
Bila ada parut di wajah dan badan pasti kita akan rasa stress kan kerana sudah tidak licin seperti dahulu. Kini hijabi jangan risau. Apa kata ikut cara yang dikongsikan oleh @nuriyliamalek di Twitter ini bagi menghilangkan parut.
Jangan ingat letak hari ini terus hilang esok tau!


Ingat hijabi, kalau nak cantik kena konsisten dan sabar tau! Barulah kita boleh dapat lihat hasilnya. Selamat mencuba!
kredit: twitter @nuriyliamalek
Rupanya Banyak Manfaat Berkumur Dengan Air Garam! Nombor 3 Paling Ramai Yang Pernah Cuba!

Tidak semua produk yang dijual di pasaran itu memberi kesan yang baik kepada kita. Kadang-kala, bahan semula jadi memberi kesna yang lebih baik daripada produk yang mengandungi banyak bahan kimia.

Garam bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia juga boleh digunakan dalam aspek kesihatan dan kecantikan. Tak percaya? Jom baca!

1.Meredakan radang tekak
Kumur dengan air garam boleh menyembuhkan radang tekak secara semulajadi. Selain itu, kumur dengan air garam hanya bisa mengatasi gejala radang ringan seperti rasa gatal di tekak.Tetapi, jika tekak anda dalam situasi yang krinok, anda haruslah mengambil ubat-batan yang disyorkan oleh doktor.
2. Merawat masalah sinus dan pernafasan
Mengumur dengan air garam membantu mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dan dapat merawat masalah sinus. jangkitan boleh disebabkan oleh selsema. Apabila kumur dengan air garam, ia dapat mengurangkan masalah di atas.
3. Mengurankan masalah ‘ulcer’
Menyakitkan tapi berkesan! ‘Ulcer’ yang berlaku disebabkan luka yang tumbuh dalam bahagian mulut seperti lidah, gusi dan lelangit. Apabila kita rajin berkumur dengan air garam, ia boleh menghilangkan rasa sakit dan luka ‘ulcer’.
4. Menjaga kesihatan gigi dan gusi
Berkumur dengan air garam dapat mengeluarkan bakteri yang ada di celah-celah gusi atau gigi. Manfaat berkumur dengan air garam ternyata bisa mencegah radang gusi, menghilangkan masalah plak dan gigi berlubang dan ia mampu menurunkan jumlah bakteria yang berbahaya di dalam air liur.
5. Mengurangkan masalah elergi
Alergi yang datang daripada haiwan mahupun makanan menjadikan tubuh badan kurang rasa selesa. Untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu, anda boleh berkumur dengan air garam yang mampu untuk meringakan maslaah elergi tersebut.
Hijabi Ini Kongsikan Produk Yang Mujarab Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut Yang Kronik

Apabila kita mengalami keguguran rambut yang kronik, pasti timbul rasa stress dalam diri. Iyelah, setiap daripada kita mestilah mengimpikan rambut yang lebat, sihat dan beralun kan? Sedih rasanya apabila mengalami masalah ini pada usia yang masih muda.
Bagi merawat masalah ini, Nur Alina Muhammad Abduh telah berkongsikan caranya mendapatkan semula rambut yang lebat dan sihat di Facebook. Ayuh kita ikuti tips yang diberikan!
Pernah ditegur pekerja di salon kerana masalah rambut yang sangat teruk.
1st, sebelum plan mau cuci rambut, pakai hair oil dulu. Any brand doesn’t matter. Yang penting fungsinya sbg minyak rambut. Jangan pegi bantai pomed laki kau pulak. Pakai dalam amaum yang banyak. Banyak sampai kau rasa geli mau pegang rambut sendiri. Biarkan dlm 20 ke 30 minit mcm tu. So, klu plan mau cuci rambut, jangan kau p buat time mau pegi kerja. Confirm merah lah punch card kau nnt.
Kakak pakai 3 brand seperti yang dlm gambar. Tukar2 ikut mood. Tapi yg paling best argan oil tu. Serius best. Kesan on the spot. Tp memandangkan kakak ni cuma golongan B40, kakak x mampu mau beli argan oil ni selalu. Mahal oi. Satu botol rm60. Dah lah botol pun secoet jak. So, kakak sedar diri, kakak pakai brand himalaya tu. Harga klu x silap dalam rm20 mcm tu. Minyak zaitun syurah tu, kakak bantai anak buah punya. Dia xtau. Jgn risau.
Apa tujuan minyak rambut ni? Untuk melembapkan kulit kepala uolsss. Rambut gugur ni sebab kulit kepala kering. So, kulit kepala perlukan minyak untuk sentiasa lembap walaupun kepala kita ni naturally mmg berminyak. Tp xbanyak. So, perlu ada tambahan.
Faham? Klu faham, kita pegi next step. Klu x faham, kau baca lah sampai faham
2nd, lepas minyak rambut, mesti lah pakai shampoo. Shampoo rambut sehingga kau rasa rambut sudah tidak berminyak lg. cuci bersih2 mcm kau basuh punggung lepas berak.
Kalau yakin rambut dah x berminyak, then stop.
Kakak guna dua brand shampoo di atas. Tukar-tukar maksudnya. Klu rasa mau pakai loreal, kakak pakai. Klu rasa bosan dgn bau loreal, kakak pakai safi Shayla. Kau pun terpulang lah. Mau pakai syampoo apa pun terpulang. Kalua ada brand syampoo yang kau sdh biasa, teruskan. Tiada hal. Cuma kakak nasihatkan, klu memang kau mau merawat rambut gugur, pakai lah shampoo yang hair fall. Kau faham kan kenapa? Kakak rasa kau sekolah jugak, jadi kau mesti faham maksud kakak.
Pakai apa-apa jenis conditioner x kesah. Kakak selalu pakai yang sama dengan brand and jenis shampoo. Tp kadang-kadang kakak pakai conditioner yang berbeza dgn shampoo. Contoh gambar diatas, shampoo safi tu kakak pakai yg hair fall, tp conditioner kakak pakai yang untuk rambut terurus.tiada masalah. Ikut suka mu lah. Tapi 1 kakak mau cakap, please lah jgn selalu beli shampoo yang ada conditioner sekali. No guys. A big no. beli and pakai yang berasingan.
Ini tonic yang paling best kakak pernah guna. Harga dalam rm40 mcm tu and botol dia besar. Puas hati.
5TH, serum rambut. Macam muka juga yang perlu kan serum. Rambut pun perlu guys. Sebagai pelembap kepada rambut. Tapi serum ni jangan pakai sampai ke kulit kepala. Just pakai di rambut sahaja. Faham kan? Ambik serum dan ratakan di tapak tangan. Then picit2kan di hujung2 rambut. Siapa yang biasa cuci rambut dekat saloon, shampoo girl tu akan buat part ni paling last sebelum dia suruh kau ke kaunter untuk bayar. Hahahah. Tujuannya untuk mengelak rambut tu kering. Kakak pakai jenama Watson ni and agak berminyak tp sesuai untuk kakak sbb rambut kakak super duper kering klu x pakai serum. Kau boleh cari serum lain kalau x suka pakai yang berminyak. Berlambak serum ada di pasaran.
Last, part paling x penting tapi berguna untuk yang bertudung. Hair mist. Macam body mist jugak. Tujuan untuk mewangikan rambut. Tiada tujuan lain. Kalau sdh sehari kau bertudung, xlah jugak bau kepam rambut tu klu pakai hair mist ni. Tp kakak x pakai hari2. Kalua rajin jak baru pakai. Sebab kadang terlupa pakai. Hehe.
Hair mist brand safi ni jak yang kakak pernah jumpa. And wangi gilerrrrrrrr. Brand lain kakak x pernah jumpa lagi. Kalau ada brand lain, bagtau kakak ya. Mau jugak try.
Sejak amalkan rutin ni, alhamdulillah rambut kakak semakin kurang gugurnya. Bukan lah x gugur langsung. Sbb rambut gugur tu normal. Cuma yang jd x normal bila amaunnya banyak. Kalau dulu, kakak sapu pakai jari jak rambut, confirm 20 ke 30 helai akan gugur. Sekarang ni dalam lingkungan 2 ke 5 helai. That’s why kakak yakin untuk berkongsi.
So gud luck guys. Sapa2 yang try and hasil memberansangkan kan, PM kakak ya. bye
kredit: facebook Nur Alina Muhammad Abduh
Ini Beberapa Sebab Pentingnya ‘PRIMER’ Untuk Make Up Yang Cantik Dan Tahan Lebih Lama!

Solekan yang cantik dan mulus adalah idaman untuk setiap para gadis dan wanita. Untuk mendapatkan ketahap itu, teknik solekan haruslah dilakukan dengan sempurna.
Namun, bertapa hebat dan terperinci pun solekan itu dibuat jika tidak mempunyai lapisan ‘asas’ yang kena pada kulit, solekan akan tampak lebih bercapuk!
Artikel berkaitan: Kulit Bak Porselin, Make Up flawless Dengan 12 Primer Cadangan Dan Ini Cara Terbaik Pilih Primer.
Ini 5 Kepentingan Anda Perlu Guna Primer Sebelum Make Up!

Primer menjadi salah satu produk yang cukup penting untuk mendapatkan solekan asas yang sempurna. Menurut The Health Site, ada terdapat beberapa sebab kenapa perlu gunakan primer sebelum mulakan solekan.
1. Kurangkan kesan sampingan Jerawat

Untuk mengelakkan kulit anda terdedah dengan kotoran dan pori tersumbat, gunakan primer sebagai pelindung. Ini kerana make up yang tebal boleh menyebabkan kerosakan kepada kulit dan merangsang pertumbuhan jerawat.
2. Efek kulit tampak lebih halus

Menggunakan produk ini boleh membuatkan kulit terlihat lebih mulus dan licin. Tekstur kulit wajah yang agak ‘berlekuk’ juga boleh di sorok menggunakan primer.
3. Solekan tahan lebih lama

Bagi anda yang inginkan solekan lebih lama, primer merupakan rakan baik untuk anda. Produk ini boleh mengekalkan solekan anda walaupun bekerja atau pergi kemana-mana pesta.
Artikel berkaitan: Rupanya Produk Primer Boleh Buat Rambut Jadi Lurus! Ini 5 Kebaikannya Pada Bahagian Tubuh Badan Anda!
4. Tampak lebih glowing

Menggunakan hanya foundation akan membuat kulit anda lebih kusam. Adanya primer boleh berikan sedikit efek glowing pada muka anda!
5. Menghalang Kulit Berminyak

Kulit berminyak menjadi punca utama solekan anda tidak tahan begitu lama. Jadi adanya primer ia boleh bantu untuk tahan solekan di muka dengan lebih lama kerana efek mattifying.
Sumber: The Health Site
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.