Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudung lah untuk bulan Ramadhan tahun ni.. first time nk mencoba ni.. 😋 Besok pun dah nak masuk bulan Ramadhan.. dah nak puasa dah kiteee 😍 selamat menunaikan ibadah puasa semua! Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa2 and kedai baju yang stylo2 untuk hijabista gituww 🤩 Support sikittt! Comment “You can do it Mekwa!” 💕
Ads
Selain para peminatnya, ramai rakan artis yang turut menyatakan sokongan buat isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf ini. Alhamdulillah, moga niat Mawar ini dipermudahkan. Memang comel sangat bila Mawar berhijab!
Ads
Go Mawar Go!
You Can Do This!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
T-shirt kegemaran dan sering di ‘lenjan’ ketika keluar, bahagian kolar lari bentuk hingga kembang semangkuk? Nak di buang sayang, sebab bahagian lain elok lagi!
Tambah lagi baju itulah terpaling selesa sekali untuk digayakan ketika ootd. Para hijabis mesti pernah ada pengalaman macam ni kan?
Jangan dibuang baju tu sis! Di sini Hijabista kongsikan bagaimana caranya anda boleh baiki kolar baju tu semula. Meski tak sesempurna seperti baru di beli di kedai, tapi boleh lah di selamatkan lagi.
Tip ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tik Tok menerusi akaun @Syafiq.art
Mesti anda tak sabar nak tau apa dia dua bahan ‘ajaib’ tu kan? Jangan risau tak perlukan kos pun sis! Guna je bahan-bahan yang ada di rumah anda.
1. Seperiuk Air Panas Menggelegak
2. Gelang Getah
Dah sediakan dua bahan tersebut, pastikan anda ikuti langkah-langkah di bawah ini. Awas! Jangan derhaka dan tertinggal satu langgkah pun kalau tak nak tip yang diberikan ini gagal.
Hijabi hanya perlu ikuti lima langkah mudah yang disenaraikan ini, agar mendapat kesan yang paling efektif untuk mengembalikan semula kolar baju ke bentuk yang asal.
Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.
Langkah 2
Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.
Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di atas.
Langkah 3
Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu, sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.
Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.
Langkah 4
Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!
Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.
Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.
Dah tahu cara dan tip penjagaan agar kolar baju tak kembang kan? Selamat mencuba!
Kisah selebriti terkenal, Neelofa,31, dirisik oleh Hariz Ismail atau lebih mesra dipanggil PU Riz,25, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia khususnya para peminat industri seni tanah air.
Ramai yang gembira dan bersyukur kerana artis kesayangan mereka itu telah bertemu dengan jodoh yang baik akhlaknya.
Meluahkan rasa terharunya, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah menulis sedikit coretan khas buat anaknya itu di laman Instagram.
Luahnya, Neelofa yang sering dipanggil ‘Love’ itu tetap kelihatan seperti seorang anak kecil di matanya yang membuatkannya tidak menjemu untuk membelainya dengan penuh kasih sayang.
Wahai anakku.. Ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan yg sesuatu luarbiasa.. perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletahmu membuat aku sentiasa rindu padamu.. wahai anakku.. Kau tetap anak kecil di mataku yang tak jemu aku membelai dan menciummu.. kaulah cinta hatiku @neelofa ❤️
Ibu mana yang tak gembira bila anaknya bertemu jodohkan? Difahamkan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Pastinya ramai yang tak sabar menantikan detik bahagia mereka ini. Sama-samalh kita doakan agar urusan mereka ini dipermudahkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jodoh itu sangat misteri aturannya. Larilah ke mana pun, kalau sudah jodoh,pasti akan bertemu juga. Pasti ada di antara kita yang berkata tak mahu kahwin dengan orang ‘sekian sekian’, tapi biasanya yang kita tak mahu itulah yang kita dapatkan?
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.