Dalam era moden ini, persaingan untuk mendapatkan kerjaya jelas sekali semakin sengit. Seringkali juga kita terdengar keluhan orang ramai yang sudah banyak kali mencuba nasib menghadiri sesi temu duga namun gagal terutamanya para graduan.
Mana tidaknya, kebanyakan majikan sibuk mencari pekerja yang berpengalaman tanpa memberi peluang kepada individu yang baru menggilap bakat. Namun begitu, sebagai seorang muslimah, kita haruslah percaya bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama kita dan Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Ads
Seorang pengguna Twitter iaitu @datinernyy telah berkongsi beberapa doa mustajab untuk mendapat kerja. Menurutnya, beliau sendiri telah mengamalkan doa-doa tersebut sebelum temu duga kerja dan telah terbukti keberkesanannya.
Ads
Ads
Namun begitu, diingatkan juga bahawa kejayaan tidak datang daripada doa semata-mata. Usaha yang berlipat ganda haruslah disertakan bersama. Persiapkanlah diri anda dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya dalam sesi temu duga dan ikhlaskan niat anda dalam bekerja. Semoga berjaya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita sering membaca Surah Al-Faatihah ini berulang kali dan setiap kali kita mengerjakan solat, sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.
Surah al-Fatihah adalah ummul kitab dan menjadi rukun dalam solat. Tidak sah solat sekiranya bacaan al-Fatihah tidak sempurna. Itu asas yang perlu kita tahu betapa pentingnya membaca al-Fatihah dengan betul.
Sejak pada usia kecil lagi, kebanyakan kita sudah diperkenalkan oleh ibu bapa dengan surah ini. Kita disuruh menghafalnya. Surah al-Fatihah umpama sebati di dalam diri.
Namun pernahkah anda terfikir untuk menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada diri sendiri?
Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini kerana ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik-baik hadiah untuk rohani kita.
CARA MENGAMALKANNYA:
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…
1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu.
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali.
3. Kemudian sentuh dada kiri kita (jantung) sambil mengucapkan: “ALHAMDULILLAH”
KEMUDIAN KATAKANLAH:
“Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hambaMu ini, lindungi hambaMu, jadikanlah hamba penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah.”
LALU BACA SURAH AL-FATIHAH 1 KALI
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)
Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami oleh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Sekadar info, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Minggu ini permulaan sekolah bagi semua pelajar setelah bercuti panjang hampir sebulan lebih. Bagi para guru pula menjadi tanggungjawab mereka untuk terus mendidik pelajar menjadi insan yang berguna dan cemerlang. Bagi bekas penyanyi Tasha Manshahar berkongsi pengalaman indahnya di hari pertama persekolahan hingga boleh hilangkan stres sebagai seorang guru.
Baru sehari bersekolah, Tasha yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah agama ini mendapat surat cinta dari salah seorang murid perempuan bernama Iman Aleeya. Menurut Tasha, Iman merupakan salah seorang muridnya yang paling rajin dan ringan tulang. Dia juga pelajar yang begitu bersungguh-sungguh dalam kelas.
Jika tahun lepas, Tasha mengajar di kelas Iman tetapi nampaknya tahun ini tidak kerana Iman sudah naik kelas lain. Oleh sebab sayang dengan gurunya ini, Tasha telah memberi ‘surat cinta’ pada guru kesayangannya ini.
Dalam postingnya di laman IGnya ini, Tasha ini cukup terharu mendapat ‘surat cinta’ dari salah seorang anak murid yang rapat dengannya. Malah pelajar bernama Iman ini juga turut menyuruh dia supaya jangan berpindah sekolah sampai bila-bila.
Namun jawapan Tasha pada surat Iman cukup kelakar. Tasha memberitahu kalau dia pindah, mahu kena pelangkung dengan guru besar. Ternyata walaupun Iman hanyalah seorang budak, tetapi dia cukup menyayangi guru bahasa Inggerisnya ini.
Dalam surat cinta itu turut disertakan dengan sebuah novel untuk Tasha. Ramai follower Tasha yang terhibur dengan telatah Iman terhadap gurunya ini. Kebanyakan bertanya berapa umur Iman dan dia disifatkan sebagai pelajar yang cute dan comel.
Ada juga yang mengatakan sikap Iman begitu menceriakan terutama di hari pertama persekolahan. Bukan itu sahaja situasi ini juga sebenarnya membuatkan Tasha sebagai guru tidak rasa stress pada hari pertama berdepan dengan pelbagai kerenah murid-murid.
Hujung tahun lalu Tasha Manshahar dalam Berita Harian memberitahu dirinya sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga berasal dari Melaka. Dia yang kelihatan cukup anggun menyarung busana pereka Eja Shahril memberitahu akan melangsungkan perkahwinannya tahun depan.
Sebelum ini Tasha yang selesa bergelar guru mengakui sudah membuat keputusan untuk tidak aktif lagi di arena seni suara, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerjaya barunya penceramah motivasi selain guru sekolah rendah di Melaka.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.