Ramai nampaknya yang mula menunjukkan skill masakan masing-masing sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Ini adalah satu perkara yang positif kerana setidak-tidaknya satu kemahiran telah kita pelajari sewaktu tempoh ini.
Jika anda mahu tunjuk skill memasak makanan barat pula, boleh cuba membuat pizza yang lazat ini. Menariknya, anda hanya perlu pakai roti sahaja sebagai bahan utama.
Alahai, terliurnya tengok!
Ads
Jangan dilupakan bahan-bahan lain iaitu keju, telur, susu segar dan campuran sayuran herba.
Ads
Selepas itu, bakarnya selama 15 minit dengan suhu 150 darjah. It’s done!
Fenomena obses kepada bintang Korea atau Kpop memang cukup tular di sana sini. Kemunculan mereka bagaikan penyeri kepada kehidupan sebahagian peminat yang terlalu meminati bakat lakonan ataupun nyanyian artis dari Korea ini. Bukan sahaja di negara asal mereka, tetapi juga merebak di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika kehadiran ketika membuat persembahan atau sesi bertemu peminat memang di nanti. Baru-baru ini selebriti Korea yang cantik dan menjadi idola ramai Suzy Bae dilihat begitu sporting melayan seorang peminat Muslim yang menyarung hijab di kepalanya.
Dalam pertemuan bersama peminatnya, Suzy Bae tampil menawan dengan hijab yang disarung oleh seorang peminat dari Indonesia. Reaksinya yang cukup sporting melayan itu menjadi bualan hangat di media sosial.
Peminat berkenaan tampak gembira dapat bertemu selebriti idolanya dan dia terus memberikan hadiah dan turut meminta untuk mengenakan selendang berkenaan pada Suzy.
Selebriti ini tiada masalah dan membiarkan sahaja hijab warna biru motif bunga sakura itu di sarung pada kepalannya. Malah kedua-duanya dilihat bergambar bersama.
Malah sepanjang sesi bertemu peminatnya, Suzy dilihat terus mengenakan selendang itu. Dia nampak cantik dan jelita kala berhijab yang begitu sesuai dengan penampilannya waktu itu. Keadaan ini menyebabkan ramai peminatnya yang mahu bergambar dengan Suzy.
Suzy memang memiliki ramai peminat dan disebut-sebut sebagai ‘Nation’s First Love’ di Korea. Popularitinya sedang meningkat naik di Indonesia kerana drama Koreanya ‘While You Were Sleeping’ bergandingan dengan Main Lee Jong Suk ditayangkan di sana.
Hijabi muda yang bertuah menyarungkan selendang jenis pashmina itu bernama Rizky Yuliani atau Ryu. Momen ini dikongsi bersama di laman sosial @suzyforever dan mendapat perhatian netizen. Ramai memuji kecantikan Suzy dan menganggap dirinya bagai bidadari syurga.
Melalui thread yang dikongsikan di twitter oleh @worknco, mereka telah berkongsikan cara untuk mengumpul sebanyak RM496 dalam masa sebulan. Jom kita lihat caranya!
Mudah rupanya cara ini. Taklah kita berasa keseorangan kerana kita boleh ajak pasangan atau sesiapa yang kita mahu untuk mengumpul simpanan bersama. Pasti suatu hari nanti kita akan tersenyum melihat hasilnya. Semoga terus istiqamah semua!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebanyakan dari kita memang gemar mencuba sampel produk kecantikan yang ada di ruangan ‘display’. Kalau boleh selepas ini jangan amalkan kerana kita tidak tahu gincu bibir atau barangan lain boleh menyebabkan kita mengalami masalah kulit seperti kudis. Seperti yang terjadi di California Amerika Syarikat seorang wanita mengalami pengalaman menakutkan aibat mencuba sampel gincu di sebuah butik terkenal.
Wanita yang dikenali dengan Elena Davoyan telah menyaman sebuah gedung peralatan mekap jenama antarabangsa kerana mendakwa bibirnya telah dijangkiti ‘herpes oral’ selepas mencuba sampel gincu berkennaan.
Dalam kes itu, Davoyan telah menyaman jenama syarikat berkenaan sebanyak ASD$25,000 (RM105,662.46) sebagai ganti rugi terhadap kesan tekanan emosi dan kesihatan akibat kecuaian butik berkenaan dalam menjamin kebersihan kosmetik sampel disediakan.
Menurut Davoyan sebelum ini dia tidak pernah menghidapi herpes, selesema dan penyakit lain sebelum mencuba sampel kosmetik di butik itu Oktober lalu.
Dia mendakwa jenama kosmetik butik berkenaan telah mengabaikan kebersihan kerana tidak mengeluarkan sebrang amaran tentang risiko dan pengggunaan produk sampel yang dikongsi serta gagal mengambil langkah kebersihan seperti menyediakan kapas dan cecair pembersih pembunuh kuman sebelum pengguna mencuba sampel berkenaan.
Menurutnya lagi, dokumen saman yang dikemukakan melalui peguam bertujuan untuk memberi peringatan kepada wanita lain agar lebih berhati-hati semasa mencuba sampel kosmetik di mana-mana butik.
Walau bagaimanapun, jenama kosmetik berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebersihan dan keselamatan pelanggan sentiasa jadi keutamaan. Buat masa ini pihak mereka enggan memberikan sebarang komen berkenaan tindakan undang-undang yang bakal di kenakan ke atas pihak mereka.
Untuk makluman, ‘herpes oral’ adalah sejenis penyakit yang menjangkiti bahagian mulut termasuk bibir, lidah, gusi dan bahagian dalam pipi yang boleh menyebabkan kegatalan, nanah dan kudis. Penyakit bawaan virus herpes simplex ini boleh berjangkit melalui air liur, sentuhan dan ini termasuklah perkongsian alatan yang melibatkan sentuhan kulit.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.