Satu klip video tular disyaki menghina agama Islam yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.
Seorang wanita berbaju kurung dan berhijab di atas pentas berkata;
“Hello dan assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”
Ads
Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.
MENGHINA DIRI SENDIRI
Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu dan Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.
Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.
Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.
Ads
Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.
SIFAT MALU ITU FITRAH KEPADA SEORANG WANITA
Dalam ilmu akhlak terdapat satu sifat yang menjadi teras kepada ajaran Islam iaitu sifat malu atau bahasa Arab disebut ‘al-haya’. Sifat malu mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela.
Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim)
Jelaslah implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhkan iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Apatah lagi, dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT.
Sifat malu ini adalah sebahagian daripada fitrah seorang wanita yang mendorong mereka untuk memelihara kehormatan dirinya dan batas pergaulan apabila berhadapan khalayak masyarakat. Sifat itu juga membantu mereka menghindarkan diri daripada perkara negatif.
Apabila sifat malu itu hilang maka berlakulah perkara-perkara terkutuk yang tentunya menyalahi hukum agama Islam. Moga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Maksudnya: “Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43)
Rasulullah SAW adalah insan yang paing mulia dipilih Allah, tidak seperti manusia lain. Rasulullah SAW mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Allah SWT menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan panduan untuk semua umat.
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab, 33: 21)
Perlu diingat dan difahami bahawa Rasulullah SAW dalam pemeliharaan Allah SWT.
Benarlah firman Allah SWT:
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ
Maksudnya: Dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. (Surah al-Maidah, 5: 67)
Imam Ibn Katsir berkata: Ayat ini bermaksud: “Sampaikanlah (wahai Muhammad) akan risalah-Ku (yakni Allah), sedangkan Aku-lah Penjaga-mu, Penolong-mu, Pendokong-mu menentang musuh-musuh kamu, yang akan mengangkatmu mengatasi musuh-musuh kamu, maka janganlah engkau takut dan jangan engkau bersedih, tidak akan selamanya sampai walau seorang pun daripada musuh-musuh kamu yang boleh mencederakan kamu.” Al-Maraghi berkata: “Yakni melindungimu daripada kejahatan manusia.”
Sejarah penghinaan dengan pelbagai cara sentiasa berlanjutan terhadap Baginda SAW. Ini bermula sejak zaman Baginda SAW mula menyebarkan dakwah Islam lagi. Cukuplah ibrah dan sabab nuzul dalam Surah al-Lahab dan Surah al-Kautsar menjadi bukti secara jelas bahawa yang melindungi Rasulullah SAW ialah Allah SWT sendiri.
Mutakhir ini siri serangan kepada Rasulullah SAW mula berkembang melalui medium baru dan sudah pasti tidak menyenangkan hati umat Islam. Alangkah malangnya nasib umat Islam, suatu masa dahulu, tatkala diperkotak-katikkan dan diinjak-injak maruahnya, tidak semena-mena timbul perkara yang menyedihkan di mana sebuah filem yang bertajuk: “Innocence of Muslim” telah ditayangkan media dan mendatangkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Mesir pada minggu ini.
Ada pendapat ulama Mesir menegaskan bahawa penghinaan kepada batang tubuh Nabi SAW bermakna melanggar lampu merah dan tidak dibolehkan sama sekali. Bahkan ada antara ulama yang berpendapat jika penghinaan itu berkaitan batang tubuh Nabi SAW, seseorang itu boleh terus diambil tindakan tanpa perlu dibawa ke mahkamah.
Justeru, umat Islam sewajarnya bersatu, bangkit mempertahankan Rasulullah SAW dengan menghantar surat bantahan atau apa juga yang difikirkan sesuai oleh ulama dan pemerintah dengan senada.
Terdapat banyak dalil pengharaman perbutan menghina dan mencerca Rasulullah SAW. Kami membahagikan dalil-dalilnya kepada dua:
Maksudnya: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah al-Taubah, 9:61)
Imam Abu Ja’far al-Tabari berkata: “Bagi orang-orang munafik yang memalukan Rasulullah SAW yang dengan perkataan mereka: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”, dan perumpamaan-perumpamaan mereka untuk mendustai Baginda, dan mereka yang berkata dengan mulut yang celupar dan batil, bagi mereka ini azab yang memedihkan daripada Allah di dalam neraka Jahanam.”
Syeikh al-Maraghi berkata dalam tafsirnya: “Menyakiti Rasulullah SAW selepas kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti Baginda. Ini adalah dosa dan kederhakaan yang paling besar.”
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Surah al-Ahzab, 33:57)
Imam Ibn Katsir menyebut dalam tafsir: “Allah menjauhkan mereka daripada Rahmat-Nya di dunia dan di akhirat dan menjanjikan mereka di akhirat nanti azab yang menghinakan dan kekal di dalam azab itu selama-lamanya.”
Syeikh al-Maraghi: “Terdapat sesetengah manusia menyakiti Rasul-Nya seperti orang yang mengatakan Rasulullah SAW itu seorang penyair, ahli nujum, orang gila, dan banyak lagi kata-kata yang menyakitkan Baginda. Sesiapa yang menyakiti Rasul bererti dia menyakiti Allah SWT; dan sesiapa yang mentaati Rasul bererti dia mentaati Allah SWT. Allah SWT menjauhkan mereka daripada rahmat dan nikmat-Nya ketika di dunia lagi. Maksudnya, Allah SWT menjadikan mereka terus berada dalam kesesatan dan menjadikan mereka gembira melakukan kesesatannya itu. Kesesatan ini bakal menyeret mereka ke dalam neraka, sebagai tempat yang amat buruk; kemudian mereka akan dilaknat ketika ketika di akhirat nanti dengan memasukkan mereka ke dalam neraka yang membakar tubuhnya.”
Maksudnya: “Seorang lelaki buta mempunyai Ummu Walad yang menghina Nabi SAW dan ia benar-benar telah melakukannya (penghinaan). Lelaki tersebut telah melarang dan mengancamnya namun ia tidak berhenti dan lelaki tersebut terus melarangnya namun wanita tersebut tidak mengendahkan larangan tersebut. Ibn Abbas meneruskan lagi: Pada suatu malam, wanita itu kembali mencela Nabi SAW, maka lelaki tersebut mengambil sebilah pisau yang tajam dan meletakkanya di perut wanita tersebut lantas menikamnya. Lelaki tersebut telah membunuhnya sementara antara dua kaki wanita tersebut lahir seorang bayi dalam keadaan wanita tersebut berlumuran darah. Apabila tiba waktu pagi, kejadian tersebut diceritakan kepada Nabi SAW, lalu baginda SAW mengumpul orang ramai dan bersabda: “Aku bersumpah kepada Allah SWT atas seorang lelaki, dia telah melakukan sesuatu perbuatan kerana aku dan dia adalah benar (perbuatannya)”. Kemudian lelaki buta itu melangkah di antara manusia hingga dia duduk di hadapan Rasulullah SAW. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku adalah suaminya akan tetapi dia (wanita) telah mencela dan menghinamu. Aku telah melarangnya dan mengancamnya tetapi dia tetap tidak berhenti atau mengendahkannya. Daripadanya aku telah dikurniakan dua orang anak yang merupakan permata, isteriku sangat sayang kepadaku. Namun, semalam dia telah mencelamu dan menghinamu, lalu aku mengambil pisau dan aku letakkan di perutnya lantas aku menikamnya sehingga meninggal. Nabi SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa darah wanita adalah sia-sia (halal).”
Riwayat Abu Daud (4361), Kitab al-Hudud, Bab Hukum Orang Yang Mencela Rasulullah SAW. Hadis ini adalah Sahih dan perawi-perawinya adalah tsiqah.
Terdapat sebuah atsar daripada Abd al-Hamid bin Abd al-Rahman bin Zaid bin al-Khattab, sesungguhnya beliau berada di Kufah mewakili Umar bin Abdul Aziz. Maka beliau telah menulis kepada Umar bin Abdul Aziz: “Aku mendapati seorang lelaki telah mencelamu di Kufah dan telah terbukti bahawa dia benar-benar telah mencelamu, maka aku ingin membunuhnya atau memotong kedua tangannya atau memotong lidahnya atau menyebatnya, akan tetapi aku terfikir untuk merujuk kepadamu terlebih dahulu berkenaan perkara ini.”
Maka Umar bin Abdul Aziz menulis kembali kepada beliau: “Salam sejahtera ke atasmu, Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika engkau membunuhnya maka aku akan membunuhmu disebabkan olehnya, jika engkau memotongnya maka aku akan memotongmu disebabkan olehnya, jika engkau menyebatnya maka aku akan menariknya daripada engkau. Apabila engkau menerima perutusanku ini maka keluarlah engkau dengannya ke al-Kunasah (tempat pembuangan sampah) mak engkau celalah dia sebagaimana dia mencelaku atau engkau memaafkannya kerana itu lebih aku suka. Ini kerana, tidak halal membunuh seorang muslim yang mencela salah seorang daripada manusia melainkan seseorang itu mencela Rasulullah SAW.” Lihat al-Muhalla (14/434)
Tidak syak lagi bahawa orang yang menghina Nabi SAW wajib dibunuh, seperti yang difatwakan oleh para ulama sejak sekian lama. Antaranya:
*Ada pendapat yang mengatakan wajib dibunuh tanpa perlu diberi peluang untuk bertaubat. Inilah pendapat Ibn al-Qasim.
*Al-Auza`ie dan Imam Malik berpendapat bahawa pesalah itu dianggap murtad dan perlu diberikan peluang untuk bertaubat.
*Begitu juga haram dan dihukum kufur sesiapa yang menghina mana-mana Nabi atau menjtuhkan darjat dan martabat seperti menuduh kejelikan pada tubuh badannya sebagai pincang, limpuh atau kurang ilmunya serta jahil.
*Imam Ibn Mundzir telah menukilkan bahawa secara sepakat ulama barangsiapa yang mencela Nabi Muhammad SAW secara nyata maka wajib dibunuh.
*Abu Bakar al-Farisi yang merupakan salah seorang ulama bermazhab al-Syafie berkata: “Barangsiapa yang menghina Nabi SAW seperti menuduh beliau secara nyata maka dia dihukum kafir dengan sepakat ulama, sekalipun dia bertaubat tetap tidak akan gugur hukuman bunuh yang telah ditetapkