Untuk mendapat kulit wajah yang bersih dan sempurna, tidak hanya memfokuskan kepada produk pencuci muka seperti pelembap, serum dan lain-lain lagi malah pengambilan suplemen Vitamin C juga membantu untuk memberi kesihatan kepada kulit badan.

Sumber gambar: Everyday Health

Pengambilan suplemen Vitamin C seperti tablet amat mudah dan menyenangkan kerana ia boleh diambil mengikut keperluan dan kesuaian keadaan tubuh badan.

IKLAN

Antara kegunaan suplemen vitamin C ini ialah seperti:

IKLAN
  • Menambahkan sumber Vitamin C dalam tubuh badan. Ramai sebenarnya yang mengalami masalah kurang Vitamin C. Ini secara tidak langsung boleh mendatangkan masalah kesihatan yang bahaya. Maka, pengambilan suplemen ini dapat membantu untuk mengatasi masalah kesihatan.
  • Vitamin C juga dapat membantu untuk menghasilkan kolagen dalam tubuh badan. Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri.
  • Ia juga berfungsi untuk mematikan sel kanser. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati bahawa vitamin C dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam membantu mematikan sel kanser. Ia secara tidak langsung dapat menghindari penyakit berbahaya seperti kanser. 
  • Vitamin C dapat menghasilkan kulit yang berseri. Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa kini.
  • Selain itu juga, suplemen Vitamin C membantu untuk menghindari jangkitan kuman. Hal ini kerana Vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mendapatkan Vitamin C yang cukup bagi kesihatan kita.
Sumber gambar: Healthline

Antara hasil yang boleh didapati dengan pengambilan suplemen vitamin C ini ialah seperti:

IKLAN
  • Wajah akan kelihatan cantik berseri
  • Kulit akan menjadi lebih putih dan lembut
  • Mengekalkan paras vitamin C dalam badan dengan optimum
  • Penyakit seperti scurvy dapat dielakkan
  • Gusi dan gigi akan sentiasa sihat dan tidak berdarah

https://www.youtube.com/watch?v=f_7IJIrVfaE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI