Selain penjagaan wajah, rambut juga anggota tubuh kita yang perlukan perhatian. Walaupun berhijab, tidak semestinya kita mengabaikan penjagaannya. Malah jika tidak dijaga dengan sempurna, rambut akan berbau hapak, tidak bermaya, kurang seri dan ada juga mengalami masalah rambut gugur yang teruk.
Seperti perkongsian gadis ini, yang mencadangkan produk bersesuaian digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang hampir nak botak disebabkan keguguran.
Sekadar satu posting pendek di laman twitter menggunakan akaun nama @qheese tetapi telah mendapat 16K retweet dan 23K butang komen.
Malah perkongsiannya ini juga mendapat respon pengguna lain di laman sosial apabila ada yang turut mencadangkan produk bersesuaian untuk mengatasi rambut gugur.
Cuba produk ini untuk atasi masalah rambut gugur.
Ads
Rambut kurang gugur setelah memakainya.
Kongsi sebab mampu menyelesaikan masalah rambut gugur dialami sebelum ini.
Ads
Boleh juga dipakai untuk kaum lelaki.
Buat dua kali sehari & beli di drugstore.
Ads
Pengguna lain yang turut berkongsi produk digunakan mengatasi masalah rambut gugur.
Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) pada semua 6 daerah yakni Hulu Langat, Klang, Petaling, Kuala Langat, Gombak dan Sepang bermula Khamis, 6 Mei 2021 sehingga Isnin, 17 Mei 2021.
Namun ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa. Manakala ziarah hari raya di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan dari 1 hingga 3 Syawal, terhad 20 orang (PKPB) dan 25 orang (PKPP) pada satu-satu masa.
Kerajaan menggalakkan Tuan rumah menyediakan pengimbas suhu badan, kod QR MySejahtera atau buku pendaftaran kehadiran tetamu. Walaupun aplikasi Mysejahtera telah lama wujud, tetapi masih ada yang keliru untuk membuat kod QR.
Ekoran daripada pandemik Covid-19 ketika ini, penggunaan aplikasi MySejahtera dapat memudahkan pengesanan kontak rapat di premis-premis seluruh negara. Bagi yang belum tahu, MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak Covid-19 di Malaysia.
Menyahut suruhan kerajaan ada baiknya anda membuat QR Code bagi memudahkan anda mengesan pengunjung yang datang meskipun dari golongan keluarga. Jom ikuti cara membina QR code.
Sebelum ini model Muslimah antarabangsa, Amena Khan mengambil keputusan menarik diri dari menyertai kempen satu produk popular gara-gara tweet yang pernah dibuatnya beberapa tahun lalu. Dan terbaru penyanyi berhijab kacukan Perancis Syria, Mennel Ibtissem pula menarik diri dari rancangan realiti The Voice.
Mennel, 22 tahun dikatakan tidak tahan dengan cemuhan netizen selepas satu statusnya di twitter dua tahun dikaitkan seolah-olah dia menyokong keganasan.
Netizen mula memberi pelbagai reaksi terhadap status Mennel itu berkaitan dengan serangan keganasan di Nice pada 14 Januari 2016 yang mengakibatkan 86 orang maut dan ratusan tercedera.
“Perkara itu bagus kerana menjadi rutin, seminggu satu serangan! Dan sentiasa kekal setia ‘keganasan’ merupakan identiti dia. Apabila kamu merancang tindakan kotor, kamu pasti tidak akan lupa identiti kamu,” tulis Mennel di laman media sosial pada hari tersebut.
Peserta berhijab pertama yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu mengumumkan penarikan dirinya dari The Voice menerusi media sosialnya di Facebook.
Walaupun niatnya memasuki rancangan realiti itu hanyalah untuk menyatukan orang ramai dan membuka minda. Bukan bertujuan memecah belahkan atau menjadikan mereka insan yang jumud.
Menurutnya sebagai penyany dia percaya dengan nilai kemanusian dan kebaikan manusia. Mennel percaya juga masa depan harus dibina dengan cinta, keamanan dan toleransi.
Beliau yang tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa, malah mesej dan tujuannya telah disalah anggap sehingga menyakitkan dirinya dengan begitu dahsyat.
Walaupun telah menarik diri, Mennel tetap akan membina karier muzik yang diminatnya biarpun dirinya berhijab. Dia akan terus manfaatkan peluang yang ada untuk terus menyebarkan mesej dan niat sebenarnya.
Terdapat banyak tutorial kontur yang gila di luar sana, jangan risau. Anda masih boleh mendapatkan rupa hidung yang terpahat dengan lebih semula jadi.
Salah satu ciri yang paling sukar untuk diperbaiki? Hidung. Pergi terlalu jauh, dengan buat pembedahan boleh kelihatan seperti anda cuba membentuk hidung anda, yang pada asasnya bertentangan dengan apa yang anda mahukan. Untuk membantu anda mengelak daripada menyertai barisan korban kontur atau membuang duit untuk pembedahan yang tidak selamat, jom ikuti langkah mudah dan video tutorial.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Jurusolek sebenarnya menasihatkan agar tidak melakukan kontur dengan bronzer, kerana bronzer sering dirumus dengan warna yang lebih hangat, yang mungkin tidak kelihatan seperti bayang-bayang semula jadi pada semua warna kulit. Sebaliknya, mereka mengesyorkan mencari pembayang mata dengan warna yang lebih neutral, kelabu dengan kelihatan lebih seperti bayang semula jadi daripada bronzer.
Daripada melukis garisan pada kedua-dua belah hidung, juru solek selalu mengesyorkan melukis satu siri titik. Sebaik sahaja anda mempunyai beberapa titik berbaris secara menegak pada kedua-dua belah hidung, sapukan titik tersebut bersama-sama menegak, yang cenderung untuk menghasilkan bayangan yang lebih semula jadi daripada garisan keras. Pastikan anda melakukan langkah ini pada kedua-dua belah batang hidung anda.
Untuk menjadikan hujung kelihatan lebih terpahat, anda boleh tambahkan sedikit kontur pada hujung hidung. Fikirkan kontur sebagai bayang-bayang, bukan sebagai warna atau sebagai bronzer. Anda sepatutnya tidak dapat melihat garisan atau sebarang jenis kemerahan.
Jika rupa bayang semula jadi agak terlalu halus, anda disyorkan menjejaki semula garisan yang anda buat dalam langkah satu, dua dan tiga dengan kontur serbuk. Ingat sapukan sedikit demi sedikit. Lebih mudah untuk menggunakan lebih banyak kontur daripada memadam lebihan produk.
Kedua- duanya mempunya perbezaan yang boleh jadi garis panduan anda untuk membentuk hidung tanpa perlu membuat sebarang pembedahan. Selamat dan mudah, selamat mencuba!
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.