Ikan masak singgang memang menjadi pilihan menu untuk mereka yang sedang berdiet. Ianya sajian yang berkhasiat dan mudah untuk disediakan. Tiada santan dan minyak, sajian ini sesuai buat mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Terbaharu ikan masak singgang dikatakan mampu merawat penyakit Covid-19.
Ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob,” kata Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya berhubung menu ikan singgang kononnya mampu merawat Covid-19 yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Azizah berkata, banyak pihak yang menghubunginya untuk mengesahkan mengenai kenyataan yang dibuat itu.
“UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.
Ads
“Bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat.
“Lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya.
Ads
Katanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan ikan singgang mujarab untuk Covid-19 sehingga kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.
“Bukan senang sebenarnya untuk mengesahkan menu ikan singgang itu mujarab kerana hanya melalui kajian tertentu sahaja dapat mengesahkannya.
Ads
“Oleh itu saya harap orang ramai jangan keliru dengan kenyataan saya itu kerana ujian klinikal tidak pernah dijalankan ke atas menu ikan singgang dan Covid-19.
Gandingan menu yang sesuai dimakan dengan ikan singgang.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.
Katanya, ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.
Sumber kredit: Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon dan juga pengarah filem Prof. Dr Azhari Zain yang kembali ke rahmatullah dan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.05 malam tadi akibat serangan angin Ahmar telah selamat dikebumikan sebentar tadi.
Menurut Setiausaha Agung Seniman Malaysia, pelakon itu meninggal dunia setelah sembilan bulan terlantar kerana menghidap penyakit sama.
Seniman berkata, arwah meninggal dunia di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor iaitu rumah kediaman milk keluarganya.
Setelah dimandikan dan disempurnakan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam, jenazah telah selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip Meru, Klang, Selangor.
Terdahulu, Azhari dikhabarkan telah diserang strok sehingga terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami fasa kritikal kerana mempunyai pendarahan di kepala sehingga mengakibatkan saluran darah dalam otak tersumbat.
Ini sekaligus telah melumpuhkan pergerakkan badan termasuklah tidak mampu untuk berkomunikasi.
Bagaimanapun, setelah berada di dalam pemantauan doktor selama tiga bulan, dan kembali stabil, Azhari telah dibenarkan pulang ke rumah.
Meskipun mempunyai pergerakkan terhad, iaitu menggunakan isyarat mata sahaja, allayarham Azhari tetap positif dan bersemangat meneruskan kehidupan. Namun, keadaan kesihatannya mulai merundum sejak minggu lepas.
Sebagai rekod, Azhari mula berkecimpung dalam dunia seni dengan memulakan kerjaya penerbitan pada 2004.
Beliau kemudiannya diberi kepercayaan sebagai penulis skrip dan pelakon pembantu filem. Antara filem yang oernah dibintanginya adalah Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.
Selain bergiat aktif di hadapan layar, Azhari juga kerap membantu di beberapa produksi di belakang tabir, antara produksi yang mendapat sentuhan tanganya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.
Selepas itu, Allahyarham Azhari melebarkan sayapnya dalam bidang pendidikan dengan mencurahkan ilmu sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah mengarahkan sebanyak 20 filem.
Penampilannya agak sederhana tetapi senyuman yang terukir di bibir membuatkan ramai yang terpesona. Dr Mukhlis Idris atau dikenali sebagai Mukks di kalangan selebriti rancak menyolek sambil mengukir senyuman. Sentuhannya yang tersendiri memberi satu pesona wow pada selebriti terkenal seperti Neelofa.
Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Pokok Sena Kedah dan kemudiannya melanjutkan serta mendapat kelulusan dari Cardiff University pada tahun 2010 dalam Bachelor of Medicine dan juga Bachelor of Surgery. Anak kelahiran Seberang Prai Pulau Pinang ini mempunyai empat orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang ketiga.
Benar apa yang orang ungkapkan sebalik senyuman tersimpan 1001 satu rahsia. Begitu juga Dr Mukhlis tiada siapa menyangka dan menduga seorang jejaka tampan yang baru berusia 26 tahun ini pernah menghidap kanser Hodgkin Lymphoma (Hodgkin Limfoma) adalah Kanser Sistem Limfa tahap dua dan disahkan kira-kira lima tahun lepas. Namun beliau sudahpun menjalani kemoterapi semenjak dari tahun 2011 lagi.
Dr Mukhlis turut menjadikan ibunya sebagai pembakar semangat untuk beliau meneruskan perjuangan dan melawan sakit.
“Dialah sumber kekuatan saya, melakukan kemoterapi berkali-kali dan saya sekalipun tidak pernah mengalah untuk terus hidup. Ini adalah untuk menjaga dirinya seumur hidup saya,” ungkap Dr Mukhlis memulakan bicara.
“Kemampuan untuk terus menghadapi ketentuan Yang Maha Esa, saya juga perlu kekuatan dari segi mental yang tahap maksima malahan disiplin dalam mempetaruhkan satu nyawa, semangat juang kena tinggi.
“Bagaimana saya lakukan? Saya pun tidak pasti tetapi dalam tahap berjuang saya mempunyai target untuk terus hidup walau perit menjalani rawatan berkenaan.
“Sesiapa pun berada di tempat saya akan rasa tidak tentu arah. Pada awalnya memang sukar untuk menghadapi saat getir ini. Tetapi saya tidak pernah skip rawatan mahupun rawatan lanjutan sehingga digelar pesakit contoh di bawah pengawasan Pusat Perubatan Universiti Malaya,” ceritanya lagi yang telah memahat satu azam dalam dirinya.
“Saya tak nak mati” Hanya ini yang ada dalam fikirannya ketika itu. Dr Mukhlis yang gemarkan kucing dan hobinya memasak dan bermain piano tidak rasa sunyi dengan kehadiran keluarga di sampingnya.
Pernah berkerja di Hospital Selayang di Internal Medicine, dalam menjalani kemoterapi berkali-kali dan transplant darah. Malah ketika berdepan masalah kegawatan ekonomi, Dr Mukhlis terpaksa berehat dari bidang perubatan.
“Saya perlu mencari pendapatan lain untuk meneruskan hidup dan ia berlaku dengan secara tidak sengaja pada tahun 2011. “The passion suddenly emerged in myself. Am so good in colouring and I love drawing so much”. Apabila sudah mula menyolek orang dan hasilnya ia menjadi. Inilah sumber pendapatan saya untuk sara hidup hinggalah sekarang alhamdulilah.”
Umpama mati hidup semula, tidak terbatas rasa syukur ke hadrat Ilahi. Hampir lima tahun melawan kanser jahat ini saya bangkit semula dengan lebih bersemangat.
“Duit boleh dicari tetapi kesihatan adalah satu perkara yang kita selalu ambil mudah dan terlepas pandang. Saya terasa diri bagaikan dilahirkan semula dan saya susun semula semua yang hadir dalam hidup saya. Malah segala yang negatif akan saya buang jauh-jauh dari hidup saya,” tambahnya lagi.
Bagi mereka yang terus berjuang Dr Mukhlis terus memberi pengharapan dalam menjalani fasa awal apabila disahkan menghidap kanser. Bawa berbincang dengan pakar perubatan dan teruskan kemoterapi, kerana rawatan inilah paling penting demi memastikan perjuangan untuk terus hidup.
“Setiap manusia diberikan ujian yang berbeza-beza olehNya . Ketika mengenangkan diri ini menjalani ujian Allah di samping mereka yang sihat, saya tetap bersyukur kerana dari ujianNya inilah saya terus sihat sehingga sekarang.
“God is fair dan sekarang baru saya tahu kenapa Dia berikan ujian terdahulu so now I can be an imperfect example untuk pesakit kanser terus hidup dan sihat,” tambahnya yang percaya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan, sakit dan sembuh datangnya dari Allah.
“Memang tiada istilah mustahil dalam kamus hidup saya. Tidak semestinya kita akan mati sebab kanser dan tidak semestinya orang yang sihat tidak akan mati. Semua ini percaturan hidup di mana buah hasil yang manis akan dirasai setelah menjalani rawatan kemoterapi.
“Lakukanlah perkara yang boleh mengembirakan sebab kita berhak memperolehinya. Sayang orang sekeliling dengan rasa sayang dan cinta buat kita rasa bersemangat untuk teruskan hidup,” ujar Dr Mukhlis yang juga turut berkongsi projek terbarunya.
Dalam projek ini Dr Mukhlis berbakti kepada pesakit kanser dengan membuka kelas solekan sambil berkongsi pengalaman tentang penyakit dan cara untuk menentang kanser. Usaha murni.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkhabaran yang seronok! Minggu 3 dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan kita perlu tahu, bagaimana keadaan anda? Membeli-belah runcit tidak lagi mudah seperti sebelumnya dan slot penghantaran sentiasa penuh apabila untuk membuat tempahan.
Kini, perkhidmatan secara percuma ini adalah terhad kepada 25 item setiap pesanan hanya terdapat di kedai Tesco terpilih di seluruh Negara. Rakyat Malaysia yang membentuk barisan bergilir-gilir serta berjaga-jaga memasuki di kedai-kedai runcit, tentunya harus ada alternatif untuk membeli-belah kedai runcit yang betul? Nah, Tesco baharu sahaja melancarkan sistem ‘Order & Collect’ melalui Whatsapp. Teruskan membaca!
Fase kedua MCO mewajibkan peraturan seorang satu kereta dan sebagai tambahan kepada dasar jarak jauh sosial 1 meter, mereka akan beratur panjang di kedai-kedai runcit. Sudah tentu, membeli-belah runcit adalah satu keperluan dan anda akan mencari pilihan lain untuk menyimpan barang-barang keperluan harian.
Sebelum ini, AEON melancarkan pembeli peribadi mereka sendiri dan juga perkhidmatan memandu untuk warga Malaysia di gerai AEON tertentu. Tetapi kali ini, Tesco terus menerus dengan memperkenalkan perkhidmatan ‘Order & Collect’ di semua cawangan Tesco di seluruh negara.
Tesco melancarkan perkhidmatan ini beberapa hari yang lalu, dengan tujuan memberikan pengalaman membeli-belah yang mudah kepada semua orang. Bagaimana ia berfungsi benar-benar mudah, hanya ikuti langkah-langkah ini dan anda akan mendapat pengalaman membeli-belah runcit percuma.
NOTA: Perkhidmatan Order & Collect adalah percuma
Kini anda boleh mengelak dari menghabiskan masa berjam-jam di Tesco, atau memiliki barangan runcit anda dihantar bulan depan kerana slot penuh. Teruskan, berikan Tesco ‘Order & Collect’ pergi dan dapatkan semua keperluan harian anda tanpa bersusah payah. Jom kita jaga kita!
SUMBER: KLFODIE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.