Ramai di kalangan hijabi kini menjadikan selebriti sebagai idola dalam berfesyen. Tidak kira bertemakan apa, apa sahaja yang digayakan artis ini sama ada di karpet merah atau dalam drama menjadi inspirasi untuk mereka yang gemar sekali #OOTD.
Namun ada kalanya seseorang itu perlu berbelanja mahal untuk memastikan stail digayakan mengikut penampilan selebriti kesayangan.
Bagi yang gemar berselfie atau #OOTD, anda sebenarnya tidak perlu berbelanja mahal kerana hanya bajet serendah RM39 juga penampilan anda boleh secantik selebriti diminati.
Pilih sahaja busana yang diingini dengan berkunjung ke Butik Max Fashion yang menampilkan segala fesyen trendy dan sangat digemari hijabi masa kini.
Dengan padanan mix and match, pastinya stail yang digayakan setanding selebriti dan sangat berbaloi bagi kaki selfie untuk muat naik di laman sosial masing-masing.
Butik Max Fashion menawarkan lebih 3000 gaya yang diingini meliputi pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak dalam pelbagai saiz untuk kategori pakaian sukan, beg, kasut, pakaian dalam dan juga aksesori.
Ads
Anda boleh gayakan busana digemari hanya dengan memilih outfit dibawah label yang sama iaitu Max Fashion dan inilah masanya untuk tampil cantik dan bergerak aktif.
Untuk yang mahu mencuba outfit sangat menarik dengan rekaan memenuhi citarasa hijabi ini boleh terus berkunjung ke store fizikal Max Fashion yang terletak di:
Klang Valley: IOI City Mall, Avenue K , The Curve, Melawati Mall, Sunway Putra Mall & 1 Utama
Non Klang Valley: Dataran Pahlawan Melaka, East Coast Mall Kuantan, & Paradigm Mall JB
Atau jika tidak sempat untuk ke sini, boleh layari Max Fashion secara online di aplikasi Lazada dan pilihlah busana yang digemari.
Ads
Percayalah anda tidak menyesal menyarung outfit dari label Max Fashion kerana faktor ‘wow’ akan menyerlahkan penampilan dirimu.
Dan jangan lupa untuk letakkan hashtag #maxfashionasia #morethan3000stylesunderRM39 setiap kali muat naik foto di laman sosial masing-masing.
Bagi hijabi yang gemar #OOTD rebut peluang untuk bergelar Zayan Hijabstar dengan menyertai peraduan yang dijalankan di laman sosial, Instagram Hijabista.
Setiap peserta perlu membuat satu video pengenalan diri yang akan dimuat naik di Instagram Zayan dan juga Hijabista. Jangan lupa untuk meletakkan hashtag
Dan 10 video menarik akan disenarai pendek untuk melalui setiap cabaran yang akan diberitahu setiap minggu.
Peraduan ini akan berlangsung selama tiga minggu dan pemenang bertuah layak memenangi gelaran Zayan Hijabstar serta membawa pulang hadiah wang tunai.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seindah gaya hijab yang kelihatan dipakai hijabi, ia tidak selalunya mudah. Terutama apabila anda harus menghadapi lapan situasi berikut, yang sering berlaku.
Jadi ini adalah mesej sebalik kepayahan menghadapi situasi-situasi bagi mereka yang memakai hijab. Moga mesej ini dapat perhatian pengusaha-pengusaha di luar mengutamakan wanita berhijab.
Adakah anda pernah mencuba memakai topi keledar dan rambut anda di sanggul? Anda mungkin sudah dapat membayangkan kepayahannya. Cubalah dengan bertudung dan kemudian bayangkan bagaimana semuanya akan kelihatan semasa anda membuka topi keledar. Pastinya ada mengalami ‘bad hijab day’ bukan?
Ketika hijabi menemukan baju kegemarannya dengan teks yang comel, tetapi sayangnya ia diposisikan terlalu tinggi. Akibatnya tudung anda menutup semua cetakan corak hiasan baju. Bolehlah turukan sedikit untuk hijabi yang mahukan gaya pemakaian yang ranggi dan tak suram.
Nampak seperti pelik, tapi ini hakikatnya kalau menyarung hijab berwarna putih dan anda seronok menikmati semangkuk tom yam. Nah jangan pelik kalau hijab putih polos akan bercorak selepas beberap hirup sup tom yam. Alternatifnya carilah bib pelindung tudung ketika makan.
Sudah menjadi kebiasaaan, hijabi yang berhijab tidak boleh hidup dengan hanya satu pin. Paling mudah dan sering berlaku, apabila hijabi suka mencampakkan pin keronsang di dalam bag tangan. Tidak mengapa asalkan dalam beg tangan, namun apabila mencarinya semula, tidak hairanlah anda boleh menikam diri sendiri dengan pin. Mujur dUCK menyediakan bantal kecil untuk tusukan pin atau kerongsang. Good Job The dUCK Group!
Pemasar yang suka melancarkan pelbagai produk mesra hijab juga dapat memanfaatkan idea ini. Pengesan pin tudung seiring dengan penemuan sebelumnya. Ini adalah masalah yang berlaku di kebanyakan hijabi setiap hari dan harus diatasi. Ketika seseorang di rumah secara tidak sengaja menjatuhkan pin hijab di lantai. Tidak ada yang boleh bergerak. Pada masa yang sama setiap orang harus mencari pin sebelum seseorang melangkah agar tidak terluka. Jadikan perjuangan harian ini sedikit lebih mudah bagi hijabi. Dan pastikan pengesan mudah alih. Tak kan nak letak Air Tag!
Memakai hijab di luar dengan keadaan cuaca di Malaysia, menuntut kesabaran. Apatah lagi jika mempunyai aktiviti harian di luar. Pastikan anda memakai hijab yang serap peluh dan tidak berbau kepam. Pastikan material yang digunakan menuntut keselesaan 100% sepanjang pemakaian.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, terlambat adalah masalah yang sebenarnya. Bagaimanakah anda dapat mengayakan hijab, supaya bahagia sepanjang hari? Reka tudung dengan potongan Velcro dengan cara yang boleh diterima pakai dengan gaya peribadi hijabi. Bukankah Hijab dalam Perjalanan sudah menjadi nama yang hebat untuk konsep ini?
Sekiranya anda benar-benar ingin menaikkannya ke tahap seterusnya maka Hijab dalam Perjalanan yang tidak menyerap, pasti akan menjadi kombinasi terbaik.
Jenis ini menyerupai isu pertama. Dalam kes ini, ini adalah masalah berganda. Anda tidak boleh memakai fon telinga dengan betul. Sebelum memakai hijab, anda mesti memasangkannya dan memastikannya diletakkan dengan betul. Apabila anda ingin melepaskannya, anda mesti menarik tali untuk mengeluarkannya. Selain itu, kain tambahan yang diperlukan untuk menutupinya tali yang tergantung. Begitu juga dengan ear bud, tak kan nak keluarkan telinga.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Inara Rusli, bekas isteri Virgoun baru-baru ini telah memuat naik satu video transformasinya bertemakan Barbie (OOTD).
Jom sis lihat padanan tudung dan pakaian ala ‘Barbie Muslimah’ dalam gaya Inara Rusli.
BLAZER & SKIRT
Inara tampil dengan tudung jenis square berwarna merah jambu pastel menutupi bahagian dada sambil bergambar ala Barbie.
Turut dipadankan bersama blazer putih, blaus fuchsia dan skirt labuh polka dot. Kasut tumit tinggi dan beg yang sepadan dengan warna blaus melengkapkan gaya Inara.
TUDUNG & SKIRT POLOS
Inara Rusli yang sinonim dengan gaya feminin dan pastel kali ini mengenakan pakaian serba ungu. Wanita kelahiran 19 Februari 1993 ini memakai tudung warna polos lengkap dengan aksesori kepala.
Inara turut menjadikan sweater ungu sebagai aksesori di bahu. Beg pinggang dan skirt ungu bertingkat melengkapkan penampilan Barbie Inara.
SWEATER & SKIRT
Ibu kepada tiga cahaya mata ini mengenakan tudung jenis square digabungkan bersama sweater merah dan skirt berwarna ungu.
Melengkapkan gaya ala Barbie, Inara menyarungkan but putih paras buku lali. Beg tangan melengkapkan gaya Barbie Inara.
HIJAB PASTEL PINK
Idea mix-and-match ala Barbie, Inara memakai renda polka dot putih labuh bersama gaun dan kasut berwarna fuchsia.
Walaupun mengikut trend, Inara tetap mengekalkan gaya tudungnya dengan warna merah jambu pastel.
Ternyata, penampilan Inara Rusli ala Barbie ini menarik perhatian dan menjadi bualan ramai. Rata-rata memuji gaya suai padan Inara yang persis Barbie.
Kredit Foto: Instagram Inara Rusli
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terpukau dengan keindahan kota Paris selepas acapkali berkunjung ke sana, selain minat mendalam terhadap industri F&B membuatkan bekas penasihat kewangan berjawatan ketua agensi di salah sebuah syarikat takaful di Malaysia sanggup meninggalkan industri itu demi membina Farine & Sucre.
Café unik berkonsep dan bertemakan hidangan Perancis ini diusahakan pemiliknya, Farah Syuhada binti Shamshul, 28, bersama adiknya, Farra Sofea binti Shamshul, 21, selaku pemilik bersama.
Saling melengkapi, gabungan duo beradik ini menyerlah apabila mereka menetapkan hala tuju jelas dalam memperkasakan jenama Farine & Sucre. Ia berteraskan visi, misi dan nilai yang memberi pulangan balik kepada masyarakat.
“Saya seorang graduan Universiti Swasta dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa (International Business). Sebaik tamat pengajian, saya memulakan kerjaya dalam bidang perbankan di salah sebuah bank terkemuka tanah air sebagai Penasihat Kewangan,” kata Farah Syuhada membuka bicara.
Beliau kemudiannya menyertai syarikat Takaful dan menjawat jawatan Ketua Agensi selama dua tahun. Pencapaian tertinggi gadis mesra disapa Farah ini antaranya, MDRT 2019, Top 3 Rising Star & Top 3 Rookie 2019.
“Adik saya Sofea pula, adalah pelajar sepenuh masa di sebuah universiti swasta tempatan dan kini sedang menuntut dalam jurusan perakaunan selama 4 tahun,” jelas Farah sambil menambah, Sofea juga aktif dalam aktiviti yang dianjurkan pihak universiti terutamanya sebagai juruacara dan pengendalian acara.
“Visi kami untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Bercakap mengenai nilai pula, gadis tinggi lampai ini berharap dapat menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama Farine & Sucre dan menyokong perniagaan lokal. Sekaligus menyajikan kopi terbaik dalam suasana yang hebat!
Menjawab persoalan mengapa nama ‘Farine & Sucre’ dipilih, jelas wanita yang pernah mencapai tahap Million Ringgit Agency bagi tahun 2020 sebagai Ketua Agensi Takaful itu, secara literalnya, Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis.
“Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri. Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya sambil tersenyum.
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini. Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Di tanya mengenai persaingan dan risiko dalam industri makanan dan minuman, akuinya F&B adalah satu perniagaan yang penuh persaingannya.
“Sebagai orang baru, kami masih berusaha untuk belajar meraih seberapa banyak pengalaman dalam industri ini. Namun, dalam tempoh masa 5 tahun akan datang, kami berhasrat untuk kekal utuh dengan pilihan menu kami.
“Di samping memulakan pengeluaran kami sendiri dalam skala yang lebih besar sambil mempelbagaikan sasaran pasaran, kami juga berhasrat untuk berkolaborasi dengan perniagaan tempatan lain, di bawah naungan Farine & Sucre demi mengukuhkan lagi jenama kami,” kata Farah.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
Waktu operasi: 12 Tengah hari – 10 malam (Tutup Khamis).
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.