Setiap surah dalam Al-Quran mempunyai keistimewaan dan kehebatannya yang tersendiri. Selain menambahkan pahala amalan kita apabila membacanya, ayat Al-Quran juga mampu membantu kita dalam kehidupan seharian. Ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter ini @izz_amir95 mengenai amalan membaca Al-Waqiah dengan Al Mulk yang mampu menjemput rezeki dalam kehidupan kita.
Mulanya hidup memang kucar kacir sebelum mengamalkan surah Al-Waqiah dan Al-Mulk dalam kehidupan seharian.
Suatu hari ternampak orang berkongsi kisah di Facebook.
Pintu hati terbuka untuk mencari erti Surah Al-Waqiah dan Al-Mulk di Internet. Tiba-tiba…
Ads
Banyak dapat order daripada pelanggan luar negara. Mereka juga berminat untuk jadi ejen produknya.
Duitnya tak pernah berkurang walaupun banyak memberi.
Ads
Dia perasan kedua-dua surah ini memudahkan urusan hidupnya. Exam tetap cemerlang walaupun demam ketika itu.
Ads
Pelanggan yang biasanya banyak kerenah tiba-tiba mahu menolong promote perniagaannya.
Dia menyarankan semua mengamalkannnya sebelum tidur. Pasti rezeki mengalir seperti air selepas itu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon terkenal Anzalna mengumpul sejumlah dana untuk membantu seorang kanak-kanak yang menghidap high grade glioma tahap empat.
Kisah Mas Muhammad Luth, seorang budak lelaki berusia empat tahun yang menghidap glioma gred tinggi, menarik perhatian pelakon jelita itu, yang dibawa masuk untuk membantu menyelamatkan nyawa budak itu.
Penyakit jarang adalah sejenis tumor yang ‘menghantam’ kepala dengan sangat agresif dan memerlukan rawatan segera.
“Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.
“Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih.” katanya.
Sementara itu, pelakon Love You Mr. Arrogant berkongsi bahawa ibu kanak-kanak lelaki itu yang dikenali sebagai Hazirah adalah kawan rapatnya. Wanita itu juga ibu tunggal kepada tiga orang anak.
Luth juga telah menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daripada tumor itu sejak diagnosisnya pada 31 Januari, tetapi rawatan susulan masih diperlukan.
“Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
Anak-anak ketika pandemik hanya terperuk dekat rumah, menghadap laptop, ipad sampai tahap perkembangan IQ dan EQ mereka terbantut dan terganggu. PakNil sebagai public figure yang disenangi oleh kanak-kanak, berasa simpati jika ini masih berlaku.
PakNil tak sabar nak tengok anak-anak kembali aktif dan explore banyak benda sekeliling mereka, tambah-tambah lagi bila kita dah beralih ke musim endemik ni, anak-anak dah boleh kembali ke sekolah, dah boleh buat macam-macam aktiviti.
Syarikat Bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan bersama dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i- Qids di Glenmarie Hotel & Golf Resort dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie yang ke-13 baru-baru ini.
“i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka,”
“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.”
Septikal ibu bapa yang masih mengaggap suplemen boleh membahayakan anak mereka, PakNil menyeru mereka supaya tidak perlu takut jika produk itu selamat diamalkan bagi melindungi anak-anak anda.
“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian. Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,”
“Sekarang, kita sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah mula bersekolah. Oleh itu, kami melihat i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka. Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari,”
Syarikat bumiputera yang sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai strategi pemasaran yang utuh memberi jaminan setiap produk Eskayvie ada sijil Halal, GMP, dan mendapat kelulusan BKKM di bawah KKM sebelum ia dipasarkan.
“Suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pastinya digemari anak- anak berusia 2 hingga 12 tahun,” ujar formulator produk itu, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri.
“Eskayvie akan terus hasilkan lebih banyak lagi produk-produk berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur. Ini seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed.
Kehadiran produk baru ini membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan serta mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan. Eskayvie Nexus adalah sebuah platform yang tepat dengan peluang terbaik untuk mulakan bisnes tanpa modal kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian dari mana saja,”
“Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal,”
“Pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi pada tahun 2022 ini akan menjadi lebih tinggi disebabkan berlakunya peningkatan terhadap permintaan barangan runcit dan keperluan asas. Malah, dijangka rantaian bekalan global bakal berkurangan serta berlakunya peningkatan harga komoditi di seluruh dunia bermula pertengahan tahun 2022 ini,”
“Eskayvie melihat ini sebagai peluang terbaik untuk terus bantu memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” ulas Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memulakan hari anda dengan bacaan doa merupakan saranan Rasulullah S.A.W untuk menjadikan kehidupan harian kita lebih diberkati. Kadang-kala, kita terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk mendekatkan diri kita dengan-Nya.
Tidak mengambil masa yang lama pun, cuma sebentar sahaja untuk kitaberdoa dan meminta kepada-Nya agar segala urusan kita dipermudahkan. Malah, ia juga dapat dijadikan sebagai bekalan pahala di akhirat kelak. Sebenarnya, banyak pilihan doa atau surah yang dapat kita amalkan di pagi hari, yang sudahpun kita tahu ia sebahagian dari sunnah Rasulullah S.A.W. Tetapi, kali ini, team Hijabista ingin kongsikan kepada anda dua doa ringkas yang boleh kamu amalkan pada setiap pagi.
“Allahumma bika ashbahna, wa bika amsaina, wa bika nahya, wa bika namutu, wa ilaikan nusyuru.”
Artinya:
Ertinya: Ya Allah, dengan-Mu aku menjalani pagi hari, dengan-Mu aku menjalani hari petang, dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati. Hanya kepada-Mu aku kembali.” (HR Abu Dawud, At-Turmudzi, Ibnu Majah).
Selain itu juga, anda juga boleh membaca doa yang sedikit panjang iaitu;
Ashbahnà wa ashbahal mulku lillàhi wal hamdu lillàhi, là ilàha illallàhu wahdah là syarka lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alà kulli syai‘in qadr.
Rabbi, as’aluka khaira mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà, wa a‘dzu bika min syarri mà f hàdzihil lailata wa khaira mà ba‘dahà.
Rabbi, a‘dzu bika minal kasli wa s’il kibari. A‘dzu bika min ‘adzàbin fin nàri wa ‘adzàbin dil qabri
Ertinya:
“Kami dan kuasa-Mu menjalani pagi hari. Segala puji bagi-Mu. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kuasa dan puji. Allah yang menguasai atas segala sesuatu.
Tuhanku, aku memohon kepada-Mu kebaikan malam ini dan malam sesudahnya. Aku memohon perlindungan-Mu kejahatan malam ini dan malam sesudahnya.
Tuhanku, aku memohon perlindungan-Mu dari kemalasan dan kedaifan masa tua. Aku memohon perlindungan-Mu dari seksa neraka dan seksa kubur,” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar).
Mudah bukan? Janganlah jadikan alasan tiada masa sebagai penghalang untuk kita berdoa meminta perlindungan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang. Pintalah kepada-Nya dan dekatkan diri kepada-Nya. Semoga kita semua dirahmati oleh-Nya. InsyaAllah! Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.