Sebut sahaja Primadona Malaysia, pasti anda semua familiar dengan sosok wanita jelita dan juga pelakon era 90-an, Erra Fazira. Siapa sangka meski kini usianya 49 tahun, namun kejelitaan Erra Fazira tetap terserlah dan tidak memudar.
Malah, Di yang disifatkan sebagai seorang wanita yang mesra, humble dan berfikiran positif, tidak hairanlah mengapa dirinya kekal relevan dalam idustri seni tanah air sehingga ke hari ini.
Selain aktif membintangi bidang lakonan, bakat Erra dalam dunia nyanyian turut menyerlah. Hingga kemampuan vokal bekas Ratu Cantik Malaysia ini mendapat pujian ramai apabila dia berjaya berpadu suara dengan legenda rock tanah air di Konsert Romantika Awie di Sabah pada Ogos tahun lepas.
Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan serta usia yang makin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.
Terdahulu, Erra berkongsi video bersama Aleesya ketika keluar menonton tayangan filem Barbie.
“Hari ni mom patut ada sesi usrah tau. Tapi mom lupa dah janji dengan anakanda nak layan Barbie. Terpaksalah mom korbankan sesi mom. Maka ke cinema lah kami.
Mom dok komplen sebab nak ber’pink’ bagai. Rupanya memang yang menonton movie ni majoriti pakai pink. And guess who we bumped into..?!
It’s @kupu_kupu n @qasander s family. Semua pun pakai pink. Pheww lega. Anyway, kepada yang jarang dengar Aleesya potpet haaa sekarang dah dengar kan? Dia kalau potpet mom pun kalah.”
Ads
Hadiri Usrah Dan Kutip Ilmu Agama Demi Dekatkan Diri Pada Allah
Sejak beberapa tahun lepas, kelibat Erra Fazira sering kelihatan menghadiri banyak majlis ilmu. Setiap kali rakan-rakan artis mengadakan sesi usrah di kediaman mereka, pasti jelitawan ini hadir untuk mendalami ilmu agama.
Malah, ada ketika dia turut membawa anak tersayang ke majlis seumpama itu.
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.
Ads
Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Penyanyi yang kini popular di China, Shila Amzah selamat melangsungkan pertunangan di kediaman keluarganya di Cheras. Majlis yang diadakan secara tertutup ini menyaksikn Shila disunting jejaka bernama Haris Idraki Elias, 28 tahun yang bekerja di sebuah sektor kewangan di London. Suka melihat penampian Shila yang kelihatannya seperti ‘Barbie Doll’ dengan tema ‘pinkish’.
Shila kelihatan tampil jelita menggayakan busana moden warna pink dengan hijab juga warna sedonon. Penampilan Shila cukup ringkas ditambah dengan solekan juga sentuhan warna pinkish di bahagian mata yang menyerlahkan kejelitaan penyanyi berusia 27 tahun.
Pada majlis itu juga, keluarga menyarung cincin pertunangan di jari manis Shila dan dilihat hanya kenalan rapat hadir di majlis penuh bersejarah buat penyanyi ini. Tunang Shila juga sebelum ini pernah bekerja sebagai wartawan The Star pada tahun 2015.
Dalam satu post di laman IGnya, Shila dan Haris sebenarnya sudah lama saling saling mengenali, iaitu kira-kira 7 tahun lalu. Ketika itu Haris berusia 21 tahun dan dalam tempoh itu, lelak ini setia menunggunya.
A post shared by 씰라茜拉shila amzah?? (@shahilaamzah) on
Shila tertarik dengan sikap Haris yang sering membuatnya ketawa, sentiasa mendorong dirinya untuk mencapai apa yang diimpikan, menyukai sikap humor dan kecintaan pada buku dan juga seni. Dan juga Shila tertarik dengan mata coklat milik Haris dan paling penting sentiasa membacakan buku padanya sebelum masuk tidur. Penyanyi ini juga berjanji akan hidup bersama selamanya apabila kasih sudah termeterai nanti.
Pasangan sama cantik sama padan ini dilapor akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan. Terdahulu ibu bapa Shila turut gembira dengan majlis petunangan anak sulung mereka dan merasa bahagia apabila anak-anak gembira.
Hotel Royal Plaza On Scotts dipercayai telah menjadi menjadi hotel pertama di Singapura untuk membenarkan kakitangan barisan hadapannya menutup rambut seiring dengan kepercayaan dalam beragama.
Walaupun begitu terdapat garis panduan yang perlu diikuti. Pemakaian penutup rambut bukanlah dalam stail ikatan hijab biasa, sebaliknya hotel tersebut membenarkan pemakaian turban.
Menerusi laporan Berita Mediacorp dalam temubual mereka bersama pengurus besar hotel tersebut, keputusan untuk membenarkan pemakaian penutup kepala bagi pekerja wanita muslim yang berada dalam posisi barisan hadapan adalah satu langkah untuk menjadi masyarakat yang inklusif.
Perbincangan juga dilakukan bersama kakitangan dan pihak pegurusan hotel meminta mereka sendiri memilih corak dan warna yang diinginkan dan sebagainya. Menerusi perbincangan tersebut sebahagian besar terpulang kepada pilihan pekerja untuk memilih corak dan warna turban.
Dalam laporan itu juga Pengurus Perkhidmatan Tetamu, Cik Faralizah Abdul Rahman menyambut baik inisiatif yang dilakukan oleh majikannya. Menurutnya, “Saya pakai tudung masa saya pergi ke kerja. Jadi masa pakai uniform itu saya harus buka tudung. Dan balik saya harus pakai kembali. Jadi dalam tempoh (bekerja) itu, saya rasa kurang selesa terutama sekali macam sudah biasa tutup kepala, tutup rambut semua kan.”
Tambahnya lagi selain menutup kepala menggunakan turban, majikan juga membenarkan pemakaian baju turtleneck oleh itu tidaklah leher menjadi terlalu terdedah.
Untuk pengetahuan pembaca, bermula 1 November 2021, kerajaan Singapura telah membenarkan jururawat beragama Islam untuk memakai hijab sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka. Kebenaran tersebut disambut baik ramai terutamanya golongan Muslimah.
Dalam satu sumber, sejak hari pertama dibenarkan berhijab, stok tudung yang dikeluarkan oleh SingHealth kehabisan stok akibat sambutan yang hangat.
Perubahan ini merupakan satu usaha untuk menjadikan sektor pekerjaan bersifat lebih inklusif tanpa mendiskriminasikan mana-mana individu. Namun begitu sektor perkhidmatan awam lain seperti tentera dan polis masih tidak membenarkan pemakaian hijab sebagai sebahagian uniform.
Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan meskipun anda sudah punya kelulusan dari pusat pengajian tinggi. Pendek kata walaupun sudah punya kelulusan yang bagus, ia bukanlah ‘jalan mudah’ untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan.
Budaya mendapat kerja menggunakan ‘orang dalam’ tidak kiralah dengan bantuan ahli keluarga dan juga kenalan seakan menjadi perkara biasa pada hari ini. Persoalannya ia dianggap melanggar hak orang lain selain menyalahi etika serta diragui hukum hakamnya.
Apakah hukum dapat kerja menggunakan ‘kabel’ atau ‘kroni’? Jika ada satu syarikat yang mahu cari pekerja dan salah seorang daripada calon yang ditemuduga berjaya dapat kerja tersebut tetapi dengan bantuan ‘kabel’ atau orang yang rapat dia dalam syarikat tersebut, tidakkah menafikan hak yang lain?
Berkenaan isu dapat kerja menggunakan kabel atau kroni ini boleh dilihat dari segi perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan memohon pekerjaan, atau seorang majikan memilih pekerja atas dasar telah mengenali pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin dan pada masa yang sama mempunyai nilai kompetensi dan kelayakan yang bersesuaian.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui sogokan, rasuah atau atas dasar kenal semata-mata tanpa sebarang nilai kompetensi atau kelayakan. Maka inilah contoh yang buruk dan haram dilakukan kerana ia telah menzalimi mereka yang berhak.
Isu kabel atau favouritism[1] sudah menjadi budaya di dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi di dalam dunia pekerjaan. Konsep menggunakan kabel atau kroni untuk mendapatkan pekerjaan boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza.
Maksudnya: “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah al-Nisa’ (85)
Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam tafsirnya mengatakan syafaat atau pertolongan terbahagi kepada dua iaitu baik dan buruk. Syafaat yang baik (حَسَنَةً)seperti mengambil berat hak-hak seorang Muslim dengan cara menghindarkannya daripada bahaya, atau mendorongnya ke arah kebaikan dengan niat ikhlas demi Allah SWT serta tidak mengambil sogokan atau rasuah. Maka pertolongan seperti ini adalah diharuskan kecuali menolong orang untuk meringankan hukuman hadd atau melanggar hak orang lain.
Syafaat atau pertolongan yang buruk (سَيِّئَةً) pula adalah berlawanan dengan syafaat yang baik. Antara contoh sekarang adalah seperti orang tengah atau pertolongan dalam perkara keburukan dengan cara menyogok menggunakan wang dan harta, untuk menafikan hak orang lain atau mengambil harta orang lain.
Berdasarkan huraian tafsir di atas, kita dapat mengenal pasti bahawa pertolongan boleh dibahagikan kepada dua perspektif. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan kehidupan tanpa menafikan hak orang lain. Contohnya, seorang majikan memilih pekerja atas dasar ingin membantu pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui cara yang buruk dan haram. Islam melarang menggunakan ‘kabel’ dengan cara membayar sejumlah wang atau harta kepada orang lain dengan niat untuk mendapatkan sesuatu. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي الْحُكْمِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara. Riwayat Tirmizi (1336)
Imam al-San’ani dalam syarah Bulughul Maram menerangkan bahawa Islam melarang dan melaknat orang yang memberi serta menerima rasuah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Perkataan (الرَّاشِي) juga boleh diertikan dengan orang tengah yang menjalankan urusan rasuah sama ada dia mengambil sedikit daripada hasil rasuah tersebut ataupun tidak.
Muhammad Soleh al-Munajjid pula menghuraikan dengan teliti berkenaan hukum mendapatkan sesuatu pekerjaan menggunakan ‘kabel’. Beliau mengatakan jika pertolongan oleh seseorang dalam syarikat itu mengakibatkan lucutnya hak orang yang lebih layak dari segi kompetensi serta keupayaan untuk menjalankan tugas dengan cekap, maka pertolongan itu adalah haram hukumnya.
Ia adalah ketidakadilan kepada mereka yang lebih layak, serta ketidakadilan yang dilakukan oleh autoriti kerana menghalang keupayaan orang lain untuk berkhidmat dengan cekap, tidak membantu mereka untuk membina potensi diri, dan menjadi satu kehinaan kepada negara dan rakyat. Keadaan ini akan membuatkan orang berhasad dengki, bersangka buruk dan merosakkan masyarakat secara tidak langsung. Ada pun jika tidak melanggar hak orang lain, maka ianya tidak mengapa dan dituntut di dalam Islam.
Mari kita bersama-sama renungi sepotong hadis Nabi SAW:
Maksudnya: “Apakah kamu tahu siapakah itu golongan yang muflis?” Mereka berkata orang yang muflis itu ialah orang yang tidak mempunyai dirham dan harta. Lantas Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang di akhirat kelak dia akan datang bersama dengan amalan solat, puasa dan zakat (kebajikan), tetapi disebabkan dia mencela orang lain, menfitnah, memakan harta orang lain dengan cara yang haram, menumpahkan darah sesama manusia, maka pahala amalannya akan berpindah kepada sesiapa yang dizalimi olehnya. Dan jika pahala amalan baiknya tidak cukup untuk menebus dosanya, maka dosa-dosanya itu akan dikira sebagai amalannya lantas dimasukkan ke dalam neraka”. Riwayat Muslim (2581)
Imam Nawawi melalui hadis ini menjelaskan mengenai akibat orang yang menzalimi dan melanggar hak orang yang lain. Pelaku dosa tersebut akan dibinasakan oleh Allah SWT dengan teruknya sehinggakan dia tidak mempunyai apa-apa. Maka amalan baiknya akan diambil oleh orang yang berhutang (dizalimi) kepadanya, dan jika amalan baiknya sudah sikit maka akan diisi dengan amalan kejahatannya pula lalu dimasukkan ke dalam api neraka. Ini adalah balasan bagi orang-orang yang melanggar batas hak orang yang lain.
Berdasar kepada penjelasan di atas maka kami simpulkan terdapat dua jenis ‘kabel’ iaitu yang pertama yang dibuat atas dasar telah saling mengenali dan bertujuan membantu pada masa yang sama individu berkenaan mempunyai kompetensi yang bersesuaian. Maka ‘pertolongan’ yang sebegini adalah harus dan dibenarkan.
Sementara kategori yang kedua iaitulah ‘pertolongan’ dengan cara sogokan atau apa-apa bentuk favouritisme yang tidak berasaskan kompetensi. Maka inilah jenis yang diharamkan kerana ia menzalimi hak orang lain dan boleh menyemai budaya kerja tidak sihat dan pelbagai kemudharatan yang lain.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.