Gara-gara memakai produk kosmetik tidak berdaftar wajah seorang model sambilan rosak teruk. Tidak dapat dinafikan semua wanita ingin kelihatan cantik. Memiliki kulit yang cerah, lembut, bersinar memang menjadi impian setiap wanita.
Namun dek kerana taksub mahu muka berseri, seorang wanita menderita tidak boleh tidur, makan dan bercakap selepas kulit mukanya mengalami kegatalan dan menggelupas teruk selepas memakai satu produk kecantikan.
Wanita itu, Nunajwa Fatasya Mohd Nuhairie, 21, berkata dia memakai set kecantikan itu sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka kulit mukanya yang sebelum ini tidak bermasalah menjadi lebih teruk.
TERPENGARUH DENGAN RAKAN
“Saya akui mahu kulit cantik berseri berikutan sedikit kusam sebelum ini.
“Terpengaruh dengan rakan, saya menempah satu set lengkap produk kecantikan berharga RM70 secara atas talian menerusi seorang ejen,” katanya.
Ads
Menurutnya, selepas menggunakan tiga set produk itu, kelmarin dia mula merasakan kulit pipinya pedih, kepanasan dan menggelupas teruk sehingga mengganggu tidurnya.
“Muka saya berasa gatal hingga mengganggu selera makan. Saya mahu menyuap makanan dan bercakap pun sukar.
“Kulit muka saya seolah-olah tegang dan memang saya menyesal memakai produk ini, namun merasakan mungkin tidak bersesuaian dengan kulit muka saya.
Ads
“Malah, saya kena akui kerana terlampau taksub melihat muka rakan cantik dan berseri, saya mencuba membelinya tanpa memeriksa adakah ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan selepas produk berkenaan tular di media sosial,” katanya.
BERCUTI LAMA PULIHKAN WAJAH
Ibu tunggal dua anak itu berkata, dia sudah beberapa bulan tidak mengambil sebarang ‘job’ sebagai model sambilan.
Katanya, selepas kejadian itu, mungkin dia terpaksa bercuti lebih lama bagi memulihkan kulit wajah terlebih dulu.
Ads
“Dalam hal ini, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa termasuk pengasas atau ejen produk berkenaan kerana saya mengambilnya tanpa paksaan sesiapa dan sanggup menanggung risiko sendiri.
“Saya kini mendapatkan rawatan lanjut di klinik untuk memeriksa kulit muka berikutan sudah tidak tahan dengan kesan sampingannya,” katanya.
Nunajwa berkongsi pengalaman itu dan wajahnya sehingga tular di Facebook berikutan dikongsi 5,400 orang.
Berniaga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki yang halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran seperti kebergantungan kepada ekonomi dan kos barangan.
Dalam ekonomi yang tidak menentu kini, pasti ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perusahaan atau perniagaan yang diusahakan masing-masing selama ini. Bahkan, berniaga sambil bersedekah kini tidak lagi dianggap relevan. Namun, berbeza buat insan ini.
Yusuf Abd Latif, 37, merupakan pemilik sebuah carwash yang masih lagi percaya akan konsep berniaga sambil bersedekah. Dia bersama isterinya Salina Yatiman, 36, sering memberikan cucian percuma untuk van jenazah di sekitar Segamat, Johor.
Menurut Yusuf, idea untuk memulakan usaha terbabit tercetus secara spontan, dan dianggap sebagai salah satu cara untuk berkhidmat kepada penduduk setempat.
“Kami sudah lama memberikan cucian percuma buat van jenazah. Tetapi sebelum itu, kami tidak berkongsi di media sosial risau dikecam kerana mahu menunjuk. Kebetulan baru-baru ini masa cuci van jenazah, isteri ambil gambar. Jadi kami kongsi di Facebook.
“Selalunya apabila van jenazah datang untuk mencuci, saya memang tak ambil duit. Lagi-lagi kalau musim hujan, van jenazah kotor selepas masuk ke tanah perkuburan. Bila keluar, habis terpercik lumpur pada van jenazah” katanya menerusi mStar.
Disebabkan itu, dia tidak lokek untuk memberikan servis cucian secara percuma. Bahkan, dia juga tidak mengambil upah mencuci kereta peronda polis.
“Selain van jenazah, saya juga tak ambil duit kalau kereta polis yang ronda tu datang nak cuci. Sebab mereka pun meronda, jaga ketenteraman di sini. Ibaratnya dia jaga kita, kita jaga dia,” ujar Yusuf.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah lelaki ini memang mempunyai minat yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Mana tidaknya, dia yang turut mengusahakan khidmat pengangkutan turut berkongsi pernah menggunakan lori miliknya untuk mengangkut barangan mangsa banjir.
“Selain itu, kalau terjumpa motor rosak tepi jalan, saya juga memang akan bantu mereka. Saya dah terasa benda ni, Allah bayar cash. Bila kita tolong tanpa mengharapkan wang, banyak urusan dipermudahkan.
Lelaki yang memiliki cahaya mata seramai empat orang ini memanjatkan rasa syukur dan mengakui bahawa perniagaan carwash yang diusahakan sejak tahun 2012 itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Dia juga berharap perniagaannya akan lebih maju pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, sambutan okay di sini. Kita pula terletak di pekan. Belakang ni estet. Jadi bila kereta-kereta dan motor dari estet nak keluar ke bandar, mereka datang cuci dulu kesan tanah merah yang melekat.
Disebabkan sibuk dengan khidmat pengangkutan yang diusahakan, perniagaan carwash tersebut telah diambil alih oleh isterinya. Hasil daripada amalan ‘bersedekah’ dan sering membantu orang ramai, Yusof kini telah memiliki 14 buah lori secara keseluruhan.
Adakah anda rajin menggunakan toner? Fungsi utama produk skincare ini adalah untuk menyeimbangkan tingkat pH pada kulit wajah dan memudahkan produk skincare lainnya untuk diserap di dasar kulit wajah. Jadikan toner ini sebagai skincare routine anda, kerana toner salah satu langkah yang penting. Varian toner yang tersedia dipasaran cukup beragam, biasanya sesuai dengan jenis-jenis kulit (normal, berjerawat, berminyak, kering, dan kombinasi).
Jika kamu memiliki kulit berminyak, sebaiknya pilih exfoliating toner, iaitu toner yang mampu menghilangkan sel-sel kulit mati. Pada umumnya toner jenis ini mampu meremajakan kulit, membersihkan pori-pori, serta menyeimbangkan kadar minyak pada wajah, jadi wajahmu akan bebas dari minyak dan jerawat. Menarik bukan? Nah! Berikut adalah 10 exfoliating toner yang terbaik untuk kulit berminyak. Jom semak!
Kandungan glycolic acid yang mampu mengangkat sel-sel kulit mati, toner dari Mario Badescu ini bagus untuk menghilangkan luka bekas jerawat dan membuat kulit wajah lebih halus. Produk ini juga mengandung sari lidah buaya dan ekstrak jeruk bali untuk menenangkan kulit yang meradang.
Jika kamu memiliki pori-pori yang tersumbat, toner ini patut dicuba. Kandungan salicylic acid-nya bagus untuk mengeksfoliasi kulit wajah dan selamat untuk kulit berjerawat. Toner ini juga mampu menembus lapisan kulit di luar sehingga dapat membersihkan pori-pori. Dengan kandungan essential oils yang memiliki sifat antibakteria, jerawat pada wajah kamu dapat dihilangkan setelah rutin memakai produk ini.
Tidak hanya kemasannya saja yang bagus, toner ini juga bagus untuk menghilangkan luka bekas jerawat, mengangkat sel-sel kulit mati, dan menghaluskan kulit. Beauty Water dari brand Korea SON & PARK ini juga diperkaya dengan lavender water, rose water, serta ekstrak buah jeruk yang dapat melembapkan wajah tanpa membuat kulit berminyak.
Toner dari PureHeals ini bagus dapat mengeksfoliasi kulit wajah tanpa menyebabkan iritasi. Diperkaya dengan ekstrak propolis alias lem lebah, produk ini juga mampu melembapkan kulit dan mengawal produksi minyak berlebih, sesuai untuk para pemilik kulit berminyak.
Toner dari Glossier ini mengandung segala jenis asid yang efektif untuk mengeksfoliasi kulit: alpha hydroxy acid (AHA), beta hydroxy acid (BHA), dan polyhydroxy acid (PHA). Jika digunakan secara rutin, Glossier mengklaim bahwa produk ini dapat mengurangi timbulnya jerawat, menghilangkan komedo dan luka bekas jerawat, mengurangi kemerahan pada kulit, dan mengecilkan pori-pori. Bermanfaat sangat!
Apakah kamu sedang mencari toner yang mengandung bahan-bahan organik? Boleh cuba ni! Toner dari Yves Rocher ini mengandung ekstrak lupin putih dan liquorice (akar manis) yang berfungsi untuk menghaluskan dan mencerahkan wajah.
Toner dari brand asal Korea ini telah dirancang dengan Sebum Control Technology™ yang mampu menyeimbangkan produksi minyak berlebih pada wajah dan membersihkan pori-pori. Produk ini juga mengandung volcanic clay dari Pulau Jeju, Korea Selatan yang bermanfaat untuk menyerap minyak dan membersihkan kotoran pada kulit.
Brand Taiwan Naruko menawarkan toner yang sesuai untuk segala jenis kulit, terutama kulit berminyak dan berjerawat. Toner ini mengandung ekstrak tea tree yang memiliki sifat antibakteria dan anti-inflamasi sehingga efektif untuk mengubati jerawat dan mencegah timbulnya jerawat baru. Selain itu, produk ini juga mampu mengangkat sel-sel kulit mati, membersihkan pori-pori, dan menyeimbangkan kadar minyak pada kulit wajah. Dijamin! minyak di wajah kamu akan berkurang.
Disamping membantu mengecilkan pori, toner Pure Beauty Pink ini berkesan dalam menyembuhkan kulit akibat iritasi. Ianya juga mengandungi asid laktik yang melambatkan proses penuaan. Jika anda penggemar bahan mineral dalam skincare, toner ini juga mengandungi pink clay dan Jeju Volcanic Ash, Jeju Carbonated Thermal Water serta Pink Flower Complex.
Glow Tonic dari Pixi iaitu exfoliating toner atau acid toner terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit kering. Dengan mengandung 5% glyconic acid, lidah buaya dan pH4 yang dapat mengimbangkan kulit anda serta bebas alkohol. Kebaikan toner ini selain mencerahkan kulit anda daripada proses pengelupasan (exfoliating), ianya juga akan membuatkan anda tampil lebih segar dan bermaya dengan lapisan kulit yang baru. Diperkaya dengan minyak semulajadi, aloe vera, ginseng dan ekstrak buah-buahan, toner ini dapat melindungi kulit anda daripada sisa kotoran solekan. Masa untuk hapuskan sel-sel mati di kulit wajah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sesekali anda boleh berkongsi detik di media sosial dalam bentuk kata-kata hikmah Islamik untuk wanita yang membantu mengingatkan sesama muslimah. Kadang-kadang, kata-kata bijak Islam untuk wanita juga boleh menjadi dorongan kepada sesama wanita.
Anda boleh memetik petikan Islam atau mengambil kata-kata bijak Islam untuk wanita dari Al-Quran. Sedang mencari kata-kata bijak islamik untuk wanita?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di