Ramai di antara kita yang gemar melakukan facial sendiri di rumah berbanding berkunjung ke spa kerana lebih mudah dan menjimatkan. Tak salah pun sis untuk melakukannya sendiri janji bahan-bahan yang digunakan adalah sesuai dan selamat dengan kulit wajah kita. 

Jika anda ingin mendapatkan kulit yang cerah berseri tanpa berbelanja lebih, bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Nursha Salleh ini. Mudah sahaja!

Banyak manfaatnya dan ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak.

IKLAN

Ini pula cara-caranya. Yang penting harus konsisten tau!

IKLAN

IKLAN
amik satu sudu tepung beras tapi, sedikit susu tepung dan kcolly.
Bancuh sampai pekat likat. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh, yogurt, putih telur atau madu. Tapi Sha tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.
Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.
Tunggu sehingga kering dalam 5-10 minit, lepas tu kita cuci muka. Fuh!! Bila dah cuci muka tu rasa best yakmat. Time pegang tu rasa sangat sangat lembut
Amalkan setiap hari, dan korang leh nampak kesan dia. Kulit akan makin lembut dan cerah. Jerawat pon dah tak muncul. Kulit kusam pon dah xde. Nak cakap skin macam telur tu tak lah, tapi ia dapat bantu masalah kulit korang yang bermasalah. Skin yang naik jerawat pon dah makin okay, kulit kusam dan kering pon dah tak risau. Eh! Tapi kena konsisten. Jangan buat sehari trus nak dapat skin yang sihat.

Wah, berseri betul bila lihat hasilnya! Yang penting kesabaran anda haruslah tinggi kerana kesannya bukanlah dapat dilihat dalam seharian. Jika anda rajin mengamalkannya maka lebih cepatlah hasil yang akan dilihat.

kredit: Facebook Nursha Salleh