Masih ingat lagi kes seorang ibu yang membunuh bayinya sendiri satu ketika dahulu? Memang begitu tragis. Mana taknya, bayi perempuan yang berusia 2 bulan itu telah dikelar dileher oleh ibunya sendiri. Ramai yang menuding jari menyalahkan si ibu kenapa sanggup bertindak kejam memperlakukan sedemikian rupa kepada anak ketiganya itu. Bukan itu sahaja, banyak lagi peristiwa-peristiwa seperti ini yang berlaku di sekeliling kita.

Namun sebenarnya kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada ibu berkenaan. Mungkin dia pernah mengalami peristiwa kehilangan hingga kejadian itu mengganggu emosinya. Dalam keadaan kecelaruan minda itu pasti ada suara jahat yang menyuruhnya melakukan sesuatu di luar kotak pemikirannya.

Wanita yang pernah kehilangan tidak boleh dibiarkan keseorangan hingga boleh mencetus kemurungan. Keluarga terutama suami perlu saling membantu dan kalau boleh jauhkan mereka dari duduk keseorangan. Jika boleh sentiasa berada dekat dengannya dan berbual apa sahaja tetapi elakkan bercerita soal kehilangan berkenaan.

Ada beberapa cara boleh dilakukan oleh suami agar tidak berlaku perkara yang boleh menyebabkan situasi bertambah buruk bila isteri dalam keadaan tertekan.

IKLAN
  1. Bawa isterinya berjumpa pakar sakit jiwa atau ahli psikologi untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
  2. Paling penting, tolonglah jangan sesekali tinggalkan isteri berseorangan. Setiap wanita memang tidak dilatih untuk menghadapi perkara kesedihan seperti ini tanpa bantuan.
  3. Wanita memerlukan seorang lelaki yang bergelar suami kerana mereka amat perlukan pendamping kala dilanda kesedihan, diberi dorongan dan ketahanan serta kekuatan hati, emosi dan juga mental untuk mencari jalan penyelesaian.

APA YANG KAUM ISTERI PERLU BUAT?

1. Jangan ambil masa yang lama

Mengikut kajian psikologi, apa sahaja kesedihan emosi akan berlalu dan mampu dilupakan dalam masa 21 hari. Seorang isteri perlu melupakan atau menerima hakikat kejadian tentang apa yang telah berlaku.

2. Tak boleh terlampau berfikir

Kehidupan harian isteri itu hendaklah dalam keadaan yang positif serta didampingi oleh orang-orang yang disayangi dan dicintai. Tidak boleh terlampau memikirkan masalah serta tidak boleh berkurung di dalam kawasan selesa diri.

IKLAN

3. Buat sesuatu jika ada masa terluang

Keadaan persekitaran bilik haruslah memiliki cahaya serta berudara yang positif. Isteri juga perlu mengisikan masa beliau dengan kerja-kerja yang bermanfaat atau melakukan sesuatu perkara yang baru.

IKLAN

4. Belajar memaaafkan

Memaafkan kesilapan seseorang itu akan membuatkan seseorang isteri berasa lebih yakin dengan dirinya dan mampu melupakan kesakitan hati dan kesedihannya.

5. Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan

Kalau boleh jangan sesekali lupakan Tuhan walaupun dalam keadaan bersedih. Jika terlintas perkara buruk dalam minda, cepat-cepat beristighfar dan berselawat ke atas Nabi. Atau terus sahaja melakukan solat (jika sampai waktunya) ataupun solat sunat yang boleh meredakan dan menenangkan jiwa.

6. Elakkan bersendirian

Kalau boleh jangan duduk bersendiri, sebaliknya bercampur gaul dengan teman-teman seperti sebelumnya. Jika anda tidak berbual pun sekurang-kurangnya kehadiran teman-teman boleh menceriakan semula suasana.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI