Rasanya semua orang pernah mengalami masalah breakout bukan? Namun ada yang mengalaminya secara sederhana dan tidak terlalu serius dan tidak kurang juga masalah breakout yang teruk.

Ramai mengakui tidak kira wanita mahupun lelaki bahawa masalah breakout atau jerawat boleh membuatkan seseorang itu rasa kurang keyakinan diri. Jika boleh langsung hendak berkurung di rumah ketika wajah dipenuhi jerawat yang teruk.

Wajah ‘breakout’ mungkin disebabkan oleh alahan terhadap sesuatu produk hingga menyebabkan jerawat timbul dengan teruk sekali. Jangan risau hijabi, setiap yang terjadi pasti ada hikmah dan jalan penyelesaiannya.

Melalui perkongsian seorang lelaki bernama Nauf Safuan di Facebooknya, masalah wajah ‘breakout’ ini boleh diatasi dengan penggunaan toner timun kerana dikatakan toner timun ini sesuai untuk mengecutkan jerawat yang ada pada wajah.

Lebih menarik lagi apabila toner timun ini dikatakan boleh mengelakkan jerawat daripada terus merebak pada wajah. Malah, jika anda mengalami masalah pori yang besar pun digalakkan untuk memakai toner timun ini.

Ayuh kita baca perkongsian oleh Nauf Safuan ini.

IKLAN

Toner timun ni sangat sesuai untuk kecutkan En J yang berleluasa kat muka tu. Dan paling best. Toner timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bagun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?

Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakan untuk pakai toner timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.

Kalau ada masalah kulit berminyak. Boleh perah sedikit lemon. Lemon ni nanti akan serap minyak minyak kat muka hampa. Kat bawah aku share bahan dan cara penyediaan.

IKLAN

Bahan-bahan:

  • 1/2 Timun
  • 1/2 Lemon
  • Penapis air teh
  • Penyagat

Cara penyediaan:

  1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
  2. Amik air timun, campur dengan perahan lemon. Khas untuk kulit berminyak sahaja. Kalau kulit tak berminyak. Tak perlu lemon na.
  3. Masukkan dalam botol. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Toner timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
  4. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka breakout lagi.
Bahan-bahan yang diperlukan.
Step 1: Sagat menggunakan penyagat
Inilah rupanya bila dah disagat dengan penyagat tadi
Step 3: Apabila timun sudah siap disagat, tapis menggunakan penapis air untuk mengambil airnya sahaja
Step 4: Tambah perahan lemon sekiranya kulit anda berminyak
Step 5: Masukkan air campuran timun &lemon tadi ke dalam botol.
Siap! Sembur terus pada wajah pun boleh.

HIJABISTA: Boleh pakai sebagai toner. Sembur pada kapas muka dan sapu ke seluruh wajah. Rasa sejuk sahaja apabila disembur pada kulit wajah. Namun bagi mereka yang memiliki kulit yang agak sensitif mungkin hanya guna timun sahaja.

Sumber: Facebook Nauf Safuan

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI