Rambut ibarat mahkota wanita. Jika anda tidak menjaganya maka, hilanglah seri penampilan anda. Walaupun anda berhijab, ia bukanlah alasan untuk anda tidak menjaga dengan rapi kesihatan rambut. Walhal, apabila berhijab, lebih banyak perkara penting yang harus anda tekankan untuk memastikan masalah-masalah seperti rambut berbau, berminyak dan kering dapat dielakkan.

Sumber gambar: Cottonbro

Kali ini, sempena meraikan mahkota setiap wanita, team Hijabista kongsikan kepada 5 tip utama dalam menjaga kecantikan serta kesihatan rambut anda. Ingat, walaupun berhijab, rambut masih keutamaan anda ya wahai kaum hawa!

Sumber gambar: Headcurve

Tip atasi rambut rosak

Selalunya, rambut rosak terjadi akibat penggunaan produk syampu yang banyak mengandungi bahan kimia, rambut berwarna dan juga anda yang gemar menggunakan alatan elektronik yang memberi suhu panas pada rambut, contohnya alat pengering dan pelurus rambut. Oleh kerana itu, anda dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaannya. 

Jika tidak boleh dielakkan, gunakan serum atau krim pelindung rambut untuk melindunginya dari kepanasan. Lebih selamat menggunakan alat pengeriting dan pelurus rambut yang diperbuat daripada seramik kerana ia dapat melindungi rambut daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Tip atasi rambut berminyak

Masalah rambut berminyak boleh dikatakan masalah yang dialami oleh sebilangan kaum Hawa di Malaysia. Faktor cuaca panas juga menyebabkan rambut berminyak, lbih-lebih lagi jika memakai hijab. Antara sebab lain rambut berminyak adalah kurangnya mencuci rambut. 

IKLAN

Hindari masalah ini dengan mencuci rambut sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda. Gunakan perapi rambut yang mengandungi perapi dan elakkan dari terkena kulit kepala. Selain itu juga, penggunaan hair mask dapat melindungi dan memperbaiki rambut rosak.

Sumber gambar: Medical News Today

Tip atasi rambut berkelemumur

Kelemumur mengurangkan keyakinan diri! Lebih-lebih lagi apabila kita lihat banyak habuk-habuk putih yang jatuh pada bahu. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan syampu anti-fungus yang dapat mengatasi masalah kelemumur yang serius. 

Selain daripada itu juga lumurkan perahan air limau nipis selepas anda mencuci rambut dan biarkan ia selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air yang bersih. Dengan cara ini, kelemumur dapat diatasi disamping rambut menjadi lebih lembut dan bersinar.

IKLAN

Baca juga: Bila Tengah Hari Je Kulit Berminyak! Ini 8 Petua Ringkas Untuk Atasi Masalah Kulit Berminyak!

Sumber gambar: Medical News Today

Tip hindari rambut gugur

Ini seringkali terjadi kepada wanita yang memiliki rambut yang panjang. Kalai di dalam bilik air, pastinya rambjt gugur ini menyebabkan saluran lubang air tersumbat dek kerana banyak rambut gugur yang terkumpul di situ! 

IKLAN

Usah risau! Atasinya dengan memasukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air yang mendidih. Tapis serbuk teh tersebut dan ambil airnya. Air teh yang telah ditapis dibancuh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur. Kacau sehingga sebati. Seterusnya, sapukan pada kulit kepala dan biarkan ia selama tiga jam. Amalkan petua ini dua minggu sekali dan gunakan syampu kawalan rambut gugur dua kali sehari.

Tip atasi rambut berbau

Khas bagi anda yang memakai hijab, elakkan masalah rambut berbau dengan sentiasa mencuci rambut anda. Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh semburkan ‘face mist’ sebagai gantian kepada wangian rambut anda untuk memastikan rambut sentiasa segar dan wangi. 

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI