Memiliki kulit bebas jerawat menjadi idaman setiap orang. Namun masalah kulit breakout atau berjerawat adakalanya tidak dapat dielak. Tekanan dan pendedahan terhadap alam sekitar yang kurang bersih juga antara faktor berlaku jerawat.

Keadaan boleh bertambah buruk jika seseorang itu tidak mengamalkan penjagaan wajah yang betul dan baik. Jerawat yang tidak dirawat sehingga ia menjadi teruk boleh membawa kepada masalah fizikal dan psikologi seperti parut kekal, keyakinan diri yang rendah dan  kemurungan.

Photo by x ) on Unsplash

MACAM MANA HENDAK HANDLE BREAKOUT?

Bayangkan kulit anda baru sahaja hendak elok tiba-tiba jadi pula masalah breakout. Tentulah rasa ‘sakit hati’. Namun perlu diingatkan punca breakout bukanlah disebabkan produk semata-mata.

Hormon, mekap, kebersihan (bantal, tilam, handphone, tangan kita sendiri), stres, makan tidak jaga. Semua perkara inilah tang boleh membuatkan kulit anda mengalami breakout. Jadi apa yang perlu kita lakukan apabila kulit mengalami breakout? Berikut dikongsikan tip seperti yang dikongsikan oleh Nursuriana

IKLAN

Amalkan Diet Penjagaan Kulit (Skincare Diet)
Ini bermaksud anda hanya tumpukan pada produk perawatan kulit wajah yang asas sahaja. Lupakan produk perawatan wajah yang lain seketika. Low pH cleanser, moisturizer, sunscreen itu penting. Mesti. Wajib. Jika tidak kulit akan rosak. Boleh guna Dermova Gel Moisturizer, 3W Clinic Sunscreen. Hendak tambah Magic Potion Ampoule pun boleh sebab ia dapat mengecutkan jerawat dengan cepat.

Photo by The Creative Exchange on Unsplash

Fokus Pada Produk Perawatan Wajah Yang Asas Sahaja
Jika hendak tambah produk baru dalam rejim penjagaan kulit wajah, tunggu sekurang-kurangnya a2-4 minggu dan pilih produk yang dapat ‘tenang’kan jerawat contohnya; tea tree, aloe vera, witch hazel, honey dan centella.

Photo by Vya Naturals on Unsplash

PAKAI CLAY MASK
Untuk kulit berminyak, boleh pakai clay mask untuk membersihkan pori-pori kulit wajah. Contohnya, Coco Blush. Ini esuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

IKLAN
Photo by Polina Kovaleva by Pexels

KURANGKAN BERMEKAP
Seboleh-bolehnya, kurangkan pakai mekap semasa kulit sedang mengalami breakout. Jika anda benar-benar ingin bermekap, pastikan membersihkannya sehingga betul-betul bersih agar kulit dapat ‘bernafas’ dengan baik.

Photo by Raphael Lovaski on Unsplash

ELAK MAKANAN, MINUMAN BERGULA & PRODUK TENUSU
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. Produk tenusu pun perlu dikurangkan pengambilannya.

Photo by sheri silver on Unsplash

JANGAN STRES
Semakin anda stres, semakin banyak jerawat yang akan tumbuh. Ya siapa yang tidak sedih bila wajah ditumbuhi jerawat! Namun harus diingatkan bahawa apabila anda stres, ianya langsung tidak membantu malah menyebabkan masalah breakout yang anda alami menjadi semakin serius.

IKLAN
Photo by Anthony Tran on Unsplash

Maka apa yang boleh anda lakukan ialah tenangkan diri. Tidak dapat dinafikan masalah breakout memang akan membuatkan anda sedih namun percayalah jika anda sabar merawat masalah breakout yang anda alami, In Shaa Allah ia akan dapat di atasi.

HIJABISTA: Memilih produk yang betul dan sesuai dengan jenis kulit anda adalah penting kerana kulit perlu dibersihkan setiap hari supaya bebas kotoran, minyak berlebihan dan bakteria yang berpotensi untuk menyumbatkan liang pori dan menyebabkan jerawat.

Sumber kredit: Nursuriana