rambut gugur

Apabila kita mengalami keguguran rambut yang kronik, pasti timbul rasa stress dalam diri. Iyelah, setiap daripada kita mestilah mengimpikan rambut yang lebat, sihat dan beralun kan? Sedih rasanya apabila mengalami masalah ini pada usia yang masih muda.

Bagi merawat masalah ini, Nur Alina Muhammad Abduh telah berkongsikan caranya mendapatkan semula rambut yang lebat dan sihat di Facebook. Ayuh kita ikuti tips yang diberikan!

Pernah ditegur pekerja di salon kerana masalah rambut yang sangat teruk.

 

1st, sebelum plan mau cuci rambut, pakai hair oil dulu. Any brand doesn’t matter. Yang penting fungsinya sbg minyak rambut. Jangan pegi bantai pomed laki kau pulak. Pakai dalam amaum yang banyak. Banyak sampai kau rasa geli mau pegang rambut sendiri. Biarkan dlm 20 ke 30 minit mcm tu. So, klu plan mau cuci rambut, jangan kau p buat time mau pegi kerja. Confirm merah lah punch card kau nnt.

Kakak pakai 3 brand seperti yang dlm gambar. Tukar2 ikut mood. Tapi yg paling best argan oil tu. Serius best. Kesan on the spot. Tp memandangkan kakak ni cuma golongan B40, kakak x mampu mau beli argan oil ni selalu. Mahal oi. Satu botol rm60. Dah lah botol pun secoet jak. So, kakak sedar diri, kakak pakai brand himalaya tu. Harga klu x silap dalam rm20 mcm tu. Minyak zaitun syurah tu, kakak bantai anak buah punya. Dia xtau. Jgn risau.
Apa tujuan minyak rambut ni? Untuk melembapkan kulit kepala uolsss. Rambut gugur ni sebab kulit kepala kering. So, kulit kepala perlukan minyak untuk sentiasa lembap walaupun kepala kita ni naturally mmg berminyak. Tp xbanyak. So, perlu ada tambahan.

Faham? Klu faham, kita pegi next step. Klu x faham, kau baca lah sampai faham

2nd, lepas minyak rambut, mesti lah pakai shampoo. Shampoo rambut sehingga kau rasa rambut sudah tidak berminyak lg. cuci bersih2 mcm kau basuh punggung lepas berak.

Kalau yakin rambut dah x berminyak, then stop.

Kakak guna dua brand shampoo di atas. Tukar-tukar maksudnya. Klu rasa mau pakai loreal, kakak pakai. Klu rasa bosan dgn bau loreal, kakak pakai safi Shayla. Kau pun terpulang lah. Mau pakai syampoo apa pun terpulang. Kalua ada brand syampoo yang kau sdh biasa, teruskan. Tiada hal. Cuma kakak nasihatkan, klu memang kau mau merawat rambut gugur, pakai lah shampoo yang hair fall. Kau faham kan kenapa? Kakak rasa kau sekolah jugak, jadi kau mesti faham maksud kakak.

3rd, conditioner. part ini paling banyak orang abaikan. Kakak dulu-dulu pun sama. Lepas shampoo, setel. Tapi sebenarnya, part pakai conditioner adalah part paling penting untuk kau mengelak rambut gugur. Sebab conditioner ada nutrisi yang baik untuk rambut. Kalau kau x faham apa tu nutrisi, cukup kau faham conditioner tu makanan yang baik untuk rambut. Banyak kepentingan pakai conditioner ni. Bagus kau google sendiri. kakak x mau tulis sini. Nanti nampak macam kakak ni pakar rambut pulak and nnt kena kecam sebab tunjuk pandai. Hahaha.

Pakai apa-apa jenis conditioner x kesah. Kakak selalu pakai yang sama dengan brand and jenis shampoo. Tp kadang-kadang kakak pakai conditioner yang berbeza dgn shampoo. Contoh gambar diatas, shampoo safi tu kakak pakai yg hair fall, tp conditioner kakak pakai yang untuk rambut terurus.tiada masalah. Ikut suka mu lah. Tapi 1 kakak mau cakap, please lah jgn selalu beli shampoo yang ada conditioner sekali. No guys. A big no. beli and pakai yang berasingan.

4th, Hair tonic. Yang ni pun ramai yang abaikan. Tapi kalua mau result cemerlang, amalkan pakai hair tonic. Tonic ni pakai kalau rambut sudah kering. Jangan pakai waktu rambut masih basah. And please, jangan biasakan keringkan rambut guna hair dryer. Biarlah rambut tu kering dengan sendirinya. Hair dryer buat akar rambut cepat putus guys.
Ini tonic yang paling best kakak pernah guna. Harga dalam rm40 mcm tu and botol dia besar. Puas hati.
Guna tonic ni setiap hari kalau boleh. Tp kalau rambut dah semakin kurang gugur, guna dalam 3 hari sekali. Kakak masa mula-mula pakai, pagi sebelum pergi kerja and sebelum tidur. Setiap hari. Tapi sekarang kakak dah kurangkan sbb rambut dah sedikit oke dr yang sblm ni. So,kakak akan pakai dalam 3 atau 4 hari sekali. Banyak tonic rambut yang best2 jual dekat Instagram tu. Pegi lah beli and try. Tonic rambut x kan pernah mengecewakan anda.

5TH, serum rambut. Macam muka juga yang perlu kan serum. Rambut pun perlu guys. Sebagai pelembap kepada rambut. Tapi serum ni jangan pakai sampai ke kulit kepala. Just pakai di rambut sahaja. Faham kan? Ambik serum dan ratakan di tapak tangan. Then picit2kan di hujung2 rambut. Siapa yang biasa cuci rambut dekat saloon, shampoo girl tu akan buat part ni paling last sebelum dia suruh kau ke kaunter untuk bayar. Hahahah. Tujuannya untuk mengelak rambut tu kering. Kakak pakai jenama Watson ni and agak berminyak tp sesuai untuk kakak sbb rambut kakak super duper kering klu x pakai serum. Kau boleh cari serum lain kalau x suka pakai yang berminyak. Berlambak serum ada di pasaran.

Last, part paling x penting tapi berguna untuk yang bertudung. Hair mist. Macam body mist jugak. Tujuan untuk mewangikan rambut. Tiada tujuan lain. Kalau sdh sehari kau bertudung, xlah jugak bau kepam rambut tu klu pakai hair mist ni. Tp kakak x pakai hari2. Kalua rajin jak baru pakai. Sebab kadang terlupa pakai. Hehe.
Hair mist brand safi ni jak yang kakak pernah jumpa. And wangi gilerrrrrrrr. Brand lain kakak x pernah jumpa lagi. Kalau ada brand lain, bagtau kakak ya. Mau jugak try.

Sejak amalkan rutin ni, alhamdulillah rambut kakak semakin kurang gugurnya. Bukan lah x gugur langsung. Sbb rambut gugur tu normal. Cuma yang jd x normal bila amaunnya banyak. Kalau dulu, kakak sapu pakai jari jak rambut, confirm 20 ke 30 helai akan gugur. Sekarang ni dalam lingkungan 2 ke 5 helai. That’s why kakak yakin untuk berkongsi.

So gud luck guys. Sapa2 yang try and hasil memberansangkan kan, PM kakak ya. bye

kredit: facebook Nur Alina Muhammad Abduh