Penjagaan dan perawatan wajah adalah suatu rutin yang wajib dimiliki oleh setiap wanita yang mengerti bagaimana menjaga penampilan diri. Memiliki raut wajah manis dan tidak jemu dipandang, Ameera Zaini bukan satu nama yang asing lagi dalam industri di Malaysia ini. Pemilik hijab AmeeraZaini ini cukup peka dengan penjagaan diri dan wajahnya memandangkan perlu menjaga penampilan sebagai seorang usahawan. Dia juga turut memberi petua solekan bagi yang gemar melancong cara mekap yang pantas tetapi membuatkan penampilan cantik terutama bagi yang gemar berswafoto.
Sudah namanya wanita, Ameera tidak lari daripada rejim kecantikan alami. Intip petua dan rahsia Ameera yang kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata menjaga kecantikan dirinya. Seperti wanita lain, Ameera Zaini gemar makan ulam dan minum air secukupnya bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga serta awet muda.
1. Petua kulit sihat Ameera?
Banyakkan minum air masak, tidak pernah lupa rutin menggunakan penyegar wajah, pelembap dan krim pelindung matahari. Tidak dilupakan juga, usah lupa menanggalkan sisa solekan dengan teliti setiap hari.
2. Petua tradisional yang mungkin Ameera amalkan sehingga kini?
Meera memang gemar makan ulam-ulaman. Setiap malam pula Meera akan pupurkan muka dengan bedak sejuk. Mesti tidak percayakan? Itulah petua Meera.
3. Antara petua tradisional dan moden, yang manakah lebih penting dari segi kecantikan?
Dua-dua sama penting dan patut diamalkan.n
4. Boleh kongsikan sedikit tip penjagaan wajah Ameera?
Pakai ‘masker’ seminggu sekali, dua kali untuk bagi memberi nutrisi pada kulit wajah.
6. Jenis solekan pilihan Ameera jika bercuti atau melancong?
Solekan yang nipis sebab sentiasa ‘on the go’. Mudah untuk mengambil wuduk.
7. Kekerapan Ameera melakukan sesi rawatan wajah di spa?
Tidak suka buat rawatan ‘facial’. Mungkin setahun hanya sekali .
8. Produk kecantikan yang wajib ada dalam tas tangan?
Wajib ada krim BB, bedak kompak, maskara, gincu, pemerah pipi dan pensel kening. Banyak, kan?
9. Ada atau tidak sebarang pemakanan yang dielakkan dalam usaha menjaga kecantikan kulit wajah?
Tidak ada. Ameera seorang yang boleh makan apa sahaja, tidak memilih.
Artikel Berkaitan: Tolak Belacan Rahsia Cantik Bella Yunus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI