Sengkuang bukan sahaja sedap untuk dimakan malah ia juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan terutamanya kepada kecantikan kulit anda.

Sengkuang mempunyai sumber Vitamin B1, B2, Asid Folik serta kalsium yang mampu untuk merawat masalah kulit anda. Malah, banyak lagi kebaikannya yang perlu anda tahu! Jom ketahuinya!

Sumber gambar: Fakulti
  1. Melindungi kerosakan sel

Sengkuang mempunyai kesan antioksidan yang melindungi tubuh badan daripada kerosakan sel. Fungsi antioksidan ialah untuk melindungi daripada kerosakan sel dengan melawan radikal bebas, molekul berbahaya yang menyebabkan tekanan oksida.

Tekanan oksida boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, penyakit berkaitan jantung dan penyusutan kognitif.

2. Menjadikan wajah tampak muda

IKLAN

Bukan hanya bertindak sebagai bahan antioksidan, malah sengkuang juga boleh menjadikan anda tampak muda! Ini adalah kerana sengkuang mengandungi bahan saponin, alkaloid, terpenoid, flavonoid dan tanin. Oleh kerana itu,ia amat bagus untuk dijadikan sebagai bahan anti-penuaan.

Sumber gambar: Daily Sabah

3. Mengurangkan masalah jerawat

Oleh disebabkan sengkuang memiliki pelbagai jenis vitamin yang berguna untuk kesihatan kulit, ia dapat memberikan kelembapan yang sangat tinggi kepada kulit. Ini dapat mengurangkan masalah jerawat terutamanya kepada anda yang memiliki masalah kulit sensitif. Anda boleh jadikan sengkuang sebagai bahan skrub anda untuk kaedah ini.

4. Memberi kebaikan kepada jantung

IKLAN

Sengkuang merupakan pilihan yang baik untuk melindungi kesihatan jantung kerana mengandungi pelbagai nutrisi penting. Sengkuang mengandungi serat yang membantu untuk mengurangkan paras kolesterol. Serat menghalang kolesterol daripada diserap ke dalam usus dan menghalang organ hati daripada menghasilkan lebih banyak kolesterol.

5. Bahan terbaik untuk turunkan berat badan

Khas bagi anda yang sedang mencari solusi terbaik untuk menurunkan berat badan, jadikan sengkuang sebagai salah satu bahan utama dalam menu pemakanan anda. Ia adalah satu satu sumber makanan terbaik untuk yang sedang berdiet. Ini kerana sengkuang merupakan makanan yang tinggi nutirisi tetapi rendah kalori.

Sengkuang mengandungi air dan serat yang tinggi, yang membantu untuk berasa kenyang lebih cepat dan lebih lama. Inulin, sejenis serat yang terkandung dalam sengkuang membantu untuk mengawal selera makan dengan memberikan rasa kenyang lebih lama. Ini kerana asid lemak rantai pendek dan keupayaan untuk meningkatkan hormon yang membantutkan selera makan.

IKLAN

Selain itu, serat inulin membantu untuk mengekalkan paras gula pada tahap normal dan mengelakkan daripada paras gula meningkat secara mendadak sejurus selepas makan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI