Selepas hari yang sukar, tidur adalah godaan terbesar untuk menamatkan hari yang panjang. Penat sangat sampai lupa nak bersihkan muka dari solekan dan kotoran. Kalau tiap-tiap hari macam ni Bela, muka kau kena masalah besar.

Tidur dengan solekan dan kotoran tidak digalakkan oleh semua pakar dermatologi dan pakar kesihatan kulit. Kerana kesannya boleh menimbulkan masalah baru pada wajah. 

Artikel Berkaitan : Muka Berminyak Sampai Jerawat Beranak Pinak? Tepek Je Masker Ni Sis

1.Kulit Kering

Kulit berasa kehilangan lembapan pada waktu malam. Jika solekan atau kotoran masih melekat, kulit muka tidak boleh terhidrat dengan sempurna. Akibatnya, anda bangun dengan kulit muka yang kering dan menggelupas.

2.Wajah Kusam

Kotoran dan solekan yang tidak ditanggalkan bertukar menjadi sel kulit mati pada permukaan wajah. Pada waktu pagi anda akan terkejut dengan wajah yang kusam dan kurang cerah.

IKLAN

3.Keradangan Kulit

Solekan dan kotoran yang melekat pada muka menjejaskan keupayaan kulit untuk mengekalkan kesihatannya. Jika tidak dibersihkan, ia menyebabkan keradangan pada muka. Dari kemerahan, gatal-gatal, mengelupas atau gabungan semuanya. Seram!

4.Jerawat

Sisa-sisa kotoran yang tidak dibuang dari muka terkumpul dan menghalang kulit daripada bernafas. Ini menyebabkan minyak dan sel kulit mati membentuk tersumbat, menyumbat pori-pori dan menyebabkan jerawat muncul di mana-mana.

IKLAN

5.Jangkitan

Selain daripada jerawat, kotoran yang menyumbat pori-pori kulit muka juga boleh menyebabkan bengkak di sekitar mata. Akibatnya, ia akan mencetuskan kemunculan nodul. Untuk luka muka, kotoran yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan jangkitan.

Artikel Berkaitan : Ada 6 Cara Mudah Untuk Hilangkan Jerawat Badan Yang DEGIL!

6.Penuaan

IKLAN

Gas, asap dan habuk persekitaran bandar boleh mencipta radikal bebas dalam kulit. Kegagalan untuk membersihkannya sebelum tidur membawa kepada keradangan yang mencetuskan kemunculan tanda-tanda penuaan pramatang. Dari bintik matahari, bintik gelap dan tona kulit tidak sekata.

7.Bibir Kering Dan Mengelupas

Daripada semua bahagian muka, kulit pada bibir adalah yang paling sensitif. Sekiranya sisa-sisa gincu atau solekan pada bibir tidak disapu sebelum tidur, permukaan bibir akan menjadi kering dan mengelupas.

Alamak, seram jugak, kesan tak cuci muka sebelum tidur. Jadi Hijabi,  walau penat macam mana pun, sentiasa ambil masa untuk bersihkan muka dari solekan dan kotoran berlapis. Jangan biarkan bakteria jahat menyebabkan pelbagai masalah pada wajah anda semalaman.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI