
Parut ‘Miss J’ yang meninggalkan kesan selepas menyinggah di wajah memang menyakitkan hati. Degil pulak tu! Haaa, kalau anda mengalami masalah untuk menghilangkannya, apa kata cuba tip yang dikongsi ini.
Sediakan bahan-bahan ini dan ikuti langkah-langkahnya:

1. Setengah jus lemon + setengah cawan air
2. Guna kapas gumpal/ kapas muka biasa untuk celup dlm jus lemon dan sapu pada muka atau parut.
3. Lakukan sebelum tidur atau waktu lapang.

Mudah je kan? Tak perlu bahan yang mahal-mahal pun!
Sedikit peringatan, lemon merupakan bahan yang agak ‘kuat’ jadi anda digalakkan untuk melakukan patch test terlebih dahulu ya sebelum mengikuti kaedah ini. Hentikan jika wajah anda menjadi kemerah-merahan kerana kulit anda mungkin sensitif terhadapnya.

sumber: Farain Mohammad
Atasi Kulit Kemerahan & Kegatalan, Rangkaian Produk Baharu Ini Beri Kesempurnaan Pada Wajah Anda Dalam Tempoh 4 Jam

Pernahkah anda mengalami kekeringan kulit, terasa ketat, merengsa, gatal-gatal atau kemerahan? Sekiranya anda mengalami semua ini, kemungkinan anda mempunyai kulit sensitif.
Kulit sensitif boleh disebabkan oleh faktor luaran seperti cuaca, pencemaran udara dan pendedahan kepada sinaran UV yang berlebihan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor dalaman seperti tekanan, alahan dan perubahan hormon. Apa pun puncanya, kami dapat membantu dengan rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating yang baru.

Hada Labo+ Sensitive Hydrating terdiri daripada Pembersih Wajah, Losyen, Susu dan Krim – semuanya diformulasikan dengan formula perlindungan yang menenangkan untuk menguatkan dan memulihkan keseimbangan dalam kulit anda. Dengan formula perlindungan tiga kali untuk keberkesanan tiga ciri di bawah:
Melindungi
Mengandungi Lesitin, Squalene dan Shea Butter yang membentuk kristal cair bionik yang tidak kelihatan sebagai lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam mengekalkan kesihatan kulit.
Menguatkan dan Merawat
Mengandungi Phytosterols dan Ceramide yang membantu untuk melicinkan, melembutkan dan juga menguatkan serta merawat perintang kulit.
Melegakan Kemerahan
Mengandungi Alpha Bisabolol dan Gingerol untuk menenangkan serta melegakan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.
Dalam ujian pengguna menggunakan Krim Hada Labo+ Sensitive Hydrating pada kulit yang sensitif dengan kemerahan kulit, pengurangan yang amat ketara dalam melegakan kemerahan dan kerengsaan dilihat dalam tempoh hanya 4 jam selepas dipakai. Hasilnya menunjukkan keberkesanan krim dalam menenangkan kemerahan dan menguatkan perintang kulit.
Seperti semua produk Hada Labo, rangkaian Hada Labo + Sensitivity Hydrating juga mengandungi ramuan terkenal iaitu Hyaluronic Acid yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk menghidratkan dan mengembalikan kelembapan kulit. Ia adalah pH seimbang dan bebas daripada wangian, pewarna, alkohol dan minyak mineral.
Tertipu Dengan Bahan Kandungan Produk, Fahami Beza 5 Istilah Pada Label Pembungkusan

Kini, produk berasaskan tumbuhan bersaing dengan pasaran yang lain malah mereka diidamkan dan sering kali lebih berkesan pada kulit wajah yang bermasalah, berkat ramuan ‘super food’, serta lebih sedikit bahan kimia, yang boleh mengeringkan dan menyebabkan kekeringan pada kulit.
Mencari sesuatu produk yang dilabelkan sebagai ‘natural’ agak mengelirukan, contohnya label istilah ‘semula jadi’ tidak ada aturan yang betul. Produk yang yang dilabelkan ‘natural’ tetapi masih mempunyai bahan kimia sintetik. Jadi bagaimana cara yang tidak mengeliru anda?
Tidak perlu risau! Dengan sedikit pengetahuan, sama sekali tidak sukar untuk membezakan perbezaan antara produk yang benar-benar semula jadi. Jom kenali istilah-istilah yang terdapat di label pembungkusan produk kecantikan anda:
Natural

Walaupun istilah ini sama sekali tidak diatur, tidak semua produk dengan kata ” natural ” pada labelnya adalah tidak benar. Pertaruhan terbaik anda ialah mengkaji ramuannya. Ingatlah bahawa ramuan disenaraikan dari peratusan tertinggi hingga terendah. Termasuk jika anda berhasrat memilih produk di mana bahan sintetik utamanya berada di bahagian bawah senarai.
Di sinilah agak mengelirukan: Nama saintifik bagi sebilangan bahan semula jadi mungkin terdengar sintetik. Natrium klorida hanyalah garam laut, dan asid sitrik adalah sebatian yang terdapat dalam lemon dan buah sitrus yang lain. Jangan bimbang, jadikan kebiasaan mengenali nama-nama saintifik, anda akan mula mengenalinya. Selain itu, seperti yang akan anda ketahui, ada cara lain untuk memastikan produk anda berwarna hijau.
Organik

Istilah ini bermaksud bahawa bahan-bahan ditanam secara organik, tetapi mempunyai beberapa masalahnya. Produk hanya perlu mengandungi peratusan bahan organik tertentu untuk menyatakan “dibuat dengan bahan organik” pada labelnya. Peratus jumlah bahan organic ini berbeza dari negara pengeluaran.
Berasaskan Tumbuhan atau Bebas Sintetik

Secara teorinya, produk yang dilabelkan sebagai “bebas sintetik” tidak mengandungi bahan buatan manusia, produk ini 100% diperbuat daripada unsur atau sebatian yang wujud secara semula jadi. Istilah “berasaskan tumbuhan” mungkin sedikit lebih fleksibel tetapi secara amnya menunjukkan bahawa produk tersebut dibuat dengan ramuan botani. Kedua-dua syarat tersebut tidak terkawal. Namun, ketahuilah bahawa produk boleh bebas sintetik dan bukan organik, dan sebaliknya, dengan cara yang sama bahawa kale tidak selalu organik.
Cruelty-Free
Pernah perhatikan simbol arnab kecil pada label kosmetik? Itu adalah pensijilan Leaping Bunny, yang bermaksud bahawa tidak ada ramuan produk yang diuji pada haiwan. Laman web Leaping Bunny juga merupakan sumber yang baik untuk pecinta kecantikan yang beretika, kerana ia mengandungi senarai jenama kecantikan utama yang sering dikemas kini yang menahan diri dari ujian haiwan. Walaupun begitu, banyak jenama kecil atau indie mungkin tidak disahkan Leaping Bunny, tetapi itu tidak semestinya tidak ‘cruelty-free’. Pastikan ada label dicetak di pembungkusan.
Vegan

Produk berlabel “vegan” tidak mengandungi produk haiwan atau produk sampingan. Tetapi seperti seseorang yang mengikuti diet vegan boleh makan Doritos bukan keju sebenar, produk kecantikan vegan dapat dipenuhi dengan bahan kimia sintetik, selagi tidak ada haiwan yang dirugikan dalam prosesnya. Bukan untuk membincangkan perkara itu, yang penting anda baca senarai ramuan terlebih dahulu!
Habis Semua Jerawat Kecut! Cuba Pakai Toner Timun DIY Bila Kulit Wajah Sedang Breakout

Rasanya semua orang pernah mengalami masalah breakout bukan? Namun ada yang mengalaminya secara sederhana dan tidak terlalu serius dan tidak kurang juga masalah breakout yang teruk.
Ramai mengakui tidak kira wanita mahupun lelaki bahawa masalah breakout atau jerawat boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang keyakinan diri. Jika boleh langsung hendak berkurung di rumah ketika wajah dipenuhi jerawat yang teruk.
Wajah ‘breakout’ mungkin disebabkan oleh alahan terhadap sesuatu produk hingga menyebabkan jerawat timbul dengan teruk sekali. Jangan risau hijabi, setiap yang terjadi pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya.
Melalui perkongsian seorang lelaki bernama Nauf Safuan di Facebooknya, masalah wajah ‘breakout’ ini boleh diatasi dengan penggunaan toner timun kerana dikatakan toner timun ini sesuai untuk mengecutkan jerawat yang ada pada wajah.
Lebih menarik lagi apabila toner timun ini dikatakan boleh mengelakkan jerawat daripada terus merebak pada wajah. Malah, jika anda mengalami masalah pori yang besar pun digalakkan untuk memakai toner timun ini.
Ayuh kita baca perkongsian oleh Nauf Safuan ini.
Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lemon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.
Bahan-bahan:
- 1/2 Timun
- 1/2 Lemon
- Penapis air teh
- Penyagat
Cara penyediaan:
- Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
- Amik air timun, campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.
- Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
- Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.







HIJABISTA: Boleh pakai sebagai toner. Sembur pada kapas muka dan sapu ke seluruh wajah. Rasa sejuk sahaja apabila disembur pada kulit wajah. Namun bagi mereka yang memiliki kulit yang agak sensitif mungkin hanya guna timun sahaja.
Sumber: Facebook Nauf Safuan