Memetik daripada perkongsiannya itu, cara pemakaian untuk nampak mahal, high class dan tanpa perlu berbelanja lebih ialah memilih kain atau fabrik jenis berkilat.
Contohnya satin, organza atau chiffon. Namun begitu, elakkan fabrik yang terlalu berkilat.
Wawa turut mencadangkan pemakaian eyeshadow yang memberi kesan glamor. Namun jangan pula berlebihan.
Ads
“Pakai eyeshadow yang ada elemen glitter or shimmer. Tapi jangan terlalu berkilat, risaulah takut dah jadi macam lampu disko lah pula mata korang nanti.”
Umum sedia maklum bahawa Datin Seri Nur Shahida baru sahaja melahirkan cahaya mata keenam, hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri.
Cahaya mata keenam mereka ini telah selamat dilahirkan pada Isnin, di pusat perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur tepat jam 2:40 petang semalam.
Namun, apa yang menarik perhatian Hijabista adalah, sepanjang proses melahirkan tudung yang dipakai Datin elok terletak dan tidak senget benget meskipun sedang menahan kesakitan bersalin.
Perkara berkenaan dimaklumkan Datin Shahida sendiri, menerusi hantaran di akaun Insta Story miliknya baru-baru ini memaklumkan berkenaan kelahiran ‘buah hati’ baharu mereka.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Hijabista adalah ketika sedang bertarung nyawa selama 7 jam dan disaat menahan kesakitan bersalin. Datin Seri Shahida masih lagi sempat memastikan tudungnya kekal terletak di tempat asal dan membetulkanya dari berganjak.
“Alhamdulillah ramai yang WhatsApp, Direct Message (DM) bertanya. Dah selamat bersalin dah.
“Masya Allah budak kecil ni kasi keluar tangan dulu nak minta duit raya. Itu yang lama sangat tu nak suruh masukkan tangan tapi tak masuk-masuk.
“Akhirnya, keluar juga tangannya dulu baharu muka. Pertama kali juga ada pengalaman macam ni. Memang sakit sikit dari sebelum ini. Apa pun syukur selamat semuanya,” kongsinya.
Dalam masa sama, Shahida turut menzahirkan rasa syukur apabila proses kelahiran berkenaan dipermudahkan, meski berdepan pengalaman yang tak mungkin dilupakan.
Hijabista sempat meninjau ruangan Instagram milik Datuk Aliff Shukri dan mendapati sekeping gambar memaparkan wajah cahaya mata keenam mereka telah pun dikongsikan, menerusi hantaran terbaharu.
“Syukur akhirnya bayi yang banyak dugaan ini lahir dengan selamat dan normal. Terima kasih doa kalian,” tulis Aliff ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sekadar info, Aliff dan Shahida telah melayari bahtera rumah tangga selama 16 tahun sejak diijabkabulkan pada Ogos 2007.
Hasil perkongsian hidup lebih sedekad itu, pasangan ini telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Baru-baru ini nama penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti kembali menjadi bualan ramai, apabila seorang pengguna TikTok mendedahkan tentang kemuliaan hati milik suri hati kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu.
Menurut pemuda berkenaan, dia pernah menerima bantuan yang tidak disangka-sangka daripada Tok Ti ketika arwah anaknya sedang bertarung nyawa, susulan menghidap penyakit jantung berlubang hingga perlu menjalani pembedahan.
Menurutnya lagi, ketika itu dia dan isterinya sedang menemui jalan buntu tentang cara membayar kos rawatan pembedahan jantung yang perlu dijalani anak mereka di Institut Jantung Negara yang ketika itu amat menelan belanja yang mahal.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pemuda itu sendiri, menerusi sebuah hantaran komen pada akaun SITISM ERA
“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012. Anak saya nak kena operation jantung berlubang. Saya dalam bilik tafsiran dengan isteri. Tiada pilihan, nak keluar EPF sebab kos.
“Terkenanglah kejap. Tiba-tiba wakil SimplySiti datang terus menawarkan bantuan kewangan, kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya.
“Demi Allah perkara ini benar. Terima kasih Siti. Saya kenang sepanjang hayat saya. Hanya Allah mampu membalasnya.
“Kalau ada manfaat pada orang lain, share je lah. Lagipun anak saya pun dah tiada. Sempatlah dia berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami,” katanya.
