Bila berat badan sudah naik, mulalah kita sibuk hendak diet. Namun masalah akan timbul bila kita mahu mulakan misi diet tapi banyak pula dugaan datang kiri dan kanan. Memang susah nak tegar ikat perut. Sebab itulah iman mesti kuat.
Tiada semangat atau hilang keyakinan diri bila berat badan naik? Maka sebab itulah kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja. Usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan berat badan yang ideal. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet itu sendiri adalah amalan pemakanan, oleh itu pastikan anda amalkannya setiap masa, setiap hari.
Melalui perkongsian Ellyzah Alias, wanita ini berkongsi menu berpantang Untuk 30 hari. Sesuai juga untuk menu diet. Perasanya hanya guna garam bukit dan minyak zaitun.
Pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik. Pemahaman mengenai makanan sihat sangat penting untuk menjaga kesihatan. Pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat. antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun.
KEBAIKAN MINYAK ZAITUN
*Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.
*Minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu (MUFA) yang menyihatkan, di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu (PUFA) termasuk Omega 3 dan 6.
*Minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Ia juga mengandungi vitamin E tokoferol dan juga vitamin K.
MINYAK ZAITUN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN
Minyak zaitun di kenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa mengambil 1 sudu setiap hari mampu menolong mereka yang ingin menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu.
BAGAIMANA MINYAK ZAITUN BEKERJA?
Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang di jumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang di percayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang di simpan ke dalam aliran darah sehingga boleh di bakar. Dalam pencernaan, asid oleik di tukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa perut anda telah penuh.
Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitun di yakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi semasa perut kosong.
KEBAIKAN MINYAK ZAITUN
Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
JENIS MINYAK ZAITUN
Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran. Carilah yang ada tulis unfiltered ‘extra virgin’. Yang paling mudah, carilah produk #OLIVE_HOUSE. Ini adalah yang paling baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi, satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. Jika sukar nak menelan minyak zaitun, boleh campurkan dalam salad.
APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA GARAM BUKIT & GARAM BIASA?
Garam biasa yang kebanyakannya merupakan garam yang diambil dari laut dihasilkan dengan kaedah penyejatan air laut. air laut yang kering akan menjadi garam. Kandungan mineral, warna, dan tahap kemasinan garam tersebut bergantung kepada air laut yang digunakan.
Garam bukit pula dihasilkan dengan kaedah perlombongan di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam yang diperolehi akan diproses menggunakan bahan kimia untuk menjadikan teksturnya lebih halus. Dari segi rasa, ianya lebih masin daripada garam biasa.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGUNAKAN GARAM BUKIT?
GARAM BUKIT BOLEH DIGUNAKAN DENGAN PELBAGAI CARA:
*Masukkan dalam makanan
*Masukkan dalam minuman
*Disapu pada badan
*Dijadikan sebagai air mandian
*Dijadikan sebagai air rendaman kaki
*Dijadikan sebagai lampu
*Dimasukkan ke dalam bekas
GARAM BUKIT YANG DIMAKAN DAN DIMINUM
Garam bukit juga boleh dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Di antara khasiat yang akan ada perolehi ialah:
*Memberikan tenaga
*Mengurangkan ketegangan dan stress
*Mengurangkan kepenatan
*Mengurangkan sakit badan dan sendi
*Menyeimbang asid & alkali dalam tubuh badan
*Menstabilkan tekanan darah
*Melancarkan aliran jus hempedu yang sangat penting untuk mengawal berat badan
*Mengurangkan sakit gout dengan cara membuang toksin dan asid urik yang berlebihan dari dalam badan
*Mengurangkan risiko keracunan makanan
*Menyerap gas-gas lengai yang terdapat dalam usus dan perut
*Merangsang kelenjar tiroid untuk mengelakkan penyakit yang berpunca dari masalah kelenjar tiroid
*Melancarkan sistem saraf
*Membantu pesakit kanser
*Menambah kandungan oksigen dalam darah
*Meneutralkan asid dalam perut.
*Mendapan yang boleh menjadi punca pembentukan batu karang, batu dalam hempedu
*Meningkatkan kadar metabolisma
*Memecahkan lemak dan kolesterol
*Mengurangkan ketagihan merokok
*Mengurangkan ketagihan gula dan alkohol
Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan ujian-ujian klinikal ke atas pesakit yang diberikan larutan tepu garam bukit setiap hari untuk tempoh masa yang tertentu.
Hasil kajiannya mendapati bahawa pesakit yang mengambil garam bukit setiap hari mengalami kehilangan logam-logam merbahaya seperti plumbum, merkuri dan racun arsenik. Enapan kalsium yang menjadi punca batu karang dan batu hempedu berkurangan, pH darah yang seimbang dan proses detoks yang berkesan.
BERIKUT MENU YANG BUKAN SAHAJA BOLEH DIAMALKAN OLEH WANITA YANG BERPANTANG TETAPI JUGA MEREKA YANG SEDANG BERDIET.
Sumber kredit: Ellyzah Alias Minyak Zaitun Olive House bidadari.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI