Satu berita baik telah dimaklumkan iaitu jenama hijab sukan pertama di dunia, Capsters kini telah diambil alih oleh syarikat Malaysia.
Pada tahun 1999, pereka Belanda iaitu Cindy van de Bremen telah menghasilkan hijab sukan pertama sewaktu masih di kolej. Ia terjadi apabila terdapat suatu kes murid di Belanda yang tidak dibenarkan bersukan menggunakan hijab yang dikatakan tidak selamat.
Timbulnya perasaan kasihan, Cindy telah mereka satu hijab khas dengan menggunakan fabrik yang sesuai dan tidak berpin bagi menghasilkan thesis akademik beliau di Design Academy Eindhoven.
Pencapaian ini telah mendapat perhatian ramai dan pesanan khas mula masuk dari serata dunia hinggalah pengkomersilan dilakukan pada tahun 2001 dan terciptalah jenama Capsters.
Ads
Banyak pencapaian yang telah diraih Capsters antaranya ialah memenangi Good Design Award di Jepun pada tahun 2002 dan dipamerkan sebagai koleksi tetap di Museum of Modern Art (MoMA), New York sejak tahun 2005.
Capsters juga telah berkolaborasi bersama Putera Jordan, Ali bin Al Hussein bagi membatalkan larangan hijab oleh FIFA dan ternyata ia merupakan satu kejayaan buat mereka.
Ads
Produk Capsters kini dijual di 16 negara di seluruh dunia termasuklah di Eropah, Asia Tenggara, Amerika Utara, Afrika dan Australia.
Ads
Baru sahaja diambil alih oleh Innovacia Sdn Bhd pada penghujung tahun 2019 yang lalu, pasaran hijab ini dijangka akan terus berkembang disamping mempromosikan gaya hidup yang sihat pada masyarakat.
Selain itu, Capsters juga berharap melalui pengambilalihan oleh suatu syarikat berasaskan teknologi ini mereka dapat terus menghasilkan produk inovatif dan menjadikan jenama Malaysia berkembang lagi di taraf antarabangsa.
Selebriti hijabi kelahiran Indonesia, Rahmalia Aufa Yazid berjaya menarik perhatian pencinta fesyen dengan gayanya yang tersendiri.
Aufa yang dibesarkan di Tokyo ini merupakan seorang Muslim sejak kecil. Hanya pada usianya 18 tahun, Aufa memutuskan untuk bertudung.
Pada mulanya, Aufa berasa tidak yakin dengan penampilannya kerana hanya dia seorang yang bertudung di sekolah.
Gaya Aufa yang hanya mengenakan tudung dan pakaian ringkas jauh berbeza dengan trend fesyen popular di Jepun ketika itu.
Suatu hari, Aufa berpeluang bertemu Hana Tajima pereka fesyen yang telah membawanya keluar dari rasa kurang yakinnya itu.
Hana Tajima telah memberi inspirasi gaya buat Aufa di mana dia perlu menggabungkan pakaiannya dengan elemen dan fesyen Muslimah yang sedang menjadi trending di Tokyo ketika itu.
Aufa akhirnya berjaya buktikan, seorang Muslimah boleh menjalani kehidupan normal dan bergaya tanpa perlu berasa asing walaupun golongan Muslim adalah minoriti di Jepun.
Penampilan Aufa kian menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi gaya tudungnya yang ala Jepun dan digunakan setiap hari. Ia turut menjadi inspirasi di kalangan hijabi.
Memetik dari Instagram @aufatokyo, berikut adalah gaya pakaian Jepun ala Aufa Tokyo yang boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi.
Ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular dan tidak asing lagi terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Siapa sahaja yang tak pernah mencubanya kan? Bukan sahaja sedap, malah banyak khasiatnya untuk kesihatan!
Ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot Esculenta adalah sejenis kanji yang terhasil pada akar pokok ubi kayu. Dahulu, ia diijadikan sebagai pengganti nasi dikalangan penduduk sekitar kampung.
Kini, ubi kayu bukanlah lagi dijadikan sebagai makanan utama, namun dinikmati dalam pelbagai menu dan hidangan. Pelbagai variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi. Kalau dapat menikmati ubi rebus petang-petang memang best!
Bagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:
Setiap 100 gram ubi kayu ini membekalkan badan kita dengan 162 kcl tenaga. Semuanya disebabkan kandungan karbohidratnya yang tinggi iaitu kira-kira 38.2g.
Ubi kayu adalah sumber yang kaya dengan serat makanan, mengandungi kanji-tahan (resistant starch) dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan baik. Serat tidak larut membantu memperbaiki sistem penghadaman dengan menyerap semua toksin yang terkumpul di dalam usus.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada saluran gastrousus perut, mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko kanser usus dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.
Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah yang berdaya guna untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah penyebab anemia yang paling biasa.
Ubi kayu merupakan sejenis makanan berkanji yang kaya dengan zat besi dan dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini disebabkan ubi kayu diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin ini berfungsi untuk membawa bekalan oksigen ke sel-sel yang ada di dalam badan kita untuk proses penjanaan tenaga. Dengan pengambilan zat besi yang mencukupi, penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dielakkan.
Buat hijabi yang mahu menurunkan berat badan, mungkin anda boleh cuma amalkan makan ubi kayu rebus ini. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat buat anda yang tidak sabar untuk menurunkan berat badan.
Khasiat ubi kayu ini membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Jadi, ia membantu anda mengurangkan rasa lapar serta tidak lagi mengambil makanan ringan seperti snek yang tidak berkhasiat.
Apakah hubungan antara ubi kayu dan penglihatan? Ubi kayu mengandungi Vitamin A dan mineral, secara tidak langsung meningkatkan penglihatan dan mencegah dari buta dan masalah penglihatan yang lain.
Vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu boleh membantu merawat sakit kepala dan migrain. Selain itu, ia boleh mengurangkan serangan migrain yang berterusan.
Sifat antioksidan ubi kayu membantu mengatasi masalah cirit-birit.Ia menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.
Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Menurut Jabatan Meteorologi Negara (Met Malaysia), suhu panas ini berlaku kerana Malaysia sedang berada pada musim Monsun Barat Daya. Ini berlaku apabila angin barat daya bertiup ke negara kita dengan komposisi udara kering, bermula Mei sehingga September ini.
Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya. Hingga adakalanya suhu badan meningkat dan mudah dijangkiti demam selesema.
Ketika cuaca terlampau panas, bukan sahaja membuatkan badan menjadi cepat letih. Justeru, untuk mengawal keseimbangan tubuh dan memastikan badan kekal terhidrat dan mempunyai kadar air yang mencukupi. Adalah penting untuk kita mengambil makanan yang dapat menyejukkan tubuh. Antaranya, makanan-makanan seperti ini:
1. Buah-buahan Segar
Buah-buahan antara makanan yang mempunyai manfaat vitamin C yang tinggi, selain mampu membentuk antibodi yang tinggi dalam tubuh badan ia juga mampu menyejukkan badan di kala cuaca panas yang meresap semua air di dalam badan kita. Antara buah yang dicadangkn Hijabista adalah, Tembikai, Anggur, dan buah beri.
Jika anda bukan penggemar buah-buahan, anda masih boleh mendapatkan manfaat untuk hidrasi dan sejukkan tubuh menerusi sayur-sayuran segar. Sayuran yang mempunyai banyak air seperti timun, tomato, labu air dan ubi kentang mampu menghidrat badan dan secara tidak langsung memberikan impak sejuk pada badan anda.
3. Aiskrim dan Ais Buatan Sendiri
Malah satu lagi cara untuk anda menyejukkan badan adalah dengan membuat aiskrim mahupun ais buatan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan sihat seperti seperti mangga, kiwi, pisang, strawberry untuk menghasilkan perisa aiskrim atau ais buatan sendiri yang lazat dan menyegarkan!
Justeru, musim panas yang sedang melanda dan dijangka akan berakhir bagi satu jangkamasa yang panjang akan membuatkan badan kita cepat merasa letih dan lesu. Oleh itu, jagalah keseimbangan tubuh badan dengan kekal hidrat dan minum air masak secukupnya.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.