Tular di sosial media mengenai kawasan gurun di beberapa wilayah barat Arab Saudi mulai menghijau. Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan beberapa foto tentang fenomena itu.

Penduduk tempatan juga turut sempat berkongsi keadaan sebenar melalui rakaman video yang dimuat naik di Twitter.

Artikel berkaitan: Sungai Furat Semakin Surut Saban Hari, Adakah Kita Bersedia Hadapi Hari Kiamat?

Semakin kelihatan ‘menghijau’ di sesetengah kawasan…

Dilaporkan oleh SinarHarianbeberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan–pemeluwapan wap air yang menyebabkan hujan, hujan batu, dan salji. Kejadian ini berlaku dalam kadar hampir berterusan dalam tempoh yang panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.

Imej menakjubkan itu turut dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU). – Sumber foto dari Agensi

Keadaan itu menyebabkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di kawasan barat Saudi dan mengalami hujan lebat secara berterusan secara luar biasa. Ini menjadi faktor bagaimana kawasan gurun di Makkah dan Madinah mulai tumbuh tumbuhan hijau.

Imej yang yang dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi kesatuan itu menjadi saksi fenomena luar biasa ini berlaku.

Adakah kiamat mulai hampir?

Sudah sekian lama orang ramai memperkatakan tentang tanda-tanda kiamat yang mulai muncul satu demi satu. Jadi adakah kiamat bakal tiba tidak lama lagi?

IKLAN

Kejadian itu tidak boleh kita sangkalkan, Allah SWT sahaja yang mengetahui bila tiba masanya hari pembalasan akan tiba. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak Haraj.” Mereka bertanya apakah Haraj Ya Rasulullah? Jawab Baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan muslim)

Munculnya tanda-tanda kecil kiamat

Pembangunan bangunan-banguna serta pusat membeli-belah yang berkedudukan dekat antara satu sama lain. Keadaan ini pernah di sebut melalui sabda Rasulullah SAW melalui satu riwayat:

Baginda SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan pasar-pasar saling berdekatan.” (Riwayat Ahmad)

IKLAN

Dalam masa yang sama, para ulama juga merungkaikan perbuhungan antara kecanggihan teknologi yang mempercepatkan proses pembelian yang mudah dan pantas. Bahkan, pergerakan masa yang terlalu cepat juga patut kita khuatiri.

Artikel berkaitan: Peluang Menjadi Orang Yang Paling ‘Dekat’ Dengan Rasulullah Pada Hari Kiamat, Banyakkan Berselawat

Perubahan antara tahun ke tahun itu amat pantas sehinggakan kita bakal berjumpa bulan Ramadhan tidak lama lagi. Perkara ini juga pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW:

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” (Riwayat Al-Tirmizi)

IKLAN

Apakah mungkin semua ini berlaku sekadar fenomena alam semula jadi? Atau jua tanda Allah SWT memperingati kita kiamat semakin hampir? Kedua-duanya menjadi persoalan.

Menjadi kepastian adalah Kiamat itu bakal tiba dan Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai hambaNya, kita harus mulai rasa takut dan memperbanyakkan masa untuk beribadah.

Kegusaran hati yang membuak-buak itu salurkan dengan ketenangan melakukan ibadah kepada-Nya. InsyaAllah, dengan izinNya, bersama-sama kita dilindungi dengan syafaat Allah SWT.

Sumber: Sinar Harian

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI