ini. Mudahkan!
Bukan hanya rekod hutang sahaja, nak rekod perbelanjaan duit juga boleh.
kredit: twitter @thesierraalpha
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Malam Baca Surah Taha & Ar Rahman” – Sarat Hamil, Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati
Bulan lalu viral kisah seorang pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Perbuatan berkenaan telah mengundang kemarahan netizen kerana dianggap kejam dan tidak bertanggungjawab.
Ramai menyalahkan pendakwah berkenaan atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu dan menyelar tindakan berkenaan. Netizen juga turut menzahirkan simpati pada wanita ini yang hanya sempat beberapa bulan mengecap kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri.
Tidak mahu mendengar hanya di sebelah pihak, Hijabista terpanggil mengatur sesi temubual bersama wanita kelahiran Klang, Selangor ini. Biarpun penampilannya berniqab, namun terpancar kegembiraan di sebalik sinar mata yang begitu ikhlas.
Reda & Tiada Dendam
Bagi Ain ‘Afini Latif, 23 tahun, dia sedar dirinya jadi bahan viral disebabkan kes berkenaan. Namun sebenarnya empunya diri cukup reda dengan apa berlaku. Tidak ada dendam pada pihak berkenaan, sebaliknya mengakui dirinya tetap masih bersahabat dengan lelaki yang pernah dipanggil suami itu.
“Alhamdulillah saya sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian yang Allah berikan pada saya. Tidak ada sedetik pun rasa untuk sedih. Saya anggap memang tak ada rezeki dan mungkin bahagian kita pada masa yang lain.
“Dalam hal ini saya sangat-sangat beruntung kerana mendapat sokongan ahli keluarga. Mereka jadi kekuatan saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Saya pegang satu benda je, parent saya tak deserve untuk tengok saya bersedih.
“Bagi saya mereka sudah jaga saya dari kecik dengan penuh kasih sayang. Takkan bila sudah besar ini kita nak mereka lihat kehidupan kita yang begini. Jadi tidak ada masa untuk bersedih. Saya memang kena kuat hadapi segalanya,” ujar Aina yang hanya alami fasa sedih di awal-awal.
Keluarga Sangat Positif & Beri Sokongan
Menurutnya, apabila berada dalam keadaan begitu memang akan menyebabkan diri rasa tidak tenang.
“Jadi berbalik pada diri sendiri untuk keluar dari kepompong (sedih) berkenaan. Jika kita masih berada dalam situasi itu (tidak keluar dari fasa sedih), tidak ada gunanya. Macam saya katakan tadi, keluarga tak deserve untuk lihat saya bersedih.
“Mak ayah saya sangat positif orangnya. Mereka tidak pernah bercerita mengenai anak orang lain. Dan bila terkena pada anak sendiri, keduanya sangat positif. Kata mereka lagi, ‘Tak apalah Allah nak tunjuk sesuatu yang lebih baik”. Mereka tidak salahkan orang lain dan berkata ujian ini adalah bahagian Ustaz,” jelas Ain yang mempunyai cara tersendiri untuk merawat hati sendiri.
Rawat Hati Baca Sura Taha & Ar Rahman
“Apa yang saya buat adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang Allah berikan. Setiap malam juga saya amalkan baca surah Taha dan Ar Rahman sebelum tidur. Saya amalkan sampailah sekarang. Bagi saya ayat itu memberi kekuatan berhadapan dengan segala ujian yang melanda.
“Dalam ayat itu Tuhan menyembut ‘Maka Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan’ dan inilah yang jadi pegangan pada saya selama berhadapan ujian ini. Saya akan baca sebelum tidur dan kalau tak baca pun saya akan pasang kedua-dua surah berkenaan.
“Biasanya saya akan baca surah berkenaan pada waktu malam sebelum tidur kerana inilah waktu terbaik kita sedang dalam keadaan rileks,” tambahnya yang kini sedang sarat mengandung anak pertama, 8 bulan.
Biarpun tanpa kehadiran suami di sisi, tapi bagi Ain ia tidak jadi masalah padanya. Memandangkan sebelum ini dia lebih senang menjalani hidup berdikari.
“Buat masa ini saya memang ambil cuti dua bulan dari pengajian di UIAM (kursus Sosiologi & Antropologi). Insya-Allah lepas bulan 9 nanti saya akan masuk belajar balik. Saya terpaksa bercuti kerana ada masalah kesihatan sepanjang mengandung ini. Saya sebenarnya seorang yang aktif, bergerak laju dan buat kerja jenis cepat. Kadang-kadang saya tak sedar pun diri saya tengah mengandung.
“Oleh sebab itu baru-baru ini baby tak bergerak aktif. Bukan sebab saya stress disebabkan masalah peribadi. Doktor kata sebab keadaan saya yang terlampau aktif. Sepanjang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital, ayahlah yang akan temankan saya,” tambahnya yang tidak ada masalah bergerak sendiri tanpa kehadiran suami di sisi.
