Sebagai manusia, kita pastinya tidak terlepas daripada rasa kekurangan dengan diri sendiri.
Begitulah juga yang dirasai oleh penyanyi terkemuka, Yuna apabila dia membuka cerita bahawa dahulu dia pernah berasa tidak yakin dengan keadaan hidungnya yang pernah dikatakan besar oleh seorang rakan di sekolahnya.
Sewaktu saya kecil, saya sering memicit hidung kerana memikirkan ia akan menjadi kecil selepas seorang budak perempuan di sekolah mengatakan bahawa hidung saya terlalu besar untuk wajah saya. Saya bertanya kepada ibu, ‘kenapa saya tiada hidung yang kecil seperti ibu?’
Ads
Dia meyakinkan bahawa hidung saya adalah kombinasi yang terbaik di antara dia dan juga bapa dan ibu tidak mahukan saya berubah rupa. Selepas itu saya pun menerima jawapannya dengan hati terbuka dan tidak pernah melakukan apa-apa pada wajah. This👃🏽went places y’all.
Ads
Rata-rata pengikutnya mengakui kecantikan wajahnya itu selain berkongsi cerita yang mereka juga pernah diejek dahulu kerana hidung mereka. Amboi, jahat eh mulut!
Siapalah kita untuk menghina ciptaan Tuhan bukan? Jika kita bertemu dengan orang yang negatif begini, abaikan sahaja mereka kerana terlalu banyak nikmat dalam hidup untuk kita syukuri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum mindset kita salah, baik kita buat research dulu. Takut nanti menyesal dikemudian hari. Sebarang produk yang dioleskan muka pasti mempunyai bahan yang dikawal yang dipiawai oleh pihak berkenaan.
Namun ada juga segelintir yang eggan melihat keaslian bahan produk itu sendiri. Nah, maka timbul lambakan produk-produk ciplak di pasaran. Baru-baru ini tular di media sosial jenama produk kecantikan tempatan yang dimiliki oleh aktres jelita Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin diciplak.
Demikian tegas pelakon dan usawan terkenal Wawa Zainal susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.
“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics,” ujarnya, yang menyedari perkara ini selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna.
“Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.
“Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.
“Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,” katanya.
Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
“Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua ‘re-seller’ dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.
“Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,” katanya.
Dalam penjagaan kulit tiruan, terdapat beberapa bahan yang bersifat karsinogenik atau mempunyai risiko tinggi menyebabkan kanser. Salah satu bahannya ialah merkuri. Pendedahan kepada merkuri dalam intensiti tinggi boleh mencetuskan masalah kesihatan yang serius. Bahaya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang paling dekat dengan anda.
Bagi si pemakai, berikut adalah beberapa bahaya penjagaan kulit palsu yang harus anda elakkan:
Skincare dibeli untuk menjaga kesihatan kulit agar tetap nampak cantik. Namun, jika anda membeli penjagaan kulit palsu, bukannya menawan, sebenarnya kulit muka akan menjadi iritasi, alergik, atau bintik hitam akan muncul. Bahan-bahan berbahaya dalam penjagaan kulit palsu boleh memberi kesan buruk, terutamanya jika digunakan untuk jangka masa yang lama.
Bahaya seterusnya penjagaan kulit palsu adalah munculnya jerawat yang meradang. Secara amnya, penjagaan kulit dibeli untuk merawat jerawat. Namun, jika tidak betul, daripada semakin baik jerawat, semakin banyak jerawat muncul dan meradang. Jerawat muncul apabila kulit bertindak balas terhadap bahan aktif dalam penjagaan kulit.
Bahaya seterusnya penjagaan kulit palsu adalah mencetuskan perkembangan sel kanser. Penjagaan kulit palsu mengandungi merkuri dan arsenik yang dianggap boleh mencetuskan perkembangan sel kanser dalam kulit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam menyaksikan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan mengarahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri di atas kematian Zulfarhan.
Allahyarham dikatakan didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Dalam pada itu warg net melalui laman sosial twitter menzahirkan simpati berterusan kepada kes Zulfarhan ini yang disifatkan sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
Masing-masing memberi respon yang sangat positif kepada mangsa Zulfarhan dan keluarganya.
Tetapi ada netizen mula tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan “Membela diri”, malah, ada yang turut mempersoalkan adakah keputusan itu akan membawa kepada jatuhnya hukuman yang ditetapkan?
Bagi mengelakkan orang ramai daripada sebarang salah faham melalui laporan di Astro Awani, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.
Dipanggil Membela Diri tak bermaksud bersalah.
Harini netizen dilihat gembira meraikan satu kes. Siap kata padan muka, macam-macam lah. Ada jugak page yang dah siap tulis “Di dapati bersalah”. Agak pelik bila netizen yang pakar serba serbi tak perasan belum ada hukuman dijatuhkan. Yang ada cuma dipanggil membela diri.
Perbicaraan 2 peringkat
Untuk semua kes jenayah, perbicaraan ada 2 peringkat:
Pertama: Peringkat Prima Facie
Pendakwaan perlu membuktikan kes ke atas tertuduh. Pendakwa perlu panggil semua saksi pendakwaan yang material.
Pada peringkat ni, OKT tidak akan memberi sebarang kenyataan. OKT cuma duduk diam-diam dalam kandang tertuduh. Yang beri kenyataan semuanya saksi pendakwa. Bila saksi pendakwa, mestilah semua kenyataan tu akan menunjukkan kesalahan terletak pada OKT.
Di sini selalu netizen membentuk persepsi. Pada peringkat ni, semua yang dinyatakan adalah dari sebelah pihak sahaja.
Tugas peguam pada peringkat ini adalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada bukti yang boleh mengaitkan OKT dengan jenayah yang dituduh; sama ada dengan ketiadaan bukti, ketiadaan saksi, kenyataan saksi yang tak kuat, eh banyak la lagi nak kena teliti.
Tugas peguam juga untuk menyebut apa-apa kejadian atau bukti dari sudut OKT. Sama ada fakta kejadian menurut OKT, alibi, kewujudan saksi bebas, atau wujud pembelaan kepada kejadian. (Contoh; bunuh orang untuk tujuan bela diri).
Dihujung kes Prima Facie, mahkamah akan membuat penilaian sama ada Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes Prima Facie.
Kalau berjaya, Mahkamah akan ke Peringkat kedua.
Kedua; Peringkat Pembelaan
Pada peringkat ni, mahkamah telah menerima fakta pertuduhan. Tapi belum secara total. Round kedua ni Mahkamah dengar kenyataan dari OKT dan saksi-saksi pembelaan pula.
Pada peringkat ni OKT boleh pilih antara tiga pilihan:
1- Berdiam diri. Mahkamah akan terus jatuhkan hukuman kerana kes dah terbukti dan tidak dijawab.
2- Beri keterangan di kandang tertuduh. Ni tak kuat sebab kenyataan dia tak boleh di cabar oleh pendakwaan. Ada satu kes dulu dia cuma cakap dalam kandang tertuduh, habis dituduh semua orang. Penerimaan Mahkamah kepada kenyataan ni juga tak kuat. Ye la, kalau cakap betul, kenapa takut kena soal balas kan.
3- Kenyataan dari kandang saksi dalam keadaan bersumpah. Yang ni kuat. Tapi berpeluh la kena gasak.
OKT juga boleh panggil saksi-saksi yang menyokong kenyataan OKT
Habis kes pembelaan, mahkamah akan menilai semula kes secara keseluruhan. Dari awal balik.
Kenapa?
Kerana pada peringkat awal, walaupun lawyer ada kata hal-hal yang menyokong OKT, ada kalanya ia tak kuat. Mahkamah nak dengar dari saksi.
Bila saksi dah dipanggil, dan kenyataan tu menyokong dan membuktikan kenyataan OKT, mahkamah perlu bebaskan OKT.
Kalau tak, maknanya kes Prima Facie pendakwaan tu kekal la.
Bila kekal, baru mahkamah boleh sabitkan. Baru boleh jatuh hukum.
Malah, mahkamah boleh buat pindaan kepada pertuduhan.
Adakah pembuktian Prima Facie ni dah menang kes?
Tak juga. Tapi ia dah lebih dari 50% nak menang dah. Bergantung kepada pembelaan yang digunakan.
Dan jangan lupa, ada pula proses rayuan, yang dah kami terangkan sebelum ni.
Jadi dalam kes yang viral harini, kita baru dengar dari sebelah pihak. Sekarang kita perlu mendengar dari pihak satu lagi. Baru adil.
Alaa.. masa kau kecik-kecik dulu, bila bergaduh adik-beradik, tiba-tiba kau kena sebat sebab kau abang, mesti kau tak puas hati kan. Tak dapat bela diri tapi kena hukum, padahal adik kau yang buat hal.
Sama la konsep dia. Kena dengar dua-dua pihak. Kena nilai pula kenyataan kedua-dua pihak. Baru buat keputusan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.