Kekuatan seorang wanita memang tidak dapat disangkalkan. Walaupun diuji dengan penyakit barah payu dara, namun mereka tetap kental meneruskan kehidupan dan tidak pernah patah semangat. Begitulah hebatnya mereka yang bergelar wanita ini.
Seperti Ummi Salmah Hashim, 44, yang telah didiagnos kanser pada tahun 2016, dia tidak menyangka perjalanan kehidupannya berubah selepas menyedari terdapat ketulan di bahagian dadanya sewaktu mandi.
Tiba-tiba tanda itu muncul di badan.
“Selepas menyedari ada ketulan tersebut, saya terus ke klinik panel dan mereka menyuruh saya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selepas melakukan biopsi, mamogram dan ultrasound, akhirnya saya telah disahkan menghidap kanser payu dara stage 3b dan telah merebak ke hati dan tulang”, jelasnya.
Pada mulanya susah untuk menerima kenyataan.
Tambahnya, pada waktu itu apa yang difikirkan hanyalah mengenai mati dan rawatan kimoterapi yang bakal dihadapinya.
Ads
“Mula-mula saya tak dapat terima kenyataan ini. Saya terfikir, kenapa saya yang kena? Lama kelamaan saya reda kerana saya tahu inilah ujian daripada Tuhan buat hambaNya yang terpilih.
“Anak-anak juga pada awalnya sukar untuk menerima. Namun, lama-kelamaan mereka banyak bagi dorongan kepada saya. Sememangnya mereka dan suamilah sumber kekuatan saya. Kebiasaannya, selepas saya menjalani rawatan kimoterapi, mereka pasti akan membawa saya bercuti, ujarnya.”
Ads
Ummi juga menjelaskan rawatan hospital adalah yang terbaik dibandingkan dengan rawatan-rawatan lain.
Ads
“Sebenarnya saya telah menghabiskan RM 15 ribu dengan mencuba pelbagai suplemen, tradisional dan sebagainya. Apa yang orang jual semua saya beli kerana ingin sembuh tapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya hospital juga yang dituju. Jadi, seeloknya teruslah berkunjung ke hospital agar kanser itu tidak merebak.”
Cari support group supaya tidak keseorangan.
Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sempat berpesan kepada sesiapa yang didiagnos dengan penyakit kanser agar segera mencari support group.
“Support group ini sangat membantu dengan memberi pelbagai nasihat, datang ke rumah dan tidak membiarkan kita keseorangan. Kini saya juga menjadi ahli dan sentiasa berkunjung ke rumah pesakit kanser. Alhamdulillah, ada yang dahulunya takut untuk menjalani rawatan terutamanya kimoterapi kini berasa lebih yakin selepas mendapat sokongan. Yang penting, kita kena sentiasa positif ,” katanya mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hubungan adik beradik antara Zaskia Sungkar dan Shireen Sungkar sentiasa menarik perhatian ramai. Kedua-duanya terkenal dengan kebersamaan dalam pelbagai aktiviti bermula dari hal peribadi sehinggalah perniagaan yang mereka uruskan bersama. Maka, ramai yang memuji tahap keakraban mereka sebagai sibling goals.
Sebilangan pengguna media sosial berpendapat hubungan antara Zaskia dan Shireen adalah contoh sempurna ikatan adik beradik. Kemesraan dan keakraban yang ditunjukkan mencetuskan inspirasi.
Keakraban Zaskia dan Shireen sering dapat dilihat pada muat naik di platform media sosial. Dalam kehidupan seharian dan ketika menghadiri pelbagai acara, mereka sentiasa menunjukkan keharmonian. Walau terdapat perbezaan antara mereka, ikatan yang wujud tetap kukuh.
Berikut persamaan serta perbezaan Zaskia dan Shireen yang sering meraih perhatian ramai.
Zaskia dan Shireen berkongsi minat yang sama dalam sukan berkuda. Bagi mereka, menunggang kuda bukan sekadar hobi bahkan komitmen serius untuk diteruskan.
Shireen pernah menunjukkan bakatnya dengan memenangi pertandingan menunggang kuda. Ini membuktikan kecintaan mereka terhadap sukan ini bukan sekadar trend. Kedua-dua mereka terus berlatih dan menyertai pelbagai pertandingan bagi mengasah kemahiran.
Selain menceburi sukan berkuda, kedua-duanya juga mempunyai minat yang tinggi dalam industri fesyen. Bagi mereka, ini bukan sekadar hobi tetapi juga peluang perniagaan.
Shireen mengasaskan jenama fesyen Shi by Shireen, manakala Zaskia menguruskan rangkaian fesyen Zaskia Sungkar Jakarta. Walaupun adik-beradik, masing-masing boleh mencapai kejayaan dengan jenama mereka sendiri.
Walaupun mempunyai minat yang sama dalam bidang fesyen, Zaskia dan Shireen menunjukkan perbezaan yang ketara dalam penampilan. Shireen cenderung memilih pakaian yang mempunyai aksen labuci feminin dan elegan, manakala Zaskia pula cenderung memilih gaya edgy dengan sentuhan moden dan ringkas.
Perbezaan ini bukan sahaja memperkayakan pilihan gaya mereka, tetapi juga memberikan warna tersendiri dalam cara mereka mengekspresikan diri melalui dunia fesyen.
Seperti adik beradik yang lain, Zaskia dan Shireen sering menunjukkan interaksi menghiburkan. Adakalanya Zaskia suka mengusik, begitu juga dengan Shireen yang tidak mahu kalah.
Detik-detik gelak ketawa sering dimuat naik di pelbagai platform media sosial menunjukkan betapa eratnya ikatan antara mereka sebagai adik beradik.
Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.
Kisah mualaf cantik dari Korea Selatan, Ayana Moon pernah tular suatu ketika dulu namun masih menjadi perhatian ramai hingga kini.
Ayana dilahirkan pada 28 Disember 1995. Ayana mula meminati Islam pada usia 7 tahun, mempelajarinya dan kemudian memeluk Islam pada usia 16 tahun.
Ayana Moon atau nama sebenarnya Ayana Jihye Moon mendedahkan ketika pertama kali memeluk Islam dia pernah berputus asa dan mahu meninggalkan Islam.
Dalam perjalanan sebagai mualaf, Ayana mengalami titik terendah dalam hidupnya apabila pernah dihina dan tidak mempunyai wang untuk hidup.
Lebih menyedihkan, Ayana tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga mahupun rakan-rakan apabila memeluk Islam.
Berikut dikongsikan beberapa perkara menarik tentang ‘perjalanan’ awal Ayana sebagai mualaf.
Perjalanan gadis berusia 28 tahun ini sebagai mualaf tidak semudah yang disangka. Banyak jatuh bangun yang dialaminya dalam menghadapi dugaan terutama daripada keluarga sendiri.
Ayana beransur-ansur memeluk Islam pada 2012. Bapa saudara Ayana memainkan peranan besar dalam keputusan ini.
Keluarga yang memusuhinya ketika itu langsung tidak mahu menerima Ayana sebagai anak.
Akhirnya dia terus mengharungi segala kepayahan sehinggalah adiknya Aydin Moon mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.
Aydin yang memilih untuk menukar agama pada 2019.
Ayana sememangnya dikenali sebagai seorang wanita yang tabah dan gigih.
Ketika bergelar pelajar, Ayana bijak membahagikan masa di kampus dengan baik walaupun pada masa sama dia turut bergelar selebriti dan model.
Bukan itu sahaja, Ayana juga aktif menghasilkan content di saluran YouTube Ayana Moon.
Semoga Ayana terus berjaya dalam kariernya, dimudahkan segala urusan seterusnya istiqamah sebagai Muslimah sejati biarpun seorang mualaf.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.