Jenis Independence
“Sebelum kahwin saya memang jenis independence dan senang bergerak ke sana ke mari seorang diri. Malah masa awal-awal pun memang Ustaz sibuk ceramah sana sini, jadi saya pergi checkup sendiri.Saya pula jenis tak suka bergantung pada orang lain.
“Awal kehamilan hari itu saya ok je tak seperti wanita hamil lain yang sering dimanjakan suami. Tapi di akhir kehamilan ini ada juga terdetik perasaan itu. Tapi saya anggap tak ada rezeki dan mungkin bahagian saya nanti pada masa lain.
“Alhamdulillah segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak ini sudah tersedia. Dan saya juga mahu keluarga ada di sisi saat mahu melahirkan nanti. Insya-Allah walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, saya berjanji akan jaga anak ini dengan sebaiknya. Saya doakan anak ini nanti jadi anak yang soleh. Malah saya turut harapkan apa yang terjadi ini tidak pecah belahkan hubungan dengan ayahnya.
“Kami masih bersahabat baik. Ini semua dilakukan untuk kebaikan anak yang bakal lahir nanti. Kalau nak fikir salah masing-masing memang banyak tetapi saya pilih pendekatan untuk berbaik-baik dengan Ustaz. Takkan kita nak tunjuk pada anak nanti perkara yang tidak elok. Bagi saya broken family tak semestinya berakhirnya dengan sesuatu yang tak baik.
“Insya-Allah saya akan beri kasih sayang yang secukupnya dan tak akan berkurang walau sikitpun. Biarpun keluarga kecil kami tak complete, tapi hubungan dengan ayah tetap akan diteruskan,” tambah Ain yang memasang impian satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe. Ini kerana dia mempunyai minat memasak dan kembali menulis dalam blog.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Barbie Doll! Kini Ibu Dua Anak, IZARA AISHAH Kekal Menawan Pada Usia 31
Pelakon jelita Izara Aishah dilihat semakin cantik dan berseri-seri sejak bergelar ibu kepada dua cahayamata.
Malah, Izara juga semakin aktif berkongsi perkembangan terkininya di media sosial antaranya momen-momen menghadiri acara fesyen dan kecantikan.
Menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sentiasa menitikberatkan soal penampilan serta kecantikan biarpun bertudung labuh dan berpakaian longgar.
Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham merupakan pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011.
Penghijrahan (bertudung) pelakon berusia 30 tahun ini yang sejuk mata memandang mendapat reaksi positif di kalangan pemgikut serta warga maya yang turut gembira dengan perubahannya itu.
Izara pernah berkongsi, keputusan dirinya untuk menutup aurat dengan sempurna adalah selepas terbaca satu ayat dalam kitab suci Al-Quran tentang suruhan-Nya pada hamba-hamba untuk kekal menutup aurat.
Menurut Izara, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan.
Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri.
Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen.
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Izara Aishah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaya Nampak ‘High Class’ Tanpa Perlu Berbelanja Mahal, Perunding Imej WAWA IDRIS Kongsi Caranya
Walaupun bertudung dan menutup aurat tidak semestinya anda tidak boleh all out dalam penampilan.
Adakalanya seorang hijabi itu nak kelihatan lebih ekstra daripada kebiasaan contohnya ke acara-acara tertentu.
Perunding imej dan usahawan terkenal, Wawa Idris ada caranya bagaimana hijabi boleh tampil mahal dan berbeza daripada kebiasaan.
Wawa Idris berkongsi tip ringkas di Instagram peribadinya bagaimana untuk mendapatkan gaya yang mahal dan elegan.
Memetik daripada perkongsiannya itu, cara pemakaian untuk nampak mahal, high class dan tanpa perlu berbelanja lebih ialah memilih kain atau fabrik jenis berkilat.
Contohnya satin, organza atau chiffon. Namun begitu, elakkan fabrik yang terlalu berkilat.
“Kalau satin tu pilih yang matte satin ok.”
Wawa turut mencadangkan baju yang hendak dipakai nampak terletak dan tidak berkedut-kedut. Barulah penampilan seseorang itu akan nampak mahal.
Seterusnya, hijabi boleh mengenakan makeup yang ada kesan glossy.
“Boleh add-on makeup yang ada glossy effect contohnya pakai lip gloss.
“Bibir tu nampaklah berkilat sikit tapi janganlah all over nampak macam baru lepas makan ayam.”
Wawa turut mencadangkan pemakaian eyeshadow yang memberi kesan glamor. Namun jangan pula berlebihan.
“Pakai eyeshadow yang ada elemen glitter or shimmer. Tapi jangan terlalu berkilat, risaulah takut dah jadi macam lampu disko lah pula mata korang nanti.”
Untuk info, Wawa Idris merupakan usahawan dan perunding imej profesional yang aktif memberikan latihan di organisasi korporat dan agensi kerajaan.
Beliau juga sering melatih usahawan dalam aspek personal branding, pemasaran dan strategi media sosial.
Wawa Idris turut menjadi tetamu jemputan di televisyen dan radio, serta pernah ditemu bual dan menulis di ruangan khas majalah.
Sumber: Instagram Wawa Idris
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI