Tahun 2022 bukan lagi tahun untuk anda selesa dengan bentuk tubuh sendiri. Terutamanya kepada anda yang memiliki bentuk tubuh yang besar dan gempal, ayuh jadikan tahun ini sebagai tahun untuk merampingkan pinggang dan mendapat berat badan yang ideal.

Sumber gambar: Karolina

Banyak cara dan teknik yang boleh dilakukan untuk memastikan tubuh badan ramping, toned dan tidak buncit. Khas bagi anda yang sedang kusut memikirkan cara dan langah terbaik untuk menghilangkan perut buncit, lakukan 5 jenis senaman ini! 

1. Untuk mengelakkan sebarang kecederaan ataupun kemalangan berlaku, pastikan anda melakukan senaman memanaskan badan dahulu untuk memanaskan badan.

2. Senaman Pendaki Gunung (Cross-Body Mountain Climber)

Sumber gambar: Canadian Living

Untuk memastikan bahagian otot pinggul dan belakang nampak lebih berotot, anda boleh melakukan senaman ini. Lakukan posisi seperti push-up dengan meluruskan badan, kemudian gerakkan kaki kanan dengan menghalakan bahagian lutut ke siku tangan kiri anda. Lakukan berselangan antara kaki kiri dan kanan.

IKLAN

3. Squat Sebelah Kaki

Sumber gambar: Free Range American

Letakkan kerusi atau sofa di belakang anda, kemudian gerakkan kaki kanan anda ke belakang dan letakkannya di atas sofa tersebut. Posisikan kedua belah tangan di bahagian pinggang. Selepas itu, squat ke bawah sehingga lutut kanan anda mencecah lantai. Teruskan sehingga mampu dan beralih pula ke kaki kiri. Senaman ini bagus untuk membina otot hadapan dan dalaman peha selain melatih keseimbangan serta fleksibiliti.

4. Push-up Menggunakan Bola Senaman

IKLAN
Sumber gambar: Fit Bit

Senaman ini bertujuan membentuk bahagian dada, bahu, lengan dan teras badan. Letakkan bola senaman di bawah kaki anda, kemudian posisikan badan untuk melakukan push-up. Pastikan badan sentiasa lurus semasa melakukan senaman ini.

5. Jump Squat

Sumber gambar: Prestige International

Untuk membentuk bahagian kaki, lakukan senaman ini dengan berdiri menjarakkan kaki seluas bahu anda. Kemudian, squat ke bawah dan halakan kedua belah tangan ke hadapan. Lompat ke atas menggunakan daya kuat sambil menghayunkan kedua belah tangan ke belakang.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI