Pelakon serta pempengaruh, Syazlin Zainal, 26, telah meninggal dunia pada khamis lalu. Menurut laporan dari Harian Metro, difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia di Johor namun punca kematiannya tidak dapat dikenalpasti lagi.
Berita sedih ini telah dikongsikan oleh salah seorang rakan Syazlin iaitu Zeatyalia menerusi InstaStory miliknya semalam. Ramai juga yang terkejut dengan permegian arwah kerana dia kelihatan sihat beberapa hari sebelumnya.
Selalu nampak ceria dan tersenyum manis
Namun, apa-apa kenyataan oleh Zeatyalia sendiri tidak dapat dimaklumkan dengan lebih lanjut tentang Syazlin. Katanya lagi, dia perlu menghormati privasi keluarga Allayarhamah tentang itu.
“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya,
“Saya kehilangan rakan hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku.” tulisnya di InstaStory.
Melalui hasil siasatan pihak polis, mereka mengesahkan kematian pelakon itu adalah kerana terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru. Orang awam di sekitar kawasan itu menjumpai tubuhnya dan segera melaporkan kepada pihak polis.
Ads
Berita pemergian Syazlin membuatkan ramai pihak terkejut sehinggakan rakan-rakan serta peminat tidak menyangka pemergiannya itu. Ada salah sebuah akaun Instagram kelab peminat arwah juga memaklumkan akan memadam akaun tersebut.
“Semoga segala urusan dipermudahkan dan mohon maaf atas segala kekurangan atau kekhilafan. Akaun ini akan ditutup.” tulis admin akaun tersebut.
Ads
Allayarhamah merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik dan dia merupakan anak perempuan tunggal dalam ahli keluarganya. Arwah pernah membintangi beberapa dram tempatan seperti ‘Oh My Hantaran’ dan juga pempengaruh terkenal.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perasan tak selain jerawat, kita juga sering berdepan dengan masalah kehadiran biji milia ataupun dipanggil biji kolesterol. Kehadiran biji ini memang boleh mencacatkan sedikit kecantikan wajah, lebih-lebih lagi jika timbul banyak.
Biji milia atau kolesterol ini boleh timbul di wajah disebabkan masalah kolesterol tinggi, perubahan hormon dan juga ada disebabkan faktor keturunan. Dan jika diatasi lebih awal boleh menyebabkan kita hilang keyakinan dengan diri sendiri.
Perkongsian wanita ini Marina Saringat di laman sosial Facebook memberi petua untuk menghilangkannya menggunakan cara tradisional. Perlu diamalkan secara konsisten untuk memastikan hasilnya lebih baik.
Ada Masalah Biji Milia atau Biji Kolestrol? Ahaaa ingat tak gambau ari dok sebok upload haritu ade buah tembikai lah apelah. Haaa inilah topiknya. Sila beri penuh perhatian
Tau tak masalah biji milia dan kolestrol ni disebabkan keratin lebihan?
Semua gara gara disebabkan ●Kolestrol tinggi ● Penggunaan oil based skin care ●Perubahan hormon ● Sebab keturunan ●Pencemaran dan tak bersihkan makeup.
Dannnn… kalau youalls tak cegah dari awal, berlumba lumba biji biji ni tumbuh. Biasa dekat kelopak mata, bawah mata dan hidung tau.
Meh ari nak share some tips. Seriously memula macam rasa tak konfiden. Sebab ari rasa lepas guna serum Fiiara baru start nampak biji kolestrol tu dah start makin mengecil berbanding dulu.
Tapi lepas amalkan beberapa tips ni, ternyata membantu jugak. Nak kata secara pantas tidaklah. Memang kena amalkan kedua dua tips ni dalam tempoh 15-20 minit dan setiap 3 kali seminggu.
Yeeee, sebab tradisional kesan ambil masa tapi hasil kebiasaannya lebih baik. Sebab biji milia dan kolestrol boleh datang semula kalau tak jaga pemakanan korang walaupun buat rawatan laser. Haa takutkan.
Jomm pegi beli barang and kita buat. Mudah je lahaiii. Rajin tak rajin jee.
Ade 2 resepi tuk buang milia ni tau, nak buat salah satu pun boleh. Tapi nak buat dedua lagi bagus. Ari try menten 2 tips ni. Hopefully hilang terus.
Okayyy, bahan bahan ade di komen ya. Selamat mencuba!
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kegagalan mempertahankan kerusi legasi keluarga di Permatang Pauh sejak era Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuatkan puteri reformasi Nurul Izzah hiba.
Terutamanya kegagalan itu berlangsung pada hari lahirnya yang ke-42 tahun. Ini jelas membuktikan bahawa rakyat dambakan perubahan dan pembaharuan landskap politik negara yang baharu.
Bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu, dikhabarkan menyambut ulangtahun kelahiran pada hari yang sama, tetapi jatuh tersungkur apabila tewas kepada pihak lawan Perikatan Nasional (PN) Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang mewakili PAS dengan majoriti 5,381 undi.
Menerusi video yang tular dilaman Tik Tok sejak semalam memaparkan anak kepada anak kepada Ketua Pembangkang itu terpaksa akur dengan kenyataan pahit bahawa kerusi tradisi keluarganya itu kini dimiliki pihak lawan.
Sebelum meninggalkan kawasan tradisi itu, Nurul Izzah sempat menzahirkan ucapan selamat tinggal dan memberikan lambaian terakhir kepada penyokongnya dari dalam kereta, sambil moments hiba itu dirakam media.
“Bye everyone,” katanya sambil cuba mengukir senyuman dalam kepayahan.
Pada video sama kedengaran sorakkan reformasi dilaungkan penyokong Parti Keadilan Rakyat yang mahu berkongsi semangat buat Nurul Izzah agar terus bangkit meneruskan perjuangan.
“Reformasi, reformasi, reformasi, reformasi.
Lawan tetap lawan, Allahuakbar,” laung Nurul Izzah bergema bersama penyokongnya yang lain.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu terkilan apabila Nurul Izzah tidak lagi mempunyai tempat secara rasmi dalam arena politik negara.
Mereka berharap agar Nurul Izzah tidak berputus asa dan kembali semula ke pentas politik dengan keazaman baharu.
“YB (Yang Berhormat) adalah yang paling aku salute. Beauty with brain. Semoga dipermudahkan urusan untuk berjumpa lagi di masa akan datang.
“Sedih weh Nurul Izzah tak ada dalam parlimen.
“Come back stronger YB, you and KJ (Khairy Jamaluddin) both are talented and lantang bersuara. You and KJ must both come back for the nation,” kata netizen.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.