instagram @curicuriklik

Trend fesyen modest terus berkembang pesat. Lebih banyak pilihan dan kebebasan untuk hijabista tampil ‘fashionable.’ Ramai model berhijab berjalan megah di pentas petunjukan fesyen mahupun menghiasi kempen jenama-jenama terkenal dunia seperti Halima Aden, Amina Adan dan Ugbad Abdi.

Sebagai hijabista urban yang gemarkan sesuatu yang ‘wow’ tentunya ingin tampil ‘stylish’ walau di mana sahaja mereka berada. Bagi mendapatkan ‘look’ yang bagus, sebenarnya hijabista tidak perlu menggunakan aksesori atau pakaian yang mahal. Kuncinya hanya perlu bijak ‘mix and match’. Hasilnya hijabista akan tampil ‘stunning.’

instagram @curicuriklik

Hijabista moden dengan fesyen sederhana sering menggabungkan pelbagai lapisan helaian fabrik dalam gaya seharian. Namun iklim di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan gaya fesyen berlapis ini tidak sesuai untuk digayakan oleh para hijabista kerana lebih cenderung berpeluh.

Hey Hijabista! Jom cuba losen Safi Hijabista Bodycare rangkaian produk pertama dari Safi Malaysia yang diformulasi khas untuk hijabista dengan perlindungan daripada bau badan menerusi Teknologi ‘Scent Care’. Sesuai sangat dengan anda yang aktif, ceria dan ‘trendy’. Dalam keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas, amat penting setiap hijabista menjaga kebersihan dan kesihatan kulit tubuh.

TIADA LAGI MASALAH BAU BADAN

Dengan perlindungan anti-bau menerusi Teknologi ‘Scent Care’, hijabista dilindungi daripada bau badan yang disebabkan oleh peluh sambil menikmati lapisan perlindungan kulit tubuh. Hasilnya kulit tubuh kekal segar, lembut dan licin sepanjang hari.

Ya! Tidak dapat dinafikan, memang ramai hijabista kurang gemar menyapu tubuh mereka dengan losen. Sebab utama yang diberikan ialah rimas dengan rasa melekit pada kulit. Ini info penting yang para hijabista mesti tahu tentang losen Safi Hijabista Bodycare.

Setiap sapuan losen Safi Hijabista Bodycare bukan sahaja tidak melekit pada kulit tetapi mampu melembapkan kulit tubuh sehingga 48 jam. Tampil segar dengan lebih lama. Kulit pun terasa lembut dan licin hasil perlindungan yang berterusan sepanjang hari dengan sapuan losen Safi Hijabista Bodycare.

IKLAN

KULIT KEKAL SEGAR, LEMBUT, LICIN DAN WANGI SEPANJANG HARI

Paling penting buat si hijabista, kulit tubuh kekal wangi sepanjang hari kerana losen Safi Hijabista Bodycare memberikan perlindungan wangian yang tahan sehingga lapan jam! Selepas ini tiada lagi sebarang masalah bau badan meskipun hijabista perlu terlibat dengan aktiviti outdoor sepanjang hari. Serlahkan keyakinan dirimu wahai hijabista kerana anda kini bebas berfesyen tanpa perlu risau tentang bau badan.

instagram @curicuriklik

Losen Safi Hijabista Bodycare bukan sahaja memberi perlindungan berpanjangan pada kulit tetapi memastikan kulit tubuh kekal wangi sepanjang hari! Alami perubahan kulit yang lebih lembap tanpa rasa melekit! Rasanya ini yang paling hijabista semua suka. Terus kekal aktif tanpa bau badan dengan penggunaan losen Safi Hijabista Bodycare secara kerap dalam sehari. Memang langsung tak ada bau badan yang tidak menyenangkan.

DAYA LEMBAPAN INTENSIF

Bagi memastikan kulit kekal segar, lembut dan licin sepanjang hari, setiap hijabista perlu memastikan losen Safi Hijabista Bodycare mesti sentiasa dibawa bersama. Kalau pekerjaan anda memerlukan anda berada di luar atau melakukan aktiviti outdoor di era norma baru ini, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri sambil tetap tampil menawan.

IKLAN

 

Untung ada losen tangan dan badan Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture yang pantas menyerap ke dalam lapisan kulit. Ia memberikan daya lembapan yang intensif. Formulasi shea butter menjadikan kulit lembut dan licin. Kandungan minyak badam organik yang terkandung dalam losen Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture mencegah kehilangan lembapan daripada kulit tubuh.

Nak losen tangan dan badan yang ringan dengan kadar penyerapan yang cepat? Pakailah losen Safi Hijabista Bodycare Healthy White. Serbuk mutiara yang terkandung dalam losen Safi Hijabista Bodycare Healthy White pula menjadikan kulit sihat dan tampak berseri. Manakala formulasi ekstrak buah aprikot membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

IKLAN

 

Cuaca panas sepanjang hari bukan masalah lagi. Sapuan ringan losen Safi Hijabista Bodycare Soothing Fresh bukan sahaja menenangkan tetapi juga menyegarkan kulit. Dengan perlindungan daripada bau badan, kulit tubuh kekal segar, terhidrat dan wangi sepanjang hari.

 

Jadi tunggu apa lagi! Lekas dapatkan varian losen Safi Hijabista Bodycare ini sekarang untuk perlindungan kulit tubuh yang maksimum! Klik https://www.facebook.com/SAFI.MY/ untuk mendapatkan lebih banyak info dan promosi losen Safi Hijabista Bodycare.

Losen Safi Hijabista Bodycare juga boleh didapati di Mydin, Giant, Watsons, Guardian, pasar raya dan farmasi utama yang lain. Hijabi juga boleh mendapatkan losen Safi Hijabista Bodycare Healthy White melalui laman dan aplikasi membeli-belah E-dagang di ecomm, Lazada dan Shopee. So all hijabista, what are you waiting for? Let’s shopping!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI