
Nama Dian Ayu sememangnya tidak asing lagi di kalangan masyarakat Indonesia. Pemilik nama penuh Dian Ayu Lestari ini sudah jarang dilihat di televisyen.
Pun begitu, selebriti kelahiran 1986 ini dilihat masih aktif memuat naik perkongsian kehidupan peribadinya di Instagram peribadi.
Calon Miss Indonesia 2007 yang kini berusia 36 tahun ini semakin cantik sejak berhijab pada pertengahan 2018.
Malah, penampilan ibu anak tiga ini juga semakin stylish sehingga sering menjadi bualan dan mencuri perhatian ramai.
Dian Ayu turut digelar sebagai lady biker yang lasak dan cantik. Kalau ramai wanita memilih kereta yang lebih selesa untuk bergerak ke sana sini, jiwa Dian Ayu pula lebih lasak.
Dian Ayu memilih motor berkuasa tinggi dan vespa sebagai hobinya.
Terlihat ‘Garang’ Ketika Menunggang Motor
Kalau sebelum ini Dian Ayu menunggang motor berkuasa besar, kali ini dia menaiki motor jenis Vespa pula. Walaupun berbeza jenis kenderaan, Dian Ayu tetap nampak ‘garang’ ketika menunggangnya.
Aksi Persis ‘Budak Motor’
Aksi Dian Ayu ketika menunggang motosikal di jalanan ibu kota berjaya mencuri perhatian. Selebriti cantik ini kelihatan sangat hebat dan meyakinkan persis ‘budak motor’ sebenar.
Tampil Stylish
Gaya Dian Ayu sering mencuri perhatian ramai. Sebagai wanita bertudung, penampilan Dian Ayu tetap mengikut syariah.
Kredit Foto: Instagram Dian Ayu Lestari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
13 Selebriti Hot Mama Ini Layak Digelar Ratu Selfie. Foto DiMuat Turun Memang Awesome!

Dulu ketika selebriti ini masih berstatus anak dara, penampilan masing-masing memang mengancam. Malah mereka ini antara yang bijak berposing sama ada untuk paparan di majalah atau surat khabar. Mintalah apa sahaja gaya, pasti akan memberi kerjasama dengan baik.
Tetapi itu cerita lama sebelum masing-masing mengepit ‘handbag’ mahal. Walaupun sudah mempunyai cahaya mata, tetapi selebriti dilabel ‘hot mama’ ini tetap maintain dalam berpenampilan. Maklumlah sebagai ‘public figure’ memang perlu sentiasa menjaga penampilan diri terutama ketika berada di khalayak ramai.
Admin senaraikan di sini beberapa selebriti muda yang sudah menjadi hot mama tetapi tetap menyerlah dalam gaya masing-masing. Biarpun ada anak, namun mereka tetap bijak suai padan busana bersesuaian ketika bergandingan.
1. Hanis Zalika
Ibu kepada Yusuf Iskandar ini memang bijak bergaya. Melihat di laman instagram, banyak gambarnya sekarang adalah bersama Yusuf. Anak lelaki tunggalnya ini juga mempunyai follower tersendiri yang kadang kala setiap aksi dilakukan begitu mencuit hati netizen.
2. Scha Al-Yahya
Dari muda hingga sekarang Scha antara selebriti yang bijak bergaya walaupun di mana dia berada. Berkahwin dengan Awal dan mempunyai Lara Alana jadi pakej lengkap hidup Scha.
3. Yana Shamsuddin
Terbayang betapa seksinya dulu Yana Shamsuddin. Tetapi setelah berhijrah kejelitaan Yana makin terserlah dan cocok sekali dengan penampilannya. Sentiasa posing dengan anak lelaki kesayangannya, Aisy Mateen di laman IG. Untungnya Yana baru-baru ini dihadiahkan kereta oleh suami tersayang sempena hari jadinya.
4. Tilla
Bar sahaja bergelar ibu dan bekas model yang juga pelakon ini semakin sibuk menguruskan anak di rumah. Tilla kini menghadkan aktiviti seninya kerana mahu beri tumpuan pada Syeriv. Kalau dah namanya model, gayanya juga di laman IG tetap seperti model popular.
5. Irma Hasmie
Sebelum bergelar pelakon, Irma Hasmie juga ada pengalaman bergelar model. Setelah berhijrah dan dikurniakan cahaya mata, Irma kelihatan cukup bahagia dengan keluarga kecilnya ini. Dua orang anak-anaknya diberi didikan agama yang bagus dan Irma juga sering muat turun fotonya memberitahu aktiviti bersama dua anak kesayangannya ini.
6. Diana Danielle
Berkahwin dengan Farid Kamil ketika usianya masih muda dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora. Ternyata Diana tetap berada dalam pesonanya yang tersendiri. Ibu muda ini cukup rapat dengan dua orang anaknya ini. Diana kelihatan lebih matang setelah menjadi ibu dan gayanya juga lebih santun berbanding ketika anak dara.
7. Diana Amir
Kawan baik kepadq Irma Hasmie ini juga melakukan penghijrahan yang menjadikan dia insan lebih baik. Tidak lagi berlakon tetap banyak beralih kepada bidang pengacaraan. Diana Amir pandai meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan tugasan.
8. Hanez Suraya
Artis tinggi lampai ini cukup bijak dalam berfesyen, lebih-lebih jika menghadiri majlis festival. Dan setelah mendapat anak pun, Hanez tetap bergaya walaupun gayanya cukup santai. Dia bijak suai padan busana bersesuaian dengan dirinya sebagai ‘hot mama’.
9. Puteri Sarah
Lagi seorang bekas model yang cukup menggetar kalau lihat fotonya dulu. Gayanya sebagai model profesional cukup terserlah. Kini Sarah selesa menyarung baju yang sesuai dengan penghijrahannya. Ibu kepada Syaikhul ini juga tidak boleh berenggang dengan anaknya. Bukti lihat foto-foto di laman IG.
10. Wawa Zainal
Artis berlesung pipit ini punya ceritanya tersendiri. Mulanya Wawa dan Aeril Zafril menyembunyikan status perkahwinan mereka. Tetapi itu cerita lama. Kini, pasangan ini cukup bahagia dengan dua cahaya mata. Wawa pula semakin bijak bergaya lebih-lebih lagi di samping dua anaknya yang mewarisi ketampanan bapanya dan kecantikan Wawa sendiri.
11. Datin Seri Shahida
Isteri kesayangan Datuk Seri Allif Syukri, Datin Seri Shahida ini memang menjaga penampilannya sesuai dengan status sebagai usahawan yang perlu kelihatan cantik dan menarik. Mempunyai tiga cahaya mata dan baru-baru ini telah mengambil seorang lagi anak angkat sebagai penyeri keluarga mereka. Melihat gaya mereka bagaikan tidak percaya itu adalah anak-anaknya kerana lagak seperti adik dan kakak.
12. Joy Revfa
Rentetan cerita kontroversi membabitkan dirinya, Joy Revfa juga turut dilabel selebriti paling popular. Usahawan muda ini mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Dia juga kaki IG kerana sering memuat turun fotonya bersama anak lelakinya ini.
Bukan Saja Cantik, Anak Dara Norman & Abby Ni Juga Bijak, Santun Orangnya. Dapat Pujian Netizen Lagi!

Bertuahnya Norman Hakim dan Abby Abadi dikurniakan anak-anak yang bukan sahaja bijak, tetapi juga terpuji sikapnya dan cantik. Jika anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim sedang belajar di Turki dan dua anak daranya pula belajar di Maahad Tahfiz di Negeri Sembilan. Dan yang paling mencuri tumpuan netizen pastinya anak kedua pasangan ini, Marissa Dania Hakim.
Senyumannya memang cukup menawan dan gaya santun cukup memikat hati. Tidak hairanlah sebelum ini ramai juga netizen yang berkenan untuk menjadi Imam kepada Marissa Dania.
Baru-baru ini, anak gadis berusia 12 tahun ini menggembirakan ibu bapanya apabila menamatkan pengajian Hafazan dan diraikan dalam satu Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith dan Turath As-Sofa ke 6.
Jom kita lihat beberapa foto menarik #OOTD Marissa Dania Hakim. Dia yang mempunyai follower ramai ini juga turut gemar berOOTD dalam gaya santun dan manis.
#1. s.zulaikazulkifli You are beautiful
#2. kimirul_ masyaAllah sistur, you are so cute
#3. kimikylez Cutee
#4. izrf._ ya Allah cantiknyer dia
#5. nurulain1323 Comeyy yee
#6. __hxikxl_ Sungguh cantik ciptaan allah….
#7. _.a4fa._ Cutenya awk
#8. nsyhftn_ pretty much 🙂
#9. syamilzainal_ Alahai comelnya
#10. zarazua0206 salam cantik sgt..
Warna Pantone Tahun 2022, ‘Very Peri’ Warna Yang Memberi Inspirasi Bersifat Motivasi.

Bolehkah warna meramalkan masa depan? Selepas banyak ketidakpastian pada 2020 dan 2021, ramai yang mencari tanda-tanda cahaya warna baharu.
Warna Pantone Tahun 2022 ialah warna baharu, Very Peri, menurut Leatrice Eiseman, pengarah eksekutif Institut Warna Pantone, menerima ketidakpastian dan berhati-hati. “Ia adalah warna yang benar-benar meletakkan masa depan di hadapan dalam cahaya baharu,” Kami rasa ini adalah warna yang sempurna untuk menyampaikan perasaan itu tentang masa depan.”
Menurut Pantone, warna itu adalah tentang memaparkan keyakinan yang riang dan rasa ingin tahu yang menghidupkan semangat kreatif dan inspirasi. “Very Peri membantu anda menerima landskap kemungkinan yang diubah ini, membuka anda kepada visi baharu. Ia adalah yang pertama untuk Pantone mencipta warna baharu yang merangkumi kualiti biru, namun pada masa yang sama mempunyai rona merah ungu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Warna transformasi global
“Warna Pantone Tahun Ini mencerminkan apa yang berlaku dalam budaya global kita, Laurie Pressman, Naib Presiden Institut Warna Pantone, berkata bahawa ini mencerminkan inovasi dan transformasi global yang berlaku.
“Memandangkan masyarakat terus mengiktiraf warna sebagai bentuk komunikasi yang kritikal dan cara untuk meluahkan dan mempengaruhi idea dan emosi serta melibatkan diri dan berhubung, kerumitan warna biru yang diselitkan ungu merah baharu ini menyerlahkan kemungkinan luas yang ada di hadapan kita,” ujar Laurie.
Warna periwinkle baharu adalah hasil daripada penyelidikan dan ramalan arah aliran hampir setahun daripada Institut Warna Pantone, yang mula melihat arah aliran warna pada penghujung musim bunga. Selama 23 tahun, Warna Tahun Ini Pantone telah mempengaruhi pembangunan produk dan keputusan pembelian dalam pelbagai industri, termasuk fesyen.
Very Peri ialah warna yang memberi inspirasi, bersifat motivasi dan boleh memberikan anda keyakinan untuk mencapai lebih dalam, menyelaraskan matlamat dengan emosi anda. Itulah tenaga yang kita perlukan untuk mencipta dan menghidupkan impian kita pada tahun 2022. Secara keseluruhannya, Very Peri akan menjadi warna yang memberi anda dorongan untuk menarik tenaga dan kehidupan yang anda inginkan, terutamanya dalam aspek romantis. Warna Tahun Ini Pantone Sebenarnya Boleh Membantu Anda Menzahirkan Matlamat Anda pada 2022
Inspirasi gaya padanan warna Veri Peri
Dari sudut pandangan astrologi, tahun hadapan 2022 sudah menjanjikan cinta yang radikal. Oleh itu, Very Peri adalah warna yang bagus untuk dipakai pada tahun 2022. Jom lihat gaya fesyen inspirasi warna 2022 mungkin permula hari yang membahagiakan anda.
Lapisan warna yang sama
Padanan warna natural
Gayakan dengan aksesori warna veri peri
Solekan berani si ‘veri peri’
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe