Kebelakangan ini sejak kita diwajibkan untuk memakai pelitup muka, ramai yang mengeluh apabila terpaksa mengalami masalah jerawat. Keadaan jadi lebih teruk bila seseorang itu perlu memakai pelitup muka sepanjang hari.

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, masalah maskne semakin serius. Jika tidak dirawat, ia boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal.

Namun apa yang pasti maskne perlu dirawat dan tidak boleh sembuh sendiri. Penting untuk memilih rawatan dan produk yang sesuai agar masalah maskne dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Berikut perkongsian Facebook ZinniRah ZuLaikha

Bacalah kalau rajin. Aku tengah rajin nak share ilmu skincare yg tak seberapa. Kalau tanya nih, rasanya ramai yang hadap benda nih especially kaum perempuan; jerawat kat kawasan pemakaian pelitup muka. Aku pun tak terkecuali!

Lepas isu nih timbul, barulah beberapa “nasihat” dikeluarkan oleh beauty influencer, penasihat dan penjual skincare. Dermatologist ade ke takde. Lupa nak ambik tahu. Yang penting semua duk listkan step-step nak prevent dan combat jerawat musim covid 19 nih.

Okay, nih pengalaman aku sendiri. Sumpah, aku tak ikut mana-mana nasihat yang aku sebut kat atas. Sebab masa aku kena jerawat nih, aku tak ambik tahu pun pasal ade ke tak orang cakap pasal isu nih, pasal aku sendiri sibuk masa tuh.

IKLAN

Dengan jerawat besar-besar, ada yang sampai bernanah. Aku tak ambik gambar sebab aku dah mention aku sibuk masa tuh. Stress dan sibuk. Ya, stress and sibuk yang pernah tengok story aku tahu kot sebab aku pernah update situ.

APA TIP YG AKU BUAT?
80% sama macam tip yang @helloorganicusa nih bagi. Aku buat semua kecuali guna sulfur, skip make up (aku still pakai bedak nipis kalau keluar) dan guna retinoid. Percaya tak percaya terpulang.

Aku:
Apply BHA (salicylic acid)
Apply benzoyl peroxide
Apply soothing product
Minimizekan pegang2 muka
Pakai mask biru yg org duk kata 3 layer tuh
Never skip sunscreen
Pendekkan skincare rutin

IKLAN

Lama aku struggle nak treat benda dan prevent jerawat nih. Kau bayangkan, start dari kerajaan umumkan PKP sampai kita boleh keluar buat aktiviti harian mcm sekarang nih. Alhamdulillah, berhasil.

Satu benda jugak nak pesan, jangan overthinking pasal maskne nih. Aku treat dalam keadaan aku tak kisah dia nak pergi dan datang balik ke, suka hati dia la. Yang penting, usaha dulu, okay?

Credit to: @helloorganicusa

 

IKLAN

 

 

Permulaan kepada terjadinya maskne. Dia dah start timbul sikit-sikit masa nih.

 

Dah pakai BHA & benzoyl peroxide, tinggal parut. Aku pulun guna soothing product.

 

So, my current skin! Alhamdulillah.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang mengalami masalah maskne.

Sumber kredit: Facebook ZinniRah ZuLaikha

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI