Gara-gara memakai produk kosmetik tidak berdaftar wajah seorang model sambilan rosak teruk. Tidak dapat dinafikan semua wanita ingin kelihatan cantik. Memiliki kulit yang cerah, lembut, bersinar memang menjadi impian setiap wanita.
Namun dek kerana taksub mahu muka berseri, seorang wanita menderita tidak boleh tidur, makan dan bercakap selepas kulit mukanya mengalami kegatalan dan menggelupas teruk selepas memakai satu produk kecantikan.
Wanita itu, Nunajwa Fatasya Mohd Nuhairie, 21, berkata dia memakai set kecantikan itu sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka kulit mukanya yang sebelum ini tidak bermasalah menjadi lebih teruk.
TERPENGARUH DENGAN RAKAN
“Saya akui mahu kulit cantik berseri berikutan sedikit kusam sebelum ini.
“Terpengaruh dengan rakan, saya menempah satu set lengkap produk kecantikan berharga RM70 secara atas talian menerusi seorang ejen,” katanya.
Ads
Menurutnya, selepas menggunakan tiga set produk itu, kelmarin dia mula merasakan kulit pipinya pedih, kepanasan dan menggelupas teruk sehingga mengganggu tidurnya.
“Muka saya berasa gatal hingga mengganggu selera makan. Saya mahu menyuap makanan dan bercakap pun sukar.
“Kulit muka saya seolah-olah tegang dan memang saya menyesal memakai produk ini, namun merasakan mungkin tidak bersesuaian dengan kulit muka saya.
Ads
“Malah, saya kena akui kerana terlampau taksub melihat muka rakan cantik dan berseri, saya mencuba membelinya tanpa memeriksa adakah ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan selepas produk berkenaan tular di media sosial,” katanya.
BERCUTI LAMA PULIHKAN WAJAH
Ibu tunggal dua anak itu berkata, dia sudah beberapa bulan tidak mengambil sebarang ‘job’ sebagai model sambilan.
Katanya, selepas kejadian itu, mungkin dia terpaksa bercuti lebih lama bagi memulihkan kulit wajah terlebih dulu.
Ads
“Dalam hal ini, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa termasuk pengasas atau ejen produk berkenaan kerana saya mengambilnya tanpa paksaan sesiapa dan sanggup menanggung risiko sendiri.
“Saya kini mendapatkan rawatan lanjut di klinik untuk memeriksa kulit muka berikutan sudah tidak tahan dengan kesan sampingannya,” katanya.
Nunajwa berkongsi pengalaman itu dan wajahnya sehingga tular di Facebook berikutan dikongsi 5,400 orang.
Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial tentang video Faiz Roslan yang mengaku dirinya tidak berpuasa dan juga tidak menunaikan solat 5 waktu. Allahuakbar, begitu berani anak muda masa kini membuat pengakuan sebegitu secara terang-terangan.
Kronologi bermula apabila Faiz Roslan memuat naik video parodi bersama dua orang rakannya yang dengan aksi yang tidak senonoh. Video itu meraih perhatian ustaz-ustaz, netizen dan juga para selebriti tempatan. Rata-rata menyatakan bahawa Faiz dan rakan-rakannya itu seakan tidak menghormati bulan Ramadan yang baru sahaja bermula.
Terkini, viral pula video ‘live’nya di mana dia mengaku tidak berpuasa. Malah, salah seorang rakannya juga sedang enak menikmati kentang goreng yang dibeli di salah satu restoran makanan segera.
Berikutan hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menegur perbuatan Faiz dan rakan-rakannya itu. Ekoran video tersebut, akaun Instagram milik Faiz juga dikatakan telah ‘dipadamkan’ oleh pihak Instagram sendiri.
Teguran Mufti Wilayah Persekutuan ini begitu sopan dan berhemah hingga meresap ke dalam jiwa. Malah, Dr. Zulkifli juga turut menjemput Faiz Roslan dan rakan-rakannya untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Malah, Mufti juga mengharap dan menunggu balasan daripada Faiz Roslan sendiri.
Sebagai seorang dewasa, anda di luar sana tentu tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sempena bulan Ramadan ini, usahlah kita bertengkar sesama sendiri. Lebih baik kita tumpukan pada amalan-amalan kebaikan yang boleh menjana pahala. Ini isi kandungan teguran Mufti Wilayah Persekutuan terhadap Faiz Roslan. Semoga yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang “instafamous” anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.
Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.
Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.
Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.
Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.
Sebelum ini ramai yang gagal untuk menurunkan berat badan disebabkan pelbagai faktor. Malah tiada disiplin dan keazaman yang tinggi menyebabkan impian untuk kekal langsing hanya sekadar omongan kosong. Namun perkongsian gadis ini yang memberitahu cara mengurangkan berat badan berdasarkan inspirasi kisah adiknya sebelum itu.
Dia yang sebelum ini mempunyai berat dalam kategori obeses class 1 kini sudah mencecah ke tahap overweight. Walaupun sudah setahun melakukannya, namun masih belum mencapai berat badan ideal.
Beratnya sebelum itu adakah sekitar 75.4 kg dan setelah mengamalkan cara ini, dia berjaya lenyapkan 17 kg. Kini berat wanita ini hanya sekitar 58 – 59 kg sahaja.
Paling penting menurutnya adalah disiplin diri yang tinggi. Bayangkan dia tolak terus makanan manis selama beberapa bulan dan mengawal nafsu makan adalah satu usaha paling sukar untuk dilakukan.
Menulis thread di laman twitter menggunakan nama akaun @Kuntum_ dan semoga kisahnya jadi inpsirasi bagi yang mahu menurunkan berat badan cari sihat.
Transformasi dari kisah adiknya sendiri.
Buat benda yang sama dengan adik, tetapi cara berbeza.
Tapi ada dua sebab lain ambil keputusan untuk tukar gaya pemakanan dan gaya hidup lebih sihat. Salah satunya tu sebab cepat penat bila nak solat.
Namun cara digunakan bukan secara singkat. Ubah mind set turunkan berat badan sebab nak sihat dan paling penting istiqomah serta disiplin tinggi.
Start misi Oktober 2017 dan setelah setahun berjaya tukar kategori dari obese class 1 ke overweight. Antara apps yang digunakan.
Pertamanya katakan tidak pada gula. Ini yang paling penting.
Kedua tinggal fast food dan processed foods. Cuba tinggal tiga bulan pertama.
Seterusnya tinggalkan atau kurangkan pengambilan cili sos, tomato, kicap, sos tiram dan semua jenis sos. Mengandungi paras gula sangat tinggi.
Paling strict kurangkan makanan bergoreng dan berminyak. Banyakkan makanan bakar dan rebus.
Kalau suka makan roti, boleh gantikan dengan roti whole meal.
Kena ikut jadual makan secara konsisten.
Masa dicadangkan untuk breakfast.
Ini pula untuk makan tengah hari. Pengambilan hanya suku-suku separuh.
Kalau tak nak makan nasi pun tak apa. Tinggalkan terus mi, bihun dan keow teow selama enam bulan.
Kalau lapar boleh makan snack menyihatkan seperti biskut rendah gula atau buah.
Gunakan konsep 80 % jaga makan dan 20 % exercise.
Enam bulan pertama jogging 5-6 kali seminggu. Memang penat dan masuk minggu ketiga saya mula exercise.
Lepas setahun beranikan diri masuk fun run dari 5 km ke 10 km.
Tak cukup dengan itu, juga turut membuat aktiviti pendakian.
Memang best aktiviti pendakian ini. Rasa terisi dan puas.
Tetapi diingatkan jangan stress dalam perjalanan ini. kena rileks dan enjoy. Paling penting sabar, disiplin dan istiqomah.
Minum air pula ada kiraannya.
Bila berat dah turun secara tak langsung kulit jadi cerah. Ini perbezaannya setahun yang lalu.
Perlu diingat makan lima kali sehari dan waktu makan konsisten. Juga tak pernah skip breakfast.
Ini antara menu yang dicadangkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebanyakan daripada mereka meletakkan beban bahawa orang yang berada dalam dunia ‘single’ ini pastinya seorang yang berada dalam zon kesedihan dan kelihatan simpati. Seakan ‘single’ ini satu ruang yang amat mengerikan untuk dilalui oleh kebanyakan orang pada hari ini.
‘Single’ umpama satu bentuk hukuman seperti terkena penyakit bahaya atau penyakit seumpamanya yang sangat menakutkan dan menyedihkan. Walhal, persepsi sebegini tidak kukuh sama sekali. Banyak contoh mudah yang boleh didapati di luar sana yang menunjukkan bahawa dunia ‘single’ ini bukanlah sebagaimana yang sering ditafsirkan.
Ruang Toksik Yang Tidak Sihat
Ramai sahaja yang menggunakan ruang sebagai ‘single’ untuk memenuhi keperluan dan potensi diri masing-masing. Apabila kita berada dalam hubungan yang tidak sihat dan penuh toksik, kita banyak mengeluarkan tenaga, emosi dan perhatian untuk si dia. Kita banyak mencuri masa-masa yang ada hanya semata-mata untuk memastikan si dia berada dalam keadaan baik dan dalam perhatian kita sentiasa.
Kalau kita menghabiskan masa untuk orang yang sah atau orang yang tepat itu tidak mengapalah kerana pelaburan sebegini akan mendatangkan hasil yang baik, tetapi kita berbicara tentang orang yang belum nyata berada dalam hidup kita. Pernah saya lihat dalam satu video soal jawab antara love coach, Matthew Hussey dengan peserta wanita di dalam satu program live session beliau.
Korbankan Kebahagiaan Sendiri
Wanita tersebut mengadukan pada Matt bahawa dia sudah menghabiskan tiga tahun bersama dengan lelaki yang salah. Dipermudahkan lagi cerita, wanita itu memberitahu selama dia bersama dengan lelaki itu, dialah orang yang paling ‘try hard’ sementara lelaki itu selalu memberi respon dengan cara yang negatif dan kosong.
Lalu Matt pun bertanya kepada wanita tersebut, mengapa dia susah untuk melepaskan lelaki itu walaupun dia sendiri akui yang diri dia tersakiti dan sering terganggu emosinya. Jawab wanita itu; “Saya takut untuk bersendiri” Saya yakin dan pasti bukan hanya wanita itu sahaja yang mengalami perkara ini. Pasti ada ramai di luar sana termasuk kenalan saya sendiri pun menghidap penyakit yang lebih kurang sama ini.
Ada yang sanggup dikasari, dihina dan diganggu emosi saban hari kerana pada mereka benda yang paling menakutkan ialah bersendirian. Seakan-akan bersendirian ini satu musibah yang tidak patut dilalui. Kelmarin saya ada terbaca salah satu bab dalam buku yang ditulis oleh tokoh motivasi self-help terkenal iaitu Richard Templar yang berjudul The Rules Of Love.
Diselitkan dalam buku itu bab ‘You won’t be happy with a partner until you can be happy on your own’ (kamu tidak boleh berbahagia dengan pasangan selagi kamu sendiri tidak bahagia dengan diri kamu sendiri). Dalam bab tersebut pun lebih kurang sama kesnya iaitu seorang perempuan yang takut untuk bersendirian, maka sebab itu dia bergerak dari satu lelaki kepada lelaki yang baru apabila putus hubungan.
Apa yang kita perlu tahu ialah kebahagiaan itu ada dalam dada kita. Ramai tidak menyedari hakikat ini kerana dia belum kenal dengan dirinya sendiri. Apabila dia belum kenal diri sendiri, dia tidak tahu dengan cara bagaimanakah dia hendak membahagiakan dirinya. Contohnya kalau kita tidak kenal dengan seseorang, bagaimana untuk kita tahu apa yang disukainya, bukan?
Adakah dia suka makan ikan? Dia bolehkah layan animasi? Persoalan ini yang akan terpancar dari fikiran kita. Begitulah perumpamaannya jika kita belum kenal diri kita ini siapa. Kita suka apa, apakah matlamat kita, apakah hala tuju kita dalam jangka masa pendek dan panjang, apakah limitasi kita?
Apakah kelemahan kita, apa jalan hidup yang kita hendak pilih dan lalui sampai kita mati? Kesemua persoalan ini patut ditanyakan pada diri kita semenjak awal lagi. Apabila kita sudah mendapat jawapan yang konkrit dan jelas daripada persoalan-persoalan ini, maka tiada masalah langsung kalau kita ini ‘single‘ atau berpunya. Kerana diri kita sahaja sudah cukup bahagia.
Berhenti Dengan Sangkaan Single Harus Sedih
Kita tidak boleh bahagia jika hanya bergantung kepada faktor luaran- mengharapkan orang membahagiakan kita namun kita sendiri keliru dan termenung tentang diri sendiri. Bahagiakah begitu? Firman Allah;
“Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu dari apa yang mereka kumpulkan.” – (Surah Yunus 10: 58)
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam karyanya Miftah Dar Sa’adah mengungkapkan tanda kebahagiaan pada diri seseorang itu ada tiga iaitu:-
#1- Bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
#2- Sabar ketika mendapat ujian dari Allah.
#3- Bertaubat segera jika ada melakukan dosa.
Selagi mana kita jelas dengan matlamat hidup kita tentulah kita dapat meraih kebahagiaan sebenar walaupun status kita masih bujang. Berhentilah dari meletakkan sangkaan meleset bahawa orang yang ‘single’ harus berasa sedih kerana keseorangan.
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...