Nama Ria Miranda sudah tidak asing lagi dalam industri fesyen Indonesia. Karya fesyen hijab ciptaannya sentiasa berjaya di pasaran.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggemari gaya fesyen dengan warna pastel yang cantik dan lembut, pastinya menggemari koleksi jenama Ria Miranda.
Memetik pelbagai sumber, wanita berusia 39 tahun dengan nama penuhnya Indria Miranda ini dilahirkan dalam family business. Maka tidak hairanlah, Ria Miranda turut bergelar usahawan dalam bidang fesyen.
Namun siapa sangka, perjalanan kariernya sebagai penggiat fesyen bukanlah mudah. Ria Miranda memulakan perniagaan dengan bermodalkan simpanan peribadinya sejak tahun 2008.
Ads
Dengan jumlah wang tersebut, dia bermula dari bawah untuk mereka pakaian sehinggalah akhirnya berjaya dipasarkan.
Ketika pertama kali muncul pada tahun 2008, Ria Miranda memberikan nama Shabby Chic by Ria Miranda kepada perniagaan fesyennya.
Ads
Namun, pada tahun 2009 ia ditukar kepada RiaMiranda seperti yang dikenali ramai orang.
Gara-gara dipandang remeh oleh orang ramai berhubung karyanya, pereka fesyen lulusan ESMOD ini tidak hilang semangatnya.
Ads
Dia terus mencuba dan berusaha untuk menghasilkan karya fesyen terbaik.
Akhirnya, Ria Miranda berjaya menerima pelbagai anugerah seperti Jakarta Fashion Week, Dubai Modest Fashion Week, dan London Fashion Week.
Kredit Foto: Instagram Ria Miranda
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Minggu lepas menyaksikan pasangan Instafamous Natasya Nazreen dan Asyraff Mazlan selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja. Majlis berlangsung cukup meriah di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu Kelantan.
Pasangan ini sebelum itu telah mengikat tali pertunangan selama 9 bulan sebelum mengakhirinya sempena cuti sambutan Aidil Adha lalu.
Dan setiap kali adanya majlis perkahwinan, appa yang menarik perhatian adalah persalinan kedua mempelai terutama ratu sehari.
Untuk majlis akad nikah, pengantin perempuan, Natasya mengenakan persalinan busana moden rona coklat. Dengan hijab dan layah rona senada menjadikan penampilan instafamous ini mencuri tumpuan netizen. Wajahnya juga dirias cantik oleh jurusolek kegemaran, Erin Lola.
Sebaik di muat naik beberapa keping foto di majlis pernikahan, ramai memuji kecantikan Natasya lebih-lebih lagi apabila bergambar bersama ibu kesayangannya. Kedua-duanya dikatakan sama-sama cantik, malah penampilan mereka juga seperti adik dan kakak.
Hubungan Natasya juga dilihat begitu rapat dengan ibunya. Dalam kapsyen statusnya, dia menganggap bahawa ibunya yang dipanggil Ummi ini sebagai kawan baiknya. Dan turut berterima kasih kerana membesarkan dirinya dan menjadi ibu yang baik.
Ummi, terima kasih kerana membesarkan kakak dengan baik. Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang baik. . Ummi lah best friend kakak, tempat kakak mengadu dan orang yang selalu back up i? . walaupun lepas ni kakak dah ada kehidupan baru, tapi Ummi tetap no satu. i love you and always do
Untuk majlis resepsi pula, keduanya tampil menawa dalam busana moden. Jika Natasya menggayakan dress rona putih, pasangannya pula memilih persalinan baju Kot rona gelap.
Keduanya yang popular di media sosial ini tidak terlepas menerima ucapan tahniah dari follower masing-masing yang mendoakan mereka bahagia till jannah.
Tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri dalam Malaysia, ternyata meruntun hati kita semua. Banjir buruk yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi pada pemilik-pemilik rumah yang didiami.
Ketika air bah surut, rumah disaluti lumpur, barang-barang bertaburan dan lebih menyedihkan lagi barangan yang bernilai seperti barang-barang eletrik musnah begitu sahaja.Selain daripada dokumen peribadi, barangan elektrik adalah barangan berharga yang mungkin menelan beribu-ribu ringgit. Ya, Nak buat apa simpan jika sudah dimasuki air, buang sahaja!
Orang lain sedekah makanan dan tenaga membersihkan rumah, lain pula bagi lelaki ini. Zuhri Mohd tampil terkesan dan menyatakan rasa terkilan melihat barangan eletrik di buang begitu sahaja. Di dalam perkongsiannya melalui aplikasi TikTok @sayazuhri agak kesal apabila barangan eletrik kesan dari air banjir dibuang begitu sahaja. Lalu memuat naik hantaran di aplikasi TikTok “masih boleh di selamatkan”. Ketika menjalani kerja-kerja sukarela di Langat, lelaki ini terdetik berkongsi cara untuk menyelamatkan peti ais anda.
Jom ikuti langkah selamat perbaiki barang elaktrik anda:
Mempunyai lebih 800K tontonan video ini, rata-rata berterima kasih dan berpuashati dengan perkongsian ini:
Walaubagaimanapun mengikut lelaki ini, apa yang ditunjukkan melalui video ini hanya ikhtiar memperbaiki barangan elektrik yang dimasuki air banjir sebelum membuangnya. Selamat mencuba!
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjelang raya pasti ramai mak-mak sibuk menyediakan kuih raya, apatah lagi ketika musim pandemik covid-19. Banyak masa dihabiskan di rumah tak salahkan hasilkan kuih raya versi sendiri.
Bukan mudah untuk memulakan norma baru namun sekiranya disusun secara teratur semuanya akan memudahkan pekerjaan. Tiru cara selebriti ini mempunyai dua cahaya mata dan cara didikan anaknya mejadi inspirasi hijabi di luar.
Hanis Zalika yang mempunyai pengikut 6M di laman instagram sering berkongsi resepi masakan malahan cara didikan anak-anak. Hantaran terbarunya ingin membuat kuih bersama anak-anak.
Apa yang menariknya cara untuk memulakan aktiviti bersama anak-anak perlu ada perancangan dan susun atur yang memudahkan kerja. Jom kita ikuti cara Hanis Zalikha dan dapatkan item-item secara dalam talian agar hijabi semua turut sama boleh mengatur strategi serbagini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.