Tentunya anda pernah diserang sakit kepala dan lebih teruk lagi apabila diserang migrain. Berbeza dengan sakit kepala, migrain biasanya lebih berat dan ia boleh menyerang berulang kali di tempat-tempat tertentu. Menyarung hijab daripada fabrik yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan migrain kerana faktor cuaca di Malaysia yang sering berubah.
“Aduh, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak kena siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau pain killer?”
Memang susah nak buat apa-apa bila diserang migrain mahupun sakit kepala. Salah satu penyelesaian termudah adalah dengan mengambil ubat tahan sakit. Namun, tak semestinya ia berkesan bagi setiap orang. Ada juga yang tak selesa mengambil ubat kerana sedang mengandung dan sebagainya.
Hijabista ingin kongsikan petua yang cukup mudah. Mari ikuti perkongsian Puan Hanisah Noordin ini.
Ads
Petua Hilangkan Sakit Kepala & Migrain Tanpa Pain Killer
Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan salah satu petua yang biasa kami suami isteri gunakan sebagai ‘ubat’ sakit kepala. Buat pengetahuan semua, suami saya memang kerap diserang migrain. Kadang-kadang sampai ambil Panadol pun tak ‘jalan’. – Puan Hanisah Noordin
Ads
Tapi, sejak menggunakan 3 bahan ini, suami dah lama tak ambil ubat untuk melegakan sakit kepala. Dengan izin Allah, ia memang berkesan. Sekarang, di rumah kami sekarang tak ada lagi stok Panadol atau ubat hospital.
Ads
Bahan-bahan:
Bahan-bahan
Air suam
Cuka epal organik
Madu asli
Cara-cara:
Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)
Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.
Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.
INFO TAMBAHAN:
Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.
Kalau nak beri kepada kanak-kanak, boleh kurangkan sukatan cuka epal daripada 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil. Sukatan madu tetap sama. Menurut LiveStrong dan MomJunction, cuka epal juga selamat untuk ibu mengandung. Tapi pastikan ianya telah dipasteur dan disimpan pada suhu yang sepatutnya.
Apapun, jika simptom masih berterusan, sila dapatkan rawatan susulan. Kalau ada yang was-was, boleh rujuk kepada doktor atau mereka yang lebih pakar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa disini yang ada asma ataupun semput? Kebanyakan pesakit asma teragak-agak untuk bersenam kerana takut diserang asma atau semput. Namun, ada beberapa senaman yang mudah dilakukan untuk penghidap asma.
Semput atau asma ini adalah penyakit kronik yang menjejaskan saluran pernafasan paru-paru. Orang yang menghidap asma mempunyai saluran udara yang lebih sensitif daripada orang biasa. Apabila paru-paru terdedah kepada pencetus asma, otot-otot di saluran pernafasan menjadi kaku seterusnya menjadikan saluran pernafasan sempit.
Menurut perkongsian HelloDoktor, terdapat beberapa tanda-tanda awal asma yang boleh dikesan. Tanda-tanda ini tidaklah begitu memudaratkan tapi ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum serangan asma. Diantara tanda-tandanya ialah:
Rata-rata penghidap asma menghadapi cabaran dalam menjalankan aktiviti fizikal. Untuk penghidap asma, aktiviti fizikal mungkin menyebabkan anda sesak nafas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang anda nikmati.
Walaupun begitu, anda harus melakukan dan mencuba pelbagai aktiviti agar kekal aktif. Melakukan aktiviti mampu meningkatkan kadar denyutan jantung anda seterusnya memperbaiki gejala asma seperti:
Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dipertimbangkan buat mereka yang menghidapi asma:
Berjalan merupakan aktiviti paling mudah dan sesuai untuk penghidap asma. Aktiviti ini juga mampu membantu penghidap asma bernafas dengan lebih baik. Bapa perubatan, Hipocrates pernah berkata ‘Berjalan adalah ubat yang terbaik untuk manusia’. Pilihlah masa yang sesuai jika anda ingin berjalan-jalan di luar rumah. Udara sejuk dan kering boleh mencetuskan gejala asma. Anda juga boleh menggunakan treadmill untuk berjalan di dalam rumah.
Berenang juga merupakan aktiviti yang baik bagi penderita asma kerana boleh membina kekuatan tubuh bahagian atas. Aktiviti ini juga disifatkan sebagai latihan pernafasan terbaik kerana seluruh anggota badan bertindak menyempurnakan senaman ini. Walau bagaimanapun, kolam renang yang mengandung klorin boleh menimbulkan gejala asma bagi sebahagian orang. Jadi, berhati-hatilah jika ingin berenang di kolam renang.
Berbasikal secara santai atau beriadah juga adalah senaman yang baik untuk orang semput. Aktiviti berbasikal secara santai adalah lembut dan tidak melibatkan intensiti yang tinggi secara berterusan. Anda juga boleh berbasikal di dalam rumah menggunakan basikal pegun.
Jika anda suka menikmati keindahan alam semula jadi, mendaki adalah sukan yang sesuai untuk anda walaupun anda mempunyai asma. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa anda harus memilih ‘stub’ atau jalan yang mempunyai kecerunan yang perlahan dan stabil. Takut nanti kejadian tidak diingini berlaku. Jika anda mempunyai alahan debunga, pilih masa perjalanan di luar musim bunga.
Selain aktiviti di atas, penghidap asma juga boleh melakukan aktiviti sukan yang lain seperti golf, bola tampar, bola jaring dan juga berlari jarak dekat. Sebagai kesimpulan, memilih aktiviti dan senaman yang betul merupakan perkara penting untuk penghidap asma. Penghidap asma mestilah mengelakkan aktiviti lasak. Sebaliknya, lakukanlah aktiviti fizikal yang ringan seperti diatas untuk mengurangkan tanda dan gejala asma. Semua aktiviti di atas boleh meningkatkan kesihatan paru-paru anda.
Aloe vera gel telah menjadi salah satu produk kosmetik yang popular dan membuat beauty enthusiast mengintai produk ini. Lidah buaya diketahui memiliki banyak khasiat bagi kulit dan rambut. Itulah sebabnya, lidah buaya umum dipakai sebagai bahan berbagai produk kecantikan dan kesihatan.
Lidah buaya dalam bentuk gel ataupun ekstrak sering ditambahkan ke dalam sabun, syampu, losyen, ataupun krim wajah. Selain itu, lidah buaya juga boleh dimakan dalam bentuk makanan atau minuman. 14 produk kecantikan ini popular di pasaran yang kuat dan kembalikan kesempurnaan kulit anda.
Wardah Nature Daily Aloe Hydramild Multifunction Gel tentu punya perbezaan dengan produk Aloe vera gel dari Nature Republic. Produk ini memiliki tekstur gel yang lebih pekat sehingga memerlukan waktu lama untuk meresap di kulit. Namun, ketika diaplikasikan di kulit tetap terasa ringan, dan tidak meleket! Biasanya, saya menggunakan produk ini sebagai body lotion. Saya menggunakannya terutama di bagian tangan dan kaki untuk mendinginkan atau melembapkan kulit saat beraktivitas di luar ruangan, atau semisal sedang berada di ruangan ber-AC. Wanginya enak dan efek menyegarkan terasa setelah pemakaian.
Kalau dibandingkan dengan Wardah Nature Daily Aloe Hydramild Multifunction Gel, Guardian Aloe Vera Gel teksturnya cenderung lebih cair sehingga proses penyerapannya lebih cepat. Aloe vera gel dari Guardian bebas wangian sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk pemilik kulit sensitif. Guardian Aloe Vera Gel memiliki kegunaan untuk membantu menenangkan dan melembapkan kulit. Produk ini memberikan efek kulit menjadi lebih lembap, dan yang paling digemari.
Herborist Aloe Vera Gel 98% Soothing Moisturizing dituntut dapat melembapkan, menghaluskan, dan memberi sensasi sejuk untuk kulit wajah, tubuh, dan rambut. Selain kandungan Aloe vera yang mencapai 98%, produk ini juga mengandung vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan semulajadi dan menghaluskan kulit. Aloe vera gel Herborist ini wanginya tidak seperti lidah buaya, lebih dominan harum parfum yang biasa ditemukan di supermarket yang tidak terlalu menyengat sehingga sedikit terganggu diaplikasikan di wajah. Herborist Aloe Vera Gel 98% Soothing Moisturizing memiliki tekstur yang ringan, mudah meresap dan tidak meleket di kulit. Selain itu, saya juga boleh merasakan sensasi sejuk dari kandungan Aloe vera. Produk ini juga memiliki harga mampu milik.
The body shop aloe multi-use soothing gel tekstur produk ini ringan, tidak terlalu kental sehingga mudah meresap di kulit. Saya jadi tidak perlu menunggu Aloe vera gel ini kering dulu saat ingin menggunakannya dengan produk skincare lainnya. Selain itu, aromanya juga yang lembut, bahkan hampir tidak tercium wangiannya.
Fungsi utama Aloe vera gel ini adalah memberikan efek soothing, skin-firming, moisturizing, dan menjaga kesihatan kulit. Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel memiliki tekstur ringan dan tidak meninggalkan kesan meleket. Hanya saja produk ini memerlukan waktu untuk dapat terserap di kulit. Aromanya, produk ini memiliki aroma alkohol yang cukup kuat.
Pencinta skincare yang merasa sedikit terganggu dengan aroma wangian atau memang mahu menghindari produk dengan kandungan alkohol, boleh mencuba The Saem 99% Jeju Fresh Aloe Soothing Gel. Meskipun Aloe vera gel dari The Saem ini masih selamat dan selesa digunakan.
Produk ini juga sama multifungsi boleh digunakan untuk wajah, tubuh, rambut bahkan kuku. Memiliki tekstur gel bening yang cenderung agak cair, produk ini mudah meresap pada kulit dan tidak meninggalkan kesan meleket. Untuk proses pematangan jerawat pun efeknya terasa lebih cepat setelah pemakaian Aloe vera gel sebagai moisturizer pada siang hari, dan sleeping mask pada malam hari.
Moisturizer jenis gel ini diperkaya dengan Aloe Vera segar dan secara semulajadi. Produk ini mengandungi ekstrak ini dari pergunungan California yang membantu melegakan dan melembapkan kulit tanpa rasa melekit. Ianya juga mampu menenangkan kulit yang sunburn, melegakan iritasi dan sebagainya. Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Miseoul Soothing and Moisture mengandungi 92% lidah buaya semulajadi, sesuai untuk melembapkan bahagian tubuh seperti muka, lengan, kaki dan rambut. Formulanya ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan, produk ini dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal. Lidah buaya sememangnya kaya dengan khasiat yang dapat merawat kulit yang bermasalah tidak kira alahan, sensitif dan juga kulit berjerawat.
Gel lidah buaya asli PraNaturals boleh digunakan untuk tanpa mengira jenis kulit anda – kering, normal dan berminyak. Tiada sebarang pewangi, pewarna atau paraben yang terkandung di dalam produk ini. Anda boleh gunakan gel ini bagi kurap di muka, kaki, tangan, lengan dan ketiak.
Derma Health’s Skinlabs Moisturizing Aloe Vera Gel mengandungi 100% Aloe Vera tulen, diperkaya dengan Betaine semulajadi yang berfungsi sebagai pelembap untuk menyembuh kulit yang tidak selesa. Ia meningkatkan status penghidratan kulit dan menghalang penembusan bahan berbahaya seperti alergen dan pencemaran dari kawasan sekeliling ke dalam kulit.
Dengan mengandungi ekstrak lidah buaya atau Aloe Vera, gel pelembap ini mempunyai ciri-ciri anti-radang, melembab dan manfaat untuk menyembuhkan kulit bermasaalah serta sensitif seperti ekzema dan kulit rosak akibat sinaran matahari.
Jika anda mempunyai masalah wajah kombinasi dan berminyak, skrub ini amat sesuai dengan anda. Skrub yang mengandungi serbuk halus beras akan mengawal minyak di wajah, mengurangkan parut dan menghilangkan kusaman. Manakala Aloe Vera pula akan menghidrat dan kembalikan kelembapan pada wajah supaya wajah kekal lembap, anjal dan bersih.
Aloe Soothing Sun Cream bukan sekadar krim pelindung biasa tetapi ianya dapat menghalang sinaran UVA dan UVB sepenuhnya dan melembapkan kulit yang kering. Diformulasikan dari bahan semulajadi iaitu ekstrak daun lidah buaya, krim ini memberikan kelembapan berpanjangan serta kulit anda akan terasa tenang dan aman. Walaupun anda sering terdedah ke pada matahari, anda tidak perlu risau kerana krim ini melindungi kulit anda dan menghalang dari dehidrasi.
Toner ini mampu menyerap masuk ke lapisan kulit paling dalam dengan formulanya daripada 80% ekstrak daun Barbadensis yang dapat mengekalkan lembapan dan hidrasi pada kulit wajah anda. Ianya juga dapat menghapuskan sel-sel kulit mati dan melindungi cela pada kulit anda agar tidak mencacatkan penampilan.
Direkomendasi untuk anda yang alami masalah kulit kering dan sensitif kerana ianya tidak akan membuatkan kulit wajah terasa iritasi, kegatalan atau merengsa selepas memakainya.
Penyegar yang menjadikan kulit anda lebih licin berseri kerana ia mengandungi bahan yang dapat membantu memulihkan masalah kulit berjerawat. Mengandungi ekstrak lidah buaya, timun dan juga minyak Habbatus Sauda. Lidah buaya sememangnya bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi dan dapat membantu sebarang masalah kulit.
Penyegar ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan mengeluarkan kotoran hingga kelapisan dalam. Kulit akan lebih sihat, lembut dan licin dengan hanya beberapa kali penggunaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Alahai! Kalau tak comel tak sah tau! Itulah antara komen netizen terhadap penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri yang sedang hamil dan menanti masa untuk melahirkan cahaya mata sulungnya bersama suami tercinta, Syamel.
Baru-baru ini, menerusi laman Instagram suaminya juga seorang penyanyi lelaki popular, Syamel, gelagat Ernie menari berjaya mencuri tumpuan netizen! Video yang dimuatnaik itu bikin semua orang tersenyum melihat gelagatnya menari walaupun sedang sarat hamil.
Tak cukup dengan itu, penyanyi Ernie juga sempat memberi komen pada video yang dimuat naik itu. Alahai, sweetnya mereka berdua!
You will miss my favorite move, Mr Bean’s move!
Rata-rata netizen juga tidak putus-putus memuji tentang kecomelan Ernie dan juga pasangan sejoli ini!
Berdebar menanti kelahiran sulung mereka, team Hijabista mendoakan agar Ernie dan Syamel menjadi Ibu & Daddy yang baik untuk cahaya mata sulung mereka. InsyaAllah, Amin Ya Rabb!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.