Sejak menceburi bidang keusahawanan, lama sudah kita tidak melihat sosok pelakon dan penyanyi berbakat, Ika Nabila menghiasi kaca televisyen menghiburkan rakyat Malaysia dengan bakat seni yang dimilikinya.
Jelas Ika, sepanjang 16 tahun bergelar pelakon, dia telah pun merasai segala kesenangan namun dia tidak mahu kemampuannya, terhenti setakat itu sahaja.
Ika mendedahkan dirinya enggan terlalu selesa dengan kehidupannya ketika ini, meskipun telah mengecap pelbagai kejayaan di usia muda.
“Setting a GOAL is the first step in turning the invisible into the visible! 16 years berlakon tbh I was very comfortable with my life, my financial. I have enough, more than I could ever dreams when I was a child. CUKUP.
“Ada kereta, rumah, mampu holiday overseas, designer brands pun merasa, at the age of 20 dah boleh gajikan driver. Yes, sederhana bagi orang kaya tapi mewah bagi Ika Nabella. Luasnya rezeki pinjaman Allah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, perasaan tersebut sebenarnya menjadi antara pemangkin semangat buat dirinya untuk menceburkan diri didalam dunia bisnes.
Ads
Dalam pada itu, Ika turut memberitahu, niatnya untuk memulakan bisnes adalah bertujuan untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.
“CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI ? The first thing I asked my self when I decided to seriously start my businesses ; and few more brands coming up to achieve my GOALS.
“WHY? sebab I paling benci dengan ayat CUKUP UNTUK DIRI SENDIRI. I want to be able to diapense more, sacrifice more, entrust more, allocate more. WHY? because ‘He is with you wherever you may be. And Allah sees well all that you do’,” tulisnya.
Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016.
Ads
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Noah Zayn yang kini baru berusia setahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza antara figura yang seringkali menjadi perhatian lensa kamera tidak kira dimana beliau berada. Terutamanya di acara karpet merah, beliau seringkali hadir dengan rekaan busana yang mewah, sopan dan semestinya menawan.
Namun, kita tolak ketepi tentang gaya glamour penyanyi terbaik ini. Kita fokuskan pula tentang gaya OOTD beliau yang dimuatnaik di laman Instagramnya. Jujurnya, Dato’ Sri tidak kekok untuk bergaya saat menangkap gambar OOTD, malah keseluruhan gayanya sangat kasual, manis dan semestinya sopan! Team Hijabista berminat untuk berkongsi kepada kamu semua tentang pilihan terbaik gaya kasual OOTD penyanyi kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tampak ayu dan manis dalam padanan rona warna putih dan hijau ‘pastel’, Dato Sri bijak dalam mengenakan hiasan aksesori yang tidak lari ronanya dengan keseluruhan gaya. Lebih segar dan bersih! Padanan ‘handbag’ menjadi pelengkap kepada keseluruhan gaya Dato Sri untuk OOTD ini. Percaya atau tidak, gaya solekannya yang tidak terlalu ‘heavy’ dan tidak bersungguh juga menjadikan figura ini lebih muda dari usia! Jadi kamu tidak harus risau untuk mengenakan rona putih dalam gaya kamu! Semestinya warna putih ini sesuai dipadankan dengan apa-apa warna, tidak kira terang ataupun kuat, jika kena gayanya pasti menjadikan keseluruhan gaya ‘work from home’ kamu sempurna persis Dato’ Sri ini! Tetapi ingat, usah gayakan aksesori yang lebih dari dua warna ya! Jika tidak, gaya kamu akan tampak sedikit pelik! Kekalkan konsep ‘less is more’ dalam gaya fesyen kamu.
Alahai, sopan sungguh gaya OOTD Dato’ Sri! Ringkas dan mudah. Bagi kamu yang inginkan gaya yang senang untuk digayakan, sarungkan sahaja ‘cardigan’ potongan panjang untuk menaikkan aura personaliti kamu! Jika dilihat dari gaya OOTD ini, Dato’ Sri bijak dalam mengenakan padanan rona warna yang tidak terlalu menonjol. Gabungan warna nude dan juga keperangan menyerlahkan lagi nilai eksklusif dalam gaya fesyen ini. Biarpun nampak kasual dan bersahaja, namun istilah ‘bersiap’ itu masih boleh dilihat dari atas hingga ke bawah. Tambahan pula Dato’ Sri bijak dalam mengenakan hijab yang bercorak, maka gaya OOTD ini tidak bosan malah ia secukup rasa!
Persis anak muda! Warna hitam menaikkan lagi nilai mahal dalam stail Dato’ Sri walaupun ia hanya sekadar OOTD biasa. Ganya cukup mudah, hanya sarungkan ‘cardigan’ potongan pendek bersama-sama dengan helaian dalam berona terang seperti warna hijau yang disarungkan oleh Dato’ Sri ini. Ringkas, bukan? Jika kamu tiada ‘cardigan’ jenis ini, sarungkan sahaja kemeja bersaiz ‘oversized’ untuk dijadikan sebagai outerwear. Untuk gaya ini, solekan yang sedikit tebal menjadi kunci utama dalam menaikkan seri keseluruhan gaya.
Padanan rona biru dan hitam ini sememangnya mudah untuk kamu miliki. Seperti gaya kasual Dato’ Sri ini, kamu hanya perlu padankan jaket atau ‘blazer’ potongan pendek bersama-sama dengan ‘blouse’ panjang untuk menghidupkan gaya fesyen yang sopan. Sudah pasti dua pilihan warna ini sudah tersedia ada dalam ‘wardrobe’ kamu kan? Jadi, tidak perlu buntu untuk fikir gaya yang ingin disarungkan untuk stail ‘work from home’ kamu. Sehelai jaket ataupun ‘blazer’ mampu untuk menaikkan gaya formal seseorang! Kamu semestinya sudah bersedia untuk menghadiri ‘meeting’ secara online!
Selesa dan bersahaja. Jika sebelum ini, rekaan ‘cardigan’ labuh ini dipadankan dengan warna nude, apa kata kita padankan pula dengan warna hitam? Seperti warna putih, warna hitam juga ialah warna asas yang sesuai dipadankan dengan apa-apa warna sekalipun. Untuk OOTD ini, Dato’ Sri tampak anggun dan mewah dalam gaya kasualnya. Hanya diserikan dengan pilihan akseseori ‘handbag’ serta corak hijab yang sesuai, pastinya menjadikan keseluruhan penampilan kamu ‘perfect’! Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kemaskan ‘wardrobe’ kamu dan gayakan fesyen persis Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Selamat mencuba!
Ramai netizen menonton video ini tersentuh hati, dari riak wajah si kecil sangkanya nak dibawa berjalan-jalan. Menerusi Twitter Intan Nurdiyana, walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 dia sekeluarga masih belum diketahui, anaknya itu mempunyai simptom demam panas sehingga memaksa pihak kesihatan merujuk kes ini ke hospital.
Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu. Luluh hati seorang ibu apabila anak seawal usia 3 tahun yang mempunyai simptom wabak Covid-19 perlu di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain.
Sending my little boy to hospital today. My heart broke😭. Aisy belum cormfirm lagi positive covid, result kami semua belum keluar lagi tapi sebabkan dia ad show simtom, dr suggest untuk refer ke hospital dan kemungkinan dia akan isolate di ward sana untuk tunjuan pantauan. PUI pic.twitter.com/BSbyvIqC45
Suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19. Hal ini memaksa doktor untuk merujuk anaknya ke hospital. Menerusi video di laman twitternya Intan, kanak-kanak ini kelihatan sihat dan ceria kerana tidak mengetahui bahawa dia bakal dibawa ke hospital.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan apabila salah seorang ahli keluarga dibaw oleh ambulans kuarantin disebabkan penyakit tular ini. Sentiasalah berda di rumah sebab kita tidak tahu kemungkinan yang kita hadapi.
Kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan ‘lockdown’. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Tambahnya lagi, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur.
Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.
Rata-rata netizen mendoakan segalanya dipermudahkan. Hati mana yang tidak terusik apabila kanak-kanak mahupun warga emas yang dibawa ambulans dan kita tidak dapat menemaninya. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT dan di jauhi dari wabak covid-19. Amin Ya Allah Ya Mujib.
Menggayakan rambut memberi anda perubahan segera, dan mewarnakannya meningkatkan keyakinan anda. Tetapi apa kesudahannya? Rambut yang kering, rosak, dan kasar. Anda jarang menyedari apa yang dilakukan oleh pemakaian gaya panas berterusan dan rawatan kimia pada rambut anda.
Sekiranya anda ingin membalikkan semua kerosakan pada rambut anda, pelembab adalah kuncinya. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengetahui cara yang betul melembapkan rambut.
Terdapat beberapa sebab rambut kering. Sekiranya kulit kepala anda tidak menghasilkan sebum yang mencukupi, rambut akan menjadi kering. Dengan bertambahnya usia, pengeluaran sebum mula berkurang. Keadaan ini menyebabkan rambut kering dan rapuh kekurangan kelembapan.
Penggunaan alat pengayaan rambut yang berlebihan: Haba dari alat pegayaan seperti penggelek panas, pengeriting, besi rata dan blowdryers menghilangkan kelembapan semula jadi rambut anda dan menjadikannya kering. Pewarnaan dan rawatan kimia juga sering menyumbang kepada rambut kering.
Kerap cuci: Mencuci rambut dengan kerap boleh menjadikan rambut anda kering. Bahan kimia yang teruk dalam syampu boleh merosakkan rambut anda dan menyebabkan keriting. Tidak menggunakan perapi selepas mencuci rambut boleh menjadikan rambut anda kelihatan kering, kusam dan tidak bermaya.
Keadaan Persekitaran: Membiarkan rambut anda terkena angin, cahaya matahari, klorin dan keadaan cuaca yang teruk dapat salah satu factor rambut kusam dan kering.
Sikat yang salah: Sikat rambut logam dengan bulu yang tidak rata dapat menjadikan rambut anda kering dan menyebabkan kerosakan.
Cubalah kaedah mudah tetapi berkesan ini kunci untuk rambut anda kembali lembut dan subur.
Gunakan syampu menghidratkan dan perapi dalam yang paling sesuai untuk jenis rambut. Anda juga boleh memilih perapi yang menambah kelembapan pada rambut. Produk-produk ini dapat mengisi kelembapan rambut kering anda yang hilang dan membantu menyuburkannya.
Membilas rambut anda dengan air panas dapat menghilangkan kelembapan dan minyak semula jadi. Ini menjadikan rambut kering, kusut dan rapuh. Air sejuk menutup kelembapan rambut dan liang kulit kepala, mencegah kemasukkan kotoran.
Serum rambut membantu melapisi rambut anda dengan kelembapan dan melindunginya dari kerosakan yang disebabkan alat pengayaan rambut. Serum mengurangkan keriting dan menjadikan rambut anda berkilau dan halus. Sapukan serum ke rambut yang lembap selepas mencuci. Anda juga dapat menggunakannya sebagai sentuhan akhir pada helai rambut yang kering dan bergaya untuk menambahkan kilauan segera.
Mencuci rambut setiap hari boleh menjadikan rambut kering. Daripada mencuci rambut dengan kerap, gunakan syampu kering di antara cucian untuk menyegarkan rambut anda dan mencegah penumpukan minyak di kulit kepala anda. Sapukan syampu kering apabila helai anda terasa berminyak dan hujungnya memerlukan kelembapan.
Alat penggayaan panas boleh mengeringkan rambut. Sekiranya anda tidak dapat menghindarinya sama sekali, gunakan pada suhu terendah atau paling sejuk dan sapukan pelindung panas. Gunakan produk penggayaan bebas panas seperti penyembur, gel rambut dan gel untuk mencegah kerosakan dan menjaga rambut tetap terhidrasi.
Rawatan topeng rambut setiap minggu adalah langkah terbaik untuk menjaga kesihatan rambut anda secara keseluruhan. Topeng rambut dengan bahan berkhasiat, seperti madu dan kuning telur, kunci melembapkan rambut kering, menambah kilauan dan melembutkan rambut. Rawatan ini membaiki rambut yang rosak dan mengikat rambut pada tahap yang mendalam. Anda juga boleh rawatan lanjut dengan minyak rambut atau serum untuk penghidratan dan kelancaran tambahan.
Rambut kering dan rapuh rentan kerana kekurangan kelembapan. Minyak kelapa, badam, argan dan zaitun dapat membantu melembapkan helaian rambut yang kusam. Sapukan beberapa titis minyak ini ke hujung rambut anda yang kering dan sikat dengan lembut. Anda juga boleh mendapatkan potongan rambut biasa, menggunakan tuala mikrofiber, dan mengikuti diet berkhasiat untuk mengekalkan kelembapan semula jadi rambut anda.
Sifat pelembab minyak kelapa mencegah kehilangan protein dari rambut. Ini menjadikan rambut anda lembut, terhidrat, dan kenyal.
BAHAN:
LANGKAH:
Kajian menunjukkan bahawa pisang digunakan dalam perapi rambut, dan minyak zaitun mempunyai sifat emolien yang membantu melembapkan rambut. Bahan-bahan ini boleh bekerjasama untuk menyuburkan dan melembutkan rambut anda.
BAHAN:
LANGKAH:
Madu adalah pelembap yang sangat baik dan digunakan dalam formulasi perapi rambut. Minyak biji labu dapat membantu mencegah rambut gugur.
BAHAN:
LANGKAH:
Shea butter menunjukkan sifat emolien yang sangat baik yang dapat merawat rambut kering dan rosak (6).
BAHAN:
LANGKAH:
Aloe vera mempunyai kesan photoprotective yang dapat membantu mencegah kerosakan rambut yang disebabkan oleh sinar matahari. Minyak lavender dapat membantu meningkatkan pertumbuhan rambut sambil meninggalkan bau rambut anda sepanjang hari.
BAHAN:
LANGKAH:
Minyak zaitun mengandungi oleuropein yang mendorong pertumbuhan rambut. Telur kaya dengan lemak dan protein yang menyuburkan dan melembapkan rambut dan menjadikannya halus.
BAHAN:
LANGKAH:
Beberapa faktor bertanggungjawab untuk menjadikan rambut anda kering, tetapi kelembapan adalah kunci untuk menjaga kesihatan rambut anda. Gunakan produk penjagaan rambut pelembap dan elakkan alat penggayaan panas untuk mengelakkan kekeringan dan kerosakan. Ikuti petua yang dinyatakan di atas untuk kunci lembut, sihat, dan lembap.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.