Hikmah Covid-19, Elizad Sharifuddin Berjaya Khatam Al-Quran Sewaktu PKP

Share

Pelakon terkenal, Elizad Sharifuddin meluahkan rasa syukurnya apabila berjaya khatam bacaan Al-Quran sewaktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Ternantikan bulan Ramadhan, pemilik nama Siti Elizad binti Mohamad Sharifuddin ini juga tidak sabar untuk mengulangi bacaannya lagi bersempena dengan bulan puasa yang menjelang pada esok hari.

Alhamdullillah , I got a chance to Khatam Quran utk “ musim PKP “ sesambil WFH . 🥰 Inshaallah esok boleh mula yg baru pula utk Ramadhan tahun ni .

Aaaaa , mcm x percaya lusa dah nak puasa 😁 . May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth . ❤️

Ramai peminatnya yang terinspirasi dengan kejayaannya itu dan mengharapkan mereka juga dapat melakukan perkara yang sama di bulan Ramadhan ini.

 

Melaksanakan kerja dari rumah, pelakon yang pernah popular dengan drama Teman Lelaki Upahan ini juga berharap bulan Ramadhan ini akan membawa sinar dan rahmat baru kepada kita semua.

IKLAN