Menjaga si kecil boleh menjadi tugas yang sangat sukar buat si bapa. Meskipun kecil namun jangan dipandang sebelah mata ya! Pelbagai aksi yang tidak diduga kebiasaannya akan terjadi pada ketika ini.
Begitulah cabaran yang dirasakan oleh pelakon dan usahawan terkenal yang juga merupakan naib juara Pencarian Hero Remaja edisi 2007/2008 apabila seharian menjaga anak kesayangannya, Wan Maryam bermain di taman permainan.
Mampu tak Fizo jaga Cik Yam yang aktif nak bermain ni? Tak sangka cemas juga Fizo dibuatnya. Mari saksikan video yang dikongsikan oleh Fizo di akaun YouTubenya ini. Lucu sangat okay!
Sampai tercungap-cungap Fizo nak mengejar Cik Yam yang syok memanjat ini. Terhiburlah sis menyaksikan telatah anak dan ayah ini. Bila tengok mereka, terus rasa terharu bila teringat pengorbanan seorang bapa dalam menjaga dan membesarkan anaknya. Aww i love you dad!
Kalau beberapa hari lepas pengasas Tudung Ruffle Hanis Arif sudi berkongsi wajah puteri sulungnya di media sosial. Dan hari ini instafamous yang juga influencer popular, Syafiqah Aina pula berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama. Dan pastinya itulah berita paling ditunggu-tunggu pasangan ini yang sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga di penghujung tahun 2018.
Dia yang kini mempunyai follower hampir sejuta berkata untuk tahun 2018 ini Allah telah memberi banyak sangat kepada dirinya dan mengharapkan semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang.
Syafiqah Aina yang juga founder jenama produk NSA BEAUTY menulis dalam posting terbarunya dan berita gembira itu juga diterima baik oleh netizen.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada dirinya dan berharap dapat menjaga kandungan yang sudah memasuki second trimester ini sebaik mungkin.
Dia juga turut memberitahu betapa besarnya kuasa doa. Sebelum dirinya disahkan hamil, Syafiqah banyak berdoa dan ternyata Allah mendengar dan makbulkannya.
Justeru itu dia turut berpesan kepada followernya supaya mengambil kesempatan untuk berdoa pada masa yang mustajab dan jangan sesekali memandang rendah kepada kuasa doa.
Selain itu Syafiqah Aina turut memohon netizen mendoakan agar Alah permudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan melindungi serta memelihara dirinya dan baby dalam kandungan.
Sebelum itu ada yang bertanya tetapi ketika itu dia belum bersedia untuk memberitahu kepada orang lain. Malah ketika mahu mengumumkannya secara rasmi di media sosial juga dia agak berdebar mungkin disebabkab rezeki pertama menjadikan drinya terlalu overprotective.
Alhamdulillah, banyak sangat Allah bagi tahun 2018 ni. Semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang
Mungkin ramai yang tanya sebelum ni but I’m not ready yet to tell everyone. Ni nak bagitahu orang pun tak tahu kenapa hati berdebar debar. Maybe sbb ni rezeki pertama, jadi terlalu overprotective. Risau ada, takut ada. Alhamdulillah, I’m in my 2nd trimester
Semoga yang baik baik kalian doakan, semoga Allah permudahkan jalan, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, semoga Allah sentiasa lindungi & pelihara Aina dan baby dan semoga Allah jauhkan dari yang bukan bukan.
&& Semoga doa baik kalian dibalas dengan beribu ribu kebaikan
Aina percaya sangat doa orang lain juga yang bawa banyak rezeki pada Aina & Hafiz. And always be clear, transparent and specific in every duas you make (cara doa yg lebih specific ni Aina ubah sebulan before pregnant dan Alhamdulillah Allah dengar & makbulkan). Ambil la kesempatan doa time mustajab untuk berdoa. And never ever underestimate the power of duas.
*Ignore baby cot belakang tu, pinjam orang punya sbb ada kerja haritu
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pastinya menjadi antara individu paling terkenal di Malaysia pada saat ini disebabkan peranannya dalam membendung penularan wabak covid-19 di negara kita.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah mendapat sanjungan daripada dunia apabila diiktiraf sebagai tiga doktor terulung di peringkat global. Jadi, tidak hairanlah jika ramai yang menjadikannya sebagai idola dalam hidup mereka.
Tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak perempuan, Lara Khadijah McAfee yang berusia sembilan tahun mengirimkan surat kepada Datuk Dr Noor Hisham serta gelang yang dibuat sendiri olehnya sebagai tanda persahabatan.
Adik saya telah menulis surat buat Dr. Hisham dan telah menghantarnya ke pejabat beliau. Hari ini saya telah mendapat mesej di WhatsApp dengan gambar surat rasmi yang telah dibalas oleh Dr. Hisham kepada adik saya. Beliau sangat merendah diri dan saya sangat menghormatinya dengan apa yang telah dilakukannya buat negara.
Sejak kes perceraiannya dengan bekas suami selesai, rezeki Intan Liana Salleh semakin melimpah ruah. Malah wanita yang juga ibu kepada dua anak ini juga turut menjadi popular dalam sekelip mata. Ramai yang menaruh simpati padanya setelah diceraikan oleh suaminya disebabkan kehadiran orang ketiga. Selain disunting menjadi model Muslimah bagi jenama tudung AliffbySha, baru-baru ini Intan juga turut dijemput sebagai tetamu di rancangan Meletop. Namun kehadiran Intan mendapat kecaman kerana ramai mempersoalkan kehadirannya di set berkenaan.
Ternyata Intan tidak melatah dengan situasi itu sebaliknya dia menjelaskan sebelum ini dia sebenarnya menolak untuk ajakan berkenaan. Tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pelawaan team Meletop.
Mengambil kesempatan muat turut status di laman instagramnya, Intan dengan rasa rendah diri memohon maaf jika ada yang tidak senang dengan kehadirannya itu.
Malah dia juga sedar dirinya bukan sesiapa, hanya seorang insan biasa yang mahu mencari rezeki dan peluang yang datang tidak akan ditolak sementelah perlu menyara kehidupan di samping dua anak yang masih kecil.
Intan juga turut berterima kasih kepada netizen yang terus mendoakan dan sentiasa menyokong pembabitannya dalam aktiviti yang dilakukannya sekarang. Dia turut mendoakan netizen bahagia dengan kehidupan masing-masing. Menurut Intan juga niatnya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
Posting ini mendapat reaksi positif dari followernya. Masing-masing memberitahu bahawa rezeki Allah itu terbuka luas untuk hamba-Nya. Masing-masing menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
@shilslovelystoreRezeki Allah terbuka luas utk awk intan..Alhamdulillah
@syaya.houseshopRezeki kita xpernah tahu. Tapi yg pasti setiap yg berlaku ada hikmah nya. Be strong intan. Awak kuat!!!
@mayatimanRezeki Allah tak pernah salah, sudah termaktub ianya milik awak intan ?. u deserved to be there. stay positive and keep strong ya!
@athiraajohari__@__iiiintan.saleh : rupa paras secantik tingkah lakunya. Be strong kak intan. Kak lawa sgt. Semoga kak terus kuat dan kuat menjalani hari2 mendatang. Insyallah rezeki akak lepas ni Allah perluaskan lagi. Semoga rezeki kak intan melimpah ruah. Dan semoga urusan kak sentiasa dipermudahkan
@hudaasein Stay positive bonda pintu rezeki terbuka tu.. Semoga dipermudah urusan bonda n anak anak
@sitiarfah85Stay humble and be strong bonda intan…
@psychoo_psychicOrang yg baik dan ternianya pasti rezeki dtg tanpa diduga.. always happy n strong ya kak.. Allah tahu isi hati Akak..
Tidak dinafikan sejak terbabit dalam bidang modeling, penampilan Intan juga sudah semakin cantik dan bijak bergaya. Jom kita lihat #OOTD Intan Liana setelah bangun dari kekecewaan.