Tak susah pun untuk mendapatkan gigi yang putih berseri dan menawan, asalkan ada rutin penjagaan yang rapi dan baik. Tidak semestinya harus ke klinik gigi, tetapi di rumah juga anda boleh mendapatkan gigi yang putih bersih. Mudah sahaja! 

Sumber gambar: Shiny Diamond

Jimat kos dan jimat masa! Team Hijabista kongsikan kepada anda rutin penjagaan gigi di rumah yang boleh menjadikan gigi anda putih bersih, menawan dan berseri! Selamat mencuba!

Menu sayur-sayuran dan buah-buahan

Sumber gambar: Manuel

Bukan sahaja bagus untuk mereka yang ingin menguruskan badan tetapi buah-buahan dan sayur sayuran seperti epal, daun saderi, lobak merah adalah merupakan antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh memutihkan gigi anda. 

Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana, makanan segar yang rangup ini dapat membersihkan kotoran pada lapisan enamel gigi. Bukan itu sahaja, malah pengambilan buahan dan sayuran rangup ini meningkatkan banyak air liur kerana air liur penting dalam melindungi gigi dari kaviti yang berpunca dari bakteria.

Kombo lemon & baking soda

IKLAN
Sumber gambar: Karolina

Siapa kata lemon dan baking soda hanya bagus untuk menghilangkan jerawat? Ha! Sebenarnya gabungan dua bahan ini dapat memberi banyak kebaikan kepada gigi. Gunakan perahan lemon dan baking soda untuk memberus gigi. Campuran kedua-dua ini sangat efektif dalam memutihkan gigi di rumah. Namun, jangan gunakan ia terlalu kerap dan jangan biarkan ia berada di lapisan enamel gigi lebih dari seminit kerana ia boleh merosakkan gigi kerana faktornya sebagai bleaching.

Baca juga: Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!

Sertakan menu keju

Sumber gambar: Polina

Pasti ramai yang baru tahu mengenai kebaikan keju pada gigi, bukan? Kudap keju selepas hidangan makan tengahari atau makan malam kerana ia mengandungi susu protein, kalsium dan fosfat yang membantu enamel gigi kekal kuat dan ia melindungi gigi dari kaviti.

IKLAN

Berus gigi dengan strawberi

Sumber gambar: Oleg Magni

Strawberi mengandungi vitamin C yang membantu dalam melindungi dari plak gigi dan asid malic dapat membuang kotoran pada dinding gigi. Lumat strawberi dan sapukan ke atas gigi dengan menggunakan berus gigi dan biarkan ia selama lima minit. Kemudian kumur dengan air setelah selesai.

Berus dan flos gigi kerap

Sumber gambar: Sora

Kerap memberus dan flos gigi dapat mengekalkan senyuman yang menawan di wajah anda dengan gigi yang putih berseri. Sebaiknya setiap kali selepas makan.

IKLAN

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI