Platform digital kewangan yang tersedia kini sememangnya memudahkan kita untuk melaksanakan urusan perbankan dan pelaburan di mana sahaja kita berada tanpa perlu hadir atau beratur di kaunter. Kebiasaannya digunakan untuk online shopping, membayar bil, perbankan digital menjadi pilihan orang ramai kerana ia menjimatkan masa dan memudahkan urusan harian.

Begitu juga dengan platform pelaburan digital yang kini semakin berkembang fungsinya. Nak melabur sekarang lebih mudah namun sebelum melabur ikuti tips ini untuk anda memaksimakan pelaburan.

Bagaimana untuk memulakan pelaburan?

Bagaimana nak pastikan kita ada lebihan untuk melabur? Ini tips kawal kewangan buat hijabi, perlu ada aliran tunai yang baik untuk memulakan pelaburan. Ini bermaksud, perlu ada lebihan pendapatan bulanan untuk melabur. Bagaimana nak pastikan kita ada lebihan untuk melabur? Ini tip kawal kewangan buat hijabi.

1. Buat bajet bulanan

Mulakan dengan buat bajet bulanan untuk imbangkan pendapatan dan perbelanjaan anda. Jadi boleh monitor aliran wang keluar (apa yang anda belanja) setiap bulan. Pastikan apa yang dibelanja tidak lebih daripada aliran wang masuk (pendapatan).

Tip terbaik, jadikan simpanan/pelaburan salah satu keperluan perbelanjaaan (savings is a new spending).

2. Belanja ikut kemampuan

IKLAN

Bila dah buat bajet, kena pastikan belanja keperluan seperti ansuran rumah atau kereta, utiliti, petrol, barang dapur, belanja sekolah anak, dan lain-lain dipenuhi terlebih dahulu. Sebaiknya simpanan atau pelaburan juga diletakkan dalam kategori keperluan dan baki yang tinggal barulah dibelanja untuk kehendak gaya hidup.

3. Elak berhutang

Sekarang ini ada banyak yang menawarkan buy now pay later, ini sama konsepnya seperti berbelanja menggunakan kad kredit yang biasanya ada caj atau faedah yang akan dikenakan. Bukan tidak boleh menggunakan kemudahan seperti ini, namun pastikan pembelian tersebut adalah keperluan dan bukan sekadar nak follow trend.

4. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Perumpamaan ini sering kita dengarkan, namun tetap segar (evergreen) sampai bila-bila. Tidak perlu sejumlah wang yang besar untuk mula melabur, hanya perlu konsisten setiap bulan. Wang yang dilaburkan boleh berkembang dalam jangka masa panjang sekiranya bijak memilih instrumen pelaburan yang selamat dan memberikan pulangan yang baik. Biarkan sahaja pelaburan berkembang dengan mengekalkan modal pelaburan dan dividen setiap tahun.

Platform pelaburan digital yang selamat dan diyakini

Melabur dalam tabung unit amanah di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah salah satu pilihan bijak untuk mengembangkan wang anda. Seiring dengan teknologi masa kini kemudahan digital telah tersedia untuk para pelabur menerusi portal dan aplikasi myASNB. Bagi pelabur baharu, kini anda tidak lagi perlu ke kaunter untuk membuka akaun! Semuanya boleh dilakukan di aplikasi myASNB.

IKLAN

Semua dalam satu aplikasi – myASNB

myASNB ialah platform pelaburan digital yang dibangunkan untuk memberi pengalaman pelaburan yang terbaik buat pelabur ASNB. Muat turun sekarang untuk untuk perkhidmatan berikut:

  1. Daftar akaun baharu
  2. Tambah pelaburan
  3. Auto Labur – setkan pelaburan bulanan otomatik
  4. Semak rekod urus niaga, baki akaun terkini dan penyata tahunan.
  5. Target labur – setkan objektif pelaburan anda
  6. Urus akaun pelaburan anak-anak
  7. Pengeluaran online
  8. Wakaf ASNB
  9. Kemaskini maklumat peribadi
  10. Kalkulator zakat – kira zakat yang perlu dibayar

Mudah je kan dengan myASNB …Dan kami ada berita baik untuk anda!

Labur online, peluang menang hadiah! 

IKLAN

Jika anda membuat pelaburan minimum RM500 dalam ASB atau mana-mana unit amanah ASNB melalui saluran digital, anda layak untuk menyertai kempen Jom Labur Online yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2022 ini. Sambil melabur anda berpeluang untuk menang hadiah bulanan yang ditawarkan.

  • Hadiah Utama : RM5,000 Target Investment Plan (TIP) x 5 pemenang
  • Hadiah myASNB Pay Day Special : Jam Pintar Amazfit GTS 3 x 10 pemenang

Untuk yang baru mendaftar myASNB, seramai 1,000 pelabur terawal yang mendaftar myASNB setiap bulan akan mendapat RM10 percuma unit amanah ASNB.

Mudah sahaja nak sertai kempen Jom Labur Online ASNB

Penyertaan adalah automatik! Anda hanya perlu membuat transaksi pelaburan tambahan minimum RM500 dalam mana-mana akaun unit amanah ASNB secara online menerusi platform digital iaitu

  • portal/aplikasi myASNB atau
  • perbankan internet ejen iaitu Maybank2u, CIMBclicks, Affin Online, RHB Now, AmOnline atau HLB Connect.

Klik link https://www.asnb.com.my/JomLaburOnline.php untuk info lanjut Kempen Jom Labur Online.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI