Solekan kalis air pada bahagian mata atau bibir khususnya kadang kala susah untuk ditanggalkan atau dibersihkan jika tidak tahu caranya. Akibat susah untuk menghilangkannya, ramai yang tidak sedar bahawa ia boleh memudaratkan kesihatan mata dan bibir seperti masalah pengudaraan pada kulit serta boleh menimbulkan masalah kulit yang lain.

Team Hijabista ingin kongsikan cara untuk mencuci solekan kalis air agar kebersihan wajah dijaga dengan betul dan baik agar tidak mengundang masalah kulit wajah serta mengelakkan penuaan.

IKLAN
Sumber gambar: BeBeautiful

Keperluan:

  1. Pencuci solekan kalis air
  2. Kapas muka
  3. Putik kapas

Cara-cara:

IKLAN
Sumber gambar: Alena
  1. Lembapkan kapas muka dengan pencuci solekan kalis air yang berasaskan minyak dan air.
  2. Tutup sebelah mata anda dan letakkan kapas muka tadi ke atas solekan mata kalis air tersebut.
  3. Tekan kapas muka tersebut selama 10 hingga 20 saat bagi membenarkan pencuci solekan kalis air tersebut mencairkan solekan maskara kalis air.
  4. Dengan lembut oles lembut kapas muka tersebut pada bahagian kelopak mata dan bulu mata sehingga maskara tersebut ditanggalkan dari bulu mata anda.
  5. Ambil putik kapas untuk mencuci sisa-sisa solekan tersebut di bahagian bawah mata dan kelopak mata.
  6. Ulang cara yang sama pada bahagian gincu kalis air pada bibir anda dengan lembut dan rata.
  7. Cuci keseluruhan wajah anda dengan pencuci muka sehingga bersih dan pastikan tiada sisa solekan pada wajah untuk mengelakkan penularan bakteria pada wajah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

IKLAN

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI