Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Jika kebiasaannya isteri yang bertanggungjawab membeli segala barang keperluan harian namun dalam tempoh PKP ini, ramai suami mengambil alih tugas tersebut.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua para suami ‘mahir’ membeli barang-barang keperluan rumah. Oleh itu bagi mengelakkan masalah tersalah beli atau terlupa beli barang yang diperlukan, wanita ini berkongsi cara mudah dan praktikal.
Berikut perkongsian Elita Shafee
Bagaimanakah cara online shopping bersama Ketua Keluarga? Edisi MCO
Sejak Kerajaan dah umumkan hanya wakil atau ‘ketua keluarga’ boleh keluar untuk membeli barang keperluan macam-macam ragam kan.
Di sini meh iols share cara iols dgn ketua keluarga buat. Ini dah dipraktikkan lama sejak masa iols dalam pantang bersalin. Tak perlu sms bagai.
Kalau teringat boleh je tambah semasa ketua keluarga sedang menjalankan tugas. Cara dia senang je.
1. Sila install Google Keep – Notes
2. Mesti ada email gmail
Kertas dinding, satu daripada aksesori hiasan dalaman yang sememangnya popular dalam kalangan masyarakat, terutama bagi mereka yang lebih selesa memilih dekorasi dinding bermotif.
Malah kertas lapisan ini bukan saja berfungsi memperindahkan lagi ruang atau sudut di dalam rumah, pejabat, kafe mahupun struktur bangunan lain, bahkan bertindak sebagai pelindung.
Menutupi cela pada dinding dan menghasilkan permukaan lebih menarik dan bertekstur, kertas dinding ditawarkan dalam bentuk gulungan manakala direka secara menegak bagi memudahkan proses pemasangannya.
Bagi hijabi yang sedang merancang untuk menukar keseluruhan mood rumah dengan memasang wallpaper atau kertas dinding, ada beberapa tip yang perlu diberikan perhatian.
WARNA
Suasana bilik boleh dipengaruhi oleh warna. Kalau mahukan ruang besar dan siling pun nampak tinggi, pilih corak yang latar belakangnya warna lembut seperti putih, cream, biru muda, ungu lembut,kelabu lembut pendek kata yang sejuk. Warna-warna sebeginii boleh buat kita rasa tenang dan santai.
PENCAHAYAAN
Cahaya boleh dibentuk dari wallpaper. Macam mana tu? Kalau bilik tiada tingkap, pilih lah wallpaper yang boleh beri kesan pantulan cahaya seperti wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, boleh juga yang colourful. Corak wallpaper yang halus juga boleh memantulkan cahaya. Jika bilik kecil, elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur.
PILIH GAYA YANG SESUAI
Kadang-kadang ada rumah yang mempunyai ruang tertentu seperti ruang makan, ruang formal, ruang keluarga, ruang terbuka, Untuk ruang formal, corak yang skala besar dengan warna dramatik lebih sesuai. Jika ruang terbuka, corak motif kecil boleh digunakan.
SERLAHKAN RUANG
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, gunakan wallpaper corak belang dan menegak. Corak melintang pula akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil akan jadikan bilik lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi.
SUAI PADAN DENGAN BIJAK
Bilik tanpa corak lama-kelamaan nampak agak bosan. Tapi bilik yang terlalu bercorak pun boleh buat serabut mata memandang. Jadi kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama. Contoh bunga ada elemen biru muda, bahagian corak pun mesti lah ada warna tersebut. Jangan dicampur aduk dengan warna pelbagai.
Melalui perkongsian Atam Ayu di Facebooknya, wanita ini berkongsi idea pemilihan wallpaper yang sesuai untuk dipasang di rumah.
Tahi lalat bukan ada di tubuh badan kita sahaja malahan ada juga di hijab atau pakaian. Tahi lalat pada hijab atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam. Mesti semua pernah menghadapi situasi baju ataupun fabrik dipenuhi tahi lalat atau kulat kan.
Kulat tumbuh pada pakaian berpunca akibat pakaian tidak kering atau lembap. Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kelembapan. Mungkin kita tidak perasan ada pakaian basah atau lembap di dalam bakul baju.
Jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini, pakaian tetap akan nampak kotor walaupun ianya sudah disental berulang kali. Nak pakai pun malu. Sudahnya tidak dipakai dan dibuang begitu saja.
Sebenarnya terdapat cara mudah untuk hilangkan tahi lalat pada hijab serta beberapa fabrik lain yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jimat dan berkesan.
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
CARANYA: Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
Selain menggunakan cuka, boleh juga menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada hijab mahupun pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
CARANYA: Membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian fabrik yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Jika kulat masih belum tanggal, tambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
CARANYA: Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan hijab atau pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
Peluntur (bleach’) adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!
Caranya: Larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
Sebaiknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci hijab atau pakaian tersebut. Sekiranya hijab daripada fabrik satin dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.
Caranya: Sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ajal maut jodoh pertemuan semua telah ditentukan olehNya sama ada kita kahwin dengan orang muda atau pun lebih berusia mahupun ada yang bujang hingga hujung nyawa.
Persoalannya sekiranya kita tidak berjodoh di dunia adakah kita bertemu jodoh di syurga? Melalui satu entri di laman facebook Ustaz Azhar Idrus:
SOALAN :
Berkenaan kenyataan ustaz di dalam syurga tidak ada hidup membujang saya mohon ustaz sebutkan dalilnya untuk menambahkan pengetahuan saya.
JAWAPAN :
Didalam syurga disediakan segala perkara yang disuka oleh hati manusia dan dicita-citakan di dalam hidup dunia seperti tempat tinggal yang mewah dan kenderaan yang bagus dan makanan yang lazat dan termasuk juga pasangan untuk bergembira.
Maka dari kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan iaitu bersuami isteri.
Ada pun di dunia tidak semua orang yang ingin mempunyai pasangan mendapat ia akan pasangannya bahkan mati ia dalam keadaan bujang.
Ertinya: “Dan di dalam syurga itu segala yang diinginkan oleh nafsu dan perkara yang cantik dipandang segala mata dan kamu sekelian di dalam syurga itu nanti berkekalan.”(Az-Zukhruf : 71)
Di antara perkara yang sangat diinginkan oleh nafsu itu ialah mempunyai pasangan maka siapa yang mati dalam keadaan bujang akan mempunyai suami atau isteri di dalam syurga.
Ulamak telah sepakat atas sungguhnya di dalam syurga nanti tidak akan ada orang yang bujang tidak mempunyai pasangan sekalipun mungkin di dalam dunia ada orang yang tidak mahu berkahwin namun di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tidak ingin berkahwin tersebut.
Maka jika di dunia lelaki itu mati dalam keadaan bujang nanti dia akan beristeri di dalam syurga dan jika perempuan mati dalam keadaan bujang nanti dia akan bersuami di dalam syurga.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
Ertinya : “Sungguhnya orang yang awal masuk ia ke dalam syurga ialah atas rupa bulan purnama dan yang mengiringinya pula atas rupa seperti bintang yang sangat terang sinarnya di langit. Bagi setiap ahli syurga dari mereka itu dua isteri yang mana dapat dilihat dari belakang daging akan sumsum dua betisnya dan tiadalah di dalam syurga itu orang yang bujang.”
Hadith di atas telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan ada juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad dan Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Al-Awsath.
wallahua’lam
Semoga yang masih belum bertemu jodoh tidak bimbang dan gusar kerana segala perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Jangan pula kita menghina sekiranya jodoh seseorang jauh berbeza umur.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.