Bila sebut tentang pakaian, anda mesti tidak ketinggalan trend dan fesyen untuk tampil segak dan cantik ketika mengunjungi orang tersayang di kampung halaman.

Meskipun banyak jenama tempatan yang mengeluarkan rekaan baju raya yang cantik-cantik. Namun, Bayu Somerset menampilkan rekaan dan warna yang terbaik untuk koleksi raya mereka tahun ini.

Bayu Somerset ialah jenama pakaian Malaysia yang pakar dalam Baju Kurung dan Baju Kebaya. Pakaian mereka diperbuat daripada kain kapas dan terkenal dengan reka bentuk yang elegan dan selesa. Mereka bercadang untuk mengeluarkan rekaan baharu untuk Hari Raya 2023. 

10 Koleksi Baharu Bayu Somerset!

Bayu Somerset melancarkan sepuluh koleksi baharu untuk Raya 2023. Antaranya ialah Elora, Floral, Tie Dye, Niaasom, Bungadanbintang, Merdu, Pop, dan Premium Bersulam. Terdapat artis tempatan yang terlibat dalam koleksi ini, termasuk Elfira Loy, Niaasom, Nadiah Halim, Nina Khalil, dan Ezlisa Loy.

Bayu Somerset diasaskan oleh Diana Kamalul, yang terkenal dengan karya kreatifnya. Dia telah bekerjasama dengan bakat tempatan Niaasom dan lain-lain untuk mencipta reka bentuk untuk produk mereka.

Koleksi Raya 2023 merupakan koleksi istimewa kerana ia hadir selepas dua tahun memulakan syarikat mereka. Tahun pertama jumlah jualan adalah 7 angka, tahun kedua sasaran adalah untuk menyampai  jualan 8 angka. 

IKLAN

Pemilik Diana Kamalul dan suaminya Emir Fauzi meninggalkan pekerjaan korporat mereka untuk memulakan syarikat, dan sangat berbangga dengan kejayaan mereka. Mereka mempunyai pelbagai pilihan corak pakaian untuk dipilih untuk Koleksi Raya 2023. Harga untuk koleksi sangat berpatutan.

Koleksi Raya 2023 Mengetengahkan Pencetakan Fabrik Yang Elegan 

“Untuk koleksi raya 2023, kami  kehadapan lebih kepada pencetakan fabric yang warna- warni, yang menampilkan garisan elegan. Kami teruja kerana ia juga merupakan koleksi ibu anak perempuan pertama dan kami lancarkan, kami mempunyai sejumlah 133 corak untuk dipilih”

“Pilihan yang luas ini diharapkan sesuai untuk pilihan semua orang dan harga kami sangat berpatutan” tambahnya lagi.

IKLAN

Nia adalah seorang wanita muda yang berbakat dan ceria. Bayu Somerset dan Nia bekerjasama mencipta palet warna unik untuk koleksi Baju Kebaya Raya 2023.

“Nia memang gemar melukis bunga, ilustrasinya memang sesuai dengan gaya baju kebaya yang kami hasilkan. Saya memang terharu dengan bakat melukisnya, saya seronok kolaborasi dengan Nia untuk mencipta koleksi Niaasom ini.

Saya memang berharap bekerjasama dengan bakat tempatan yang lain pada masa depan, jangan risau pasti banyak lagi koleksi baru akan datang!” ujar Diana.

Terdapat kedai pop-up Raya di AEON Shah Alam, Melawati Mall, SOGO KL, ISETAN KLCC, Sunway Putra Mall, dan Lazada X Riuh. Ia adalah tempat yang baik untuk membeli pakaian kerana anda boleh merasa kain dan melihat cetakan berwarna-warni.

IKLAN

Tahun ini, anda semua berpeluang untuk memakai busana dari Baju Somerset kerana Hijabista dan Baju Somerset akan bersama-sama menaja baju hijabi. Mesti semua rasa tak sabar nak memenangi kan? Caranya mudah sahaja, jawab soalan di bawah ini dan pastikan Hijabi menepati syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan untuk berpeluang memenangi sepasang busana! 

Sekadar info,  Bayu Somerset yang ditubuhkan pada 2021, bermula dengan keinginan untuk menandakan wanita yang feminin dan bergaya. ‘Sejenis keselesaan baharu’ akan menjadi penanda aras mereka kerana matlamatnya adalah untuk berusaha untuk menjadikan fesyen terbaik yang paling selesa, corak bertekstur yang ringkas namun bergaya dan harga mampu milik.

Artikel Berkaitan : Cantik Terletak, Ini Tip Potongan Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Baju Raya. Tampak Langsing!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut:-

1. Perlu ikuti kesemua sosial media Hijabista Magazine dan Bayu Somerset
2. Mestilah bersaiz dari XS ke XXL

HIJABISTA X BAYU SOMERSET

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI