Mengahwini orang yang kita cinta memang menjadi impian. Tapi cukupkah persediaan kita sebelum menjadi isteri orang? Banyak perkara yang perlu kita perbaiki sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Kita mungkin akan fikir kita boleh mengubah diri kita apabila sudah menikah nanti namun ianya tidak semudah itu. Menerusi coretan Nurliyana Nasuha Razali di Facebook, dia telah berkongsikan beberapa perkara yang perlu seorang gadis itu tahu sebelum bergelar isteri.
Kuatkan bergantungan kita terhadap Allah SWT.
Ads
Ini 10 perkara yang perlu difikirkan sebelum berkata ‘ya’ terhadap lamaran seseorang.
Pengacara dan personaliti TV3, Dayah Bakar mengakui bahawa bulan Ogos merupakan bulan yang paling istimewa bagi dirinya dan juga anak lelaki sulungnya, Achbar Muhammad Fahri.
Ini berikutan, bulan Ogos merupakan bulan kelahiran anak sulungnya itu dan merupakan bulan sama Dayah mengetahui bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua mereka. Sekaligus membuatkan Fahri bakal menjadi abang.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Dayah sendiri menerusi safu muatnaik hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi rakaman video berkenaan dapat disaksikan Dayah yang membuat kejutan kepada suaminya, Muhammad Hanif Hamidi dengan mengadakan satu ‘game’ yang membawa kepada kejutan mengenai berita gembira berkenaan.
Ketika ditemui Hijabista dalam sebuah majljs di Ibu Kota Dayah mendedahkan bahawa, usia kandungannya kini telah mencecah pada trimester kedua dan berharap agar segala urusan bersalin cahaya mata keduanya akan dipermudahkan kelak.
“August is a special month for me and Fahri .Dengan rasa rendah diri, dan dengan izin Allah, Fahri will soon jadi baby abang.
“In my 2nd trimester now! Alhamdulillah
“Pohon doakan kesihatan dan keselamatan both ibu and baby, dan kemudahan bersalin kelak, and this means the world to us, more than anything else,” kongsinya teruja.
Menerusi hantaran sama, Dayah turut berterima kasih kepada wargamaya yang mendoakan kesejahteraan dirinya serta bayi dalam kandungan, dan berharap agar mereka yang menantikan kehadiran cahaya mata akan dikurniakan perkara sama.
“Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih, dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan, walau mungkin kita tidak pernah bersua.
“Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh Allah. Insya-Allah,” tulisnya.
Sekadar info, Dayah mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada Jun 2018 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos 2020.
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah bossbukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.
Penyanyi yang semakin meningkat naik, Sarah Suhairi sentiasa mendapat perhatian peminat industri seni tanah air. Perwatakannya yang ceria dan gila-gila membuatkan dirinya mudah disenangi ramai.
Baru-baru, Sarah telah memuat naik gambarnya di laman instagram dengan imejnya yang terbaru iaitu tanpa pendakap gigi.
Bercakap kepada mStar Online, Sarah mengatakan sebenarnya ramai tak perasan, bila mereka tengok gambar di Instagram barulah mereka bertanya kerana gigi nampak lain.
“Mungkin orang tak perasan gigi saya sebelum ini ada braces sebab tu mereka tak rasa macam ada perubahan.
“Kalau tanya saya, memang ada perbezaan sebab ini gigi lebih tersusun, lebih mudah nak bercakap dan lebih cantik berbanding sebelum ini,” jelas pelantun lagu Nyawa & Raga ini.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.