Mesti ramai yang stres bila ada kesan hitam bawah mata kan? Masalah yang seringkali disebut sebagai ‘panda eyes’ ini menyebabkan wajah kita kelihatan tidak bermaya dan kusam. 

Banyak sebenarnya faktor yang menyebabkan bawah mata menjadi hitam salah satunya kerana tidak cukup tidur dan kurang minum air. Walaupun banyak rangkaian produk dijual di farmasi, namun tidak semuanya memberikan kesan yang terbaik.

Sumber gambar: Blonde Up North

Apa kata kali ini kamu cuba amalkan petua ini dengan menggunakan bahan semula jadi yang mampu untuk menghilangkan kesan hitam bawah mata. Selamat mencuba!

1. Tomato 

Sumber gambar: Farmizen

Tomato sangat kaya dengan antioksidan dan pelbagai sumber vitamin termasuk vitamin A yang sangat baik untuk mata. Tomato juga mudah didapati contohnya di pasar ataupun mana-mana pasaraya.

Caranya: Anda cuma perlu campurkan jus tomato dengan sesudu perahan lemon, sapukan sekitar mata, biarkan kering selama 10-15 minit. Kemudian boleh dibilas. Buat dua kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

IKLAN

2. Ubi kentang

Sumber gambar: News Karnataka

Ubi kentang juga dipercayai boleh mengurangkan kesan hitam di bawah mata dengan kandungan vitamin nya yang baik untuk kulit, ia mampu memberi kebaikan kepada kulit wajah kita. 

Caranya: Sagat ubi kentang sampai halus sehingga menghasilkan air. Ambil kapas muka, rendamkan dalam air sagat kentang tadi dan tekap ke mata. Biarkan kering seketika dan bolehlah dibilas. Kalau malas, hiris nipis ubi kentang dan letakkan ke mata. Sama konsepnya seperti menggunakan timun.

IKLAN

3) Susu sejuk

Sumber gambar: Remedy Idea

Jangan terkejut ya! Susu sejuk bukan hanya sedap dibuat minuman tetapi ia juga membantu untuk mengurangkan kesan hitam bawah mata! Tak percaya? Ayuh kita cuba!

Caranya: Ambil kapas muka, celupkan atau basahkan dengan susu sejuk, dan tekap pada mata. Tunggu diantara 5 hingga 10 minit sehingga kering dan bilas.

IKLAN

4. Air mawar

Sumber gambar: Medicine.net

Air mawar terkenal untuk dijadikan sebagai bahan pewangi atau bahan untuk dijadikan sebagai ‘face mist’ supaya kulit lebih segar dan tampak muda! Tetapi, kali ini,air mawar boleh dijadikan sebagai alternatif untuk menghilangkan kesan hitam di bawah mata.

Caranya: Celupkan kapas dalam air mawar dan tekap pada mata. Biarkan kering dan bolehlah dibilas.

5. Tidur

Sumber gambar: CTV News

Petua terakhir ini antara yang paling penting iaitu mendapatkan waktu tidur yang cukup! Waau sesibuk mana pun kamu, pastikan waktu tidur kamu cukup dan berkualiti. Orang dewasa perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur sehari. Barulah segar mata!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI