Memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah amat penting. Ini bagi mengelakkan kulit wajah mengalami alahan mahupun iritasi. Maka sebab itulah pencuci muka dengan pH yang rendah amat sesuai untuk digunakan bagi memastikan kulit wajah kekal lembap dan seimbang.

Berikut lima pilihan pencuci muka dengan kadar pH yang rendah.

SIMPLE KIND TO SKIN REFRESHING FACIAL WASH GEL
Pencuci ini amat ringkas dengan senarai bahan yang sedikit, ianya terbukti sebagai pencuci yang mengandungi pH yang rendah. Dengan menggunakan bahan yang mesra dengan kulit wajah, ianya dapat menanggalkan kotoran dengan lembut dan juga mengawal minyak pada wajah.

IKLAN

Dengan kandungan pH yang rendah, pencuci ini juga idak akan mengeringkan wajah dan sentiasa mengekalkan lembapan tanpa membuat wajah berminyak.

HADA LABO ARBUTIN PREMIUM WHITENING FACE WASH
Kebanyakan pencuci yang memulihkan selalunya sudah mempunyai kadar pH rendah kerana bahan pencerahan yang akan mengimbangi kadar pH pencuci tersebut. Seperti Hada Labo Arbutin Whitening Face Wash ini yang bukan sahaja membantu memutihkan wajah, ianya juga mengembalikan seri kepada wajah.
Terbaik dalam melembapkan kulit dan menggalakkan acid mantle yang menjaga lapisan lembapan kulit supaya tidak mengering.

IKLAN

HIMALAYA HERBAL PURIFYING NEEM FACE WASH
Pencuci ini amat sesuai untuk kulit normal sehingga berminyak. Dengan menggunakan khasiat daun Neem sebagai bahan aktif bersifat antibakteria, pencuci wajah dengan pH 5.5 ini terbaik dalam merawat kulit masalah jerawat. Ianya juga berfungsi untuk melindungi penghadang kulit anda supaya tidak mengering dan iritasi akibat kulit bermasalah. Khasiat kunyit di dalam pencuci ini akan membantu melindungi cela seperti parut jerawat.

PIXI GLOW TONIC CLEANSING GEL
Tahukah anda apa itu kegunaan asid Glycolic untuk kulit wajah? Asid Glycolic di dalam pencuci ini mampu memudarkan masalah jeragat anda dengan menggunakan teknik chemical exfoliant. Ianya juga membantu menstabilkan kadar pH pencuci ini supaya seimbang dan tidak mengeringkan wajah anda.

IKLAN

DR. JART+ · DERMACLEAR MICRO PH FOAM FACIAL CLEANSER
Pencuci ini mempunyai pH 5.5, diuji secara dermatologi untuk kulit kering dan sensitif yang akan membantu mengembalikan keseimbangan serta lembapan pada wajah. Pencuci ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa yang mengalami masalah kulit ekzema kerana ianya tidak mengandungi bahan yang akan membuatkan kulit pedih dan iritasi.
Pencuci yang amat ringkas ini bertekstur gel, sesuai untuk kulit kering kerana tidak akan memedihkan kulit.

Sumber kredit: productnation.co

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI