Ramai yang teruja apabila melihat wajah jelita pelakon terkenal, Izara Aishah menghiasi kempen raya Naelofar bagi tahun 2022.
Berkongsi di laman Instagram, pelakon filem Kau Yang Satu itu telah memuat naik foto-fotonya menggayakan hijab terbaharu keluaran Naelofar bersama beberapa model lain.
Ramai yang memuji keanggunannya termasuklah pengasas jenama Naelofar sendiri iaitu tidak lain tidak bukan selebriti terkenal, Neelofa.
Ads
Dalam pada itu, Izara juga turut mengucapkan terima kasih kepada Neelofa yang juga sahabat baiknya itu kerana sudi memilih untuk turut serta dalam kempen raya Naelofar ini.
Ads
“Alhamdulillah thank you for choosing me Kak Lofa!”
Baru-baru ini platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di platform Shopee Live bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam bergaya serta menggalakkan mereka membeli barangan lokal.
Bertemakan ‘Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’.
“Fesyen dan kecantikan di Shopee sesuai buat semua untuk meraikan Hari Raya. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.
“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma,” kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh.
Pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita menonjolkan busana yang berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama.
Sepuluh penjual fesyen Muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. Barang kemas dan aksesori Habib Jewels turut dipersembahkan di pentas runway.
Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini ialah Y.O.U, Simply Siti, Silky Girl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barren Bliss, Alha Alfa, dan AISASEA.
Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik.
Untuk gaya pertama bertemakan Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur.
Seperti dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna jingga gelap buat lelaki dan wanita dengan pelbagai warna kulit.
Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita Kiffy Razak berkongsi tip gaya mengikut trend terkini
“Anda boleh menggabungkan ‘color-blocking’ ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik.”
Shopee turut menawarkan rangkaian pelbagai dan ‘wholesome’ dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga.
Pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie yang turut memiliki kedai Skuad Shopee Celebrity berkata, “Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau bandar. Berpakaian secara selesa dan sopan, elakkan ‘overdressing’.
Juga dari Skuad Shopee Celebrity, Zoey Rahman, pelakon Malaysia dan pengasas Mikaseries, turut memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di hari raya.
“Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa dua minit. Saya suka idea pakaian ini kerana ia klasik dan sesuai dipakai pada pagi raya.”
Kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee sedang berlangsung sehingga 11 April 2024. Tahun ini Shopee akan memperkenalkan ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma. Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.
Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita mengujakan apabila skuad wanita dari kem olahraga negara berjaya melakar sejarah pada saingan Terbuka Singapura dengan merangkul kejuaraan pada acara 4×100 meter(M) sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Skuad antarabangsa wanita negara itu terdiri daripada atlet Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal telah membuktikan meskipun tiga daripada mereka berhijab, namun itu tidak menjadi halangan tampil dengan persembahan yang memukau di Stadium Nasional Kallang itu.
Skuad wanita negara yang ditempatkan di lorong ketujuh adalah Azreen yang memulakan persaingan untuk memintas pelari pecut dari Thailand dan Singapura di awal perlumbaan.
Sejurus itu Zaidatul Husniah pula mengambil tempat sebagai atlet pecut bagi 100 meter seterusnya sebelum menyerahkan baton kepada Nur Afrina selaku peserta ketiga yang kembali menghambat kelompok hadapan.
Manakala, pecutan pada 100 meter terakhir disempurnakan oleh Nur Aishah yang sepantas kilat cuba mengejar pelari tuan rumah sebelum melakukan pintasan pada pusingan akhir (final lap) sekaligus menamatkan perlumbaan dengan merangkul pingat emas buat Malaysia dengan catatan masa direkodkan pada 45.7 saat.
Sekadar info, skuad bagi pasukan lelaki dianggotai oleh Mohd Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Mohd Arsyad Md Saat dan Jonathan Nyepa turut memberikan persembahan yang unggul dalam acara sama. Bagaimanapun, ekoran terdapat kesalahan yang dilakukan semasa perlumbaan kemenangan itu terpaksa dibatalkan dan menyerahkan kemenangan kepada kuartet Australia.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai juga yang mengalami tekanan emosi dek kerana tidak dapat keluar dari rumah. Walaupun berasa tertekan, kita haruslah ingat bahawa ini semua adalah untuk kebaikan diri kita sendiri bagi mengelak situasi yang lebih buruk.
Bagi menghilangkan perasaan negatif yang kadang kala datang menyinggah, anda boleh mengikuti teknik yang disarankan oleh Dr. Ahmad Rostam Md Zin ini yang merupakan seorang pakar psikiatri ini. Biarpun bersifat sementara, setidak-tidaknya ia mampu memberikan kelegaan di waktu terdesak.
Ini adalah teknik untuk mengawal emosi negatif, keresahan, desakan negatif dan ketakutan yang boleh muncul bila-bila masa. Ia bersifat sementara tapi mampu membantu ketika anda terdesak & tak tahu apa yang patut dilakukan. Apakah teknik mudah tersebut?
2. Pilih satu lagu dan nikmatinya seolah ia kali pertama anda mendengarnya. Teliti lirik, melodi dan tulisnya sekali.
3. Rendam tangan anda ke dalam air suam atau sejuk. Rasakan rangsangan deria yang anda alami. Suam, sejuk, perit, selesa dan sebagainya.
4. Tanggalkan kasut dan berjalan di atas rumput. Enjoy!
5. Bernafas dalam-dalam dan perlahan-lahan. Dalam hati bisikkan ‘tarik’ dan ‘lepas’…
6. Lakukan senaman setempat. Mungkin lima minit senaman high intensity.
7. Duduk sebentar, buka mata dan tumpukan kepada segala bunyi yang anda dapat dengar di sekeliling anda. Burung, kucing, anjing, kereta, orang dan sebagainya.
8. Cuba permainan memori. Fokus.
9. Kiraan mengundur dari 5 dan fikirkan jawapannya. 5 tempat terakhir yang dilawati, 4 orang insan kesayangan, 3 sekolah terakhir, 2 makanan kegemaran dan 1 warna kesukaan.
10. Ulang hafalan surah anda atau baca Al-Quran. Tumpu perhatian pada apa yang dibaca.
Semua teknik ini dapat membantu ketika krisis tetapi ia tidak akan membantu dalam jangka panjang jika anda tidak dapatkan bantuan daripada orang yang berkemahiran psikologi. Ada pelbagai lagi teknik lain yang anda sendiri boleh fikirkan. Yang penting, ia tak memudaratkan.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.