Jelas pemuda itu, tindakan yang Tok Ti lakukan kepada anaknya amat bermakna buat dirinya dan keluarga dan akan sentiasa di kenang selagi hayat dikandung badan. Bak kata pepatah ‘hutang emas boleh di bayar, hutang budi di bawa ke mati’.
Individu berkenaan turut mendoakan agar Tok Ti sekeluarga sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
“Kami sekeluarga pernah terhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza dan keluarga terus diberkati Allah,” katanya.
Sekadar info, Siti melancarkan kempen SimplySiti Di Hati yang menampilkan kolaborasi bersama IJN bagi membantu anak-anak yang kurang bernasib baik mendapatkan rawatan sewajarnya di institusi berkenaan.
Buat pertama kalinya, tiada Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya Kabinet kerajaan di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan.
Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Menteri-menteri kanan juga akan membantu Perdana Menteri menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan Muhyiddin dalam negara.
Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.
Paling membanggakan ialah apabila lima orang menteri wanita menerajui kepimpinan berikut:
MENTERI PERPADUAN NEGARA
Menteri : Datuk Halimah Mohamed Sadique
Latar belakang: Datuk Wira Halimah binti Mohd Sadique (lahir 2 Februari 1962) merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Halimah bertanding di peringkat DUN.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Halimah binti Mohd Sadique bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tenggara , negeri Johor. Halimah Binti Mohd Sadique telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19031.
MENTERI PELANCONGAN, KESENIAAN DAN KEBUDAYAAN
Menteri : Datuk Seri Nancy Shukri
Latar belakang: Dato’ Sri Nancy binti Shukri (lahir 5 Ogos 1961) merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Berketurunan Iban-Cina-Scotland-Melayu-Melanau dan telah berkahwin serta mempunyai 3 orang anak.
Beliau adalah pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM – Universiti OHIO (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah); Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari University of Hull, UK (1990); Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985); Sijil Pelajaran Malaysia, Hijau Jalan Sekolah Menengah Green Road (1976-1978).
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Dr Noraini Ahmad
Latar belakang: Dilahirkan pada 7 November 1967 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan, Universiti Saskatchewan, Kanada dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
Beliau dilantik sebagai Naib Ketua Puteri UMNO, pada awal penubuhan Puteri UMNO dan kemudian dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO sejak 2004, menggantikan Datuk Azalina Othman Said yang melepaskan jawatan kerana faktor umur keahlian Puteri UMNO hanya untuk wanita berumur bawah 40 tahun.
Noraini dipilih untuk Parlimen persekutuan pada pilihan raya 2008, menggantikan ahli penyandang UMNO Syed Hood Syed Edros. Pada masa pemilihannya, merupakan ketua Puteri UMNO (sayap pemuda wanita UMNO). Sejurus selepas pilihan raya, beliau dinamakan Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam kerajaan Malaysia Abdullah Badawi,tetapi kehilangan jawatan itu pada April 2009 ketika Perdana Menteri Najib Razak menamakan kementerian pertamanya. 2009 juga menyaksikan langkahnya sebagai ketua Puteri UMNO, setelah mencapai had umur untuk menjadi ahli kumpulan.
Dalam pilihan raya umum 2013 Noraini memenangi pemilihan semula ke Parlimen dan dilantik oleh kerajaan sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Dalam pilihan raya umum 2018 Noraini dipilih semula dalam kerusi parlimen Parit Sulong. Noraini dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO bagi penggal 2018-2021 yang baharu
MENTERI WANITA DAN KELUARGA
Menteri : Datuk Seri Rina Mohd Harun
Latar belakang: Lahir 18 April 1973merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia dan Ahli Parlimen bagi zon Titiwangsa. Beliau juga adalah Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan dan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau dibesarkan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) dalam Diploma dalam Pengajian Perbankan. Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Lahir 14 Mac 1958 Mendapat pendidikan awal di Tanjong Katong, Girl School, Singapura
Selain memegang jawatan selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Ampang, Selangor, YB Zuraida adalah Ketua Wanita Pakatan Harapan Malaysia.
Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. IWB adalah sebuah badan pemikir Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sebagai perangka polisi bagi memastikan pembangunan wanita akan diutamakan di negeri itu.
Ada tiga orang timbalan menteri wanita kali ini iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) pula ialah YB Datin Mastura Binti Yazid.
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga pula ialah YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff.
BERIKUT SENARAI PENUH MENTERI KANAN, MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal
(akan dilantik sebagai senator)
Sumber kredit: Harian Metro, Sinar Harian, Wikipedia, Malaysiakini dan Instagram Datin Mastura Yazid
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.