Para personaliti Muslim Korea tidak hanya berperanan sebagai pempengaruh bahkan mereka juga giat berdakwah dengan cara tersendiri khususnya demi menambat hati golongan muda.
Salah seorang personalitinya ialah Song Bora yang sangat terkenal di platform media sosial. Bora yang bergelar Muslim sejak 2007 kini bertugas sebagai guru bahasa Arab di Arab Academy Korea.
Bora sering tampil dengan gaya tudung yang unik dan tersendiri. Dia sering memakai pashmina dan membentuk tudungnya seperti tocang. Bora juga pandai menyuai padan outfit.
Walaupun sudah melawat banyak negara, Bora tidak pernah lupa budaya asalnya. Bora gemar memakai hanbok dan sering mempamerkan gayanya memakai hanbok lengkap bertudung di media sosial.
Walaupun berasal dari Korea, bahasa Arablah yang ‘menarik’ dirinya untuk mendalami agama Islam. Bora mengambil jurusan Bahasa Arab ketika di kolej dan kini menjadi guru bahasa Arab di Arab Academy Korea.
Gemar Mengulas Tentang Masakan Halal Dari Luar Negara
Bukan sahaja makanan halal dari Korea, Bora juga gemar merasai pelbagai makanan halal dari negara luar bermula dari makanan Asia sehinggalah ke Timur Tengah.
Selain ke Bosnia, Bora juga pernah melawat pelbagai negara di rantau Asia antaranya Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Indonesia. Menurut Bora, selagi masih hidup dia berhasrat ingin melawat seluruh negara.
Sedar tak sedar sudahpun menginjak tempoh dua tahun, suami kepada penyanyi dan pelakon jelita Indonesia, Bunga Citra Lestari, Asyraf Sinclair pergi menghadap ilahi.
Walaupun kebelakangan ini, BCL atau lebih mesra disapa sebagai āUngeā sedang dilambung kontroversi kononya dia sedang hamil, berikutan tular dilaman sosial fotonya berperut buncit.
Memilih untuk berdiam diri dan enggan mengambil pusing hal itu, BCL hanya memfokuskan pada kehidupanya dengan memuat naik video menziarahi pusara arwah suaminya bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.
ā14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,ā tulis Unge di ruangan kapsyen.
Video tersebut memaparkan Unge membawa sejambak kelopak bunga membawa kelopak bunga mawar dan menaburkanya di atas pusara Allahyarham Ashraf sambil menitiskan air mata kerinduan.
Unge berkata, kenangan dan saat-saat indah bersama arwah Asyraf akan sentiasa berada di dalam hatinya sebagai kenangan terindah.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati kebanyakkan netizen turut berdukacita melihat kesayuan dan kesungulan wajah Unge sambil menitipkan ucapan selamat ulangtahun perkahwinan dan menyedekahkan bacaan ummul kitab Al-Fatihah buat arwah Asyraf.
Untuk rekod, Unge dan Asyraf mendirikan masjid pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.
Ashraf meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung pada 18Ā FebruariĀ 2020.
Dalam zaman mengejar kemajuan, ramai di kalangan suami isteri yang bekerja. Walaupun sepatutnya tugas isteri hanya di rumah, namun peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi menyebabkan mereka juga perlu bekerja membantu suami. Namun suami bukanlah boleh bersikap lepas tangan berkenaan nafkah. Perkongsian di laman sosial oleh Khairul Johari, di mana lelaki ini turut mempersoalkan berkenaan bab nafkah.
Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa? Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri..Ā
Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu? Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri.. perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.. Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.. Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..
Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiinā¦.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekitar tahun 90-an, Azmil Mustapha merupakan pelakon lelaki yang cukup dikenali di zaman itu. Arwah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira dua tahun yang lalu.
Ke mana tumpahnya jika tidak ke nasi. Bakat dalam dunia lakonan yang ada pada diri pelakon itu juga turut ādiwarisiā oleh anak perempuannya, Nur Alya Iman atau lebih dikenali dengan nama Alya Iman. Memulakan kerjaya sebagai model muslimah, gadis ini juga punya bakat dalam dunia lakonan.
Melalui posting yang dikongsi pernah dikongsikan di laman Instagramnya, nyata gadis ini rapat dengan arwah bapanya.
Ini antara posting Alya yang menggambarkan betapa gadis ini begitu menyayangi arwah bapanya.
Berkongsi foto bersama arwah bapanya ketika mengerjakan ibadah umrah tanpa ācaptionāĀ jelas menggambarkan perasaan kerinduan seorang anak terhadap bapanya. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah bapanya itu.
Alya juga pernah berkongsi foto dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati.
Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Alya turut berkongsi gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa dia begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi iniĀ akan berlaku.
āHari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab āOkā jap lagi babah pergi beli makananā. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,ā ujar Alya.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. PostingĀ itu menyatakan bahawa dia masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai āsingle parentā. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Kongsi Alya lagi, ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan memeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan āI Love You Sayangā yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diriĀ arwah Ā yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat, Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya Ā kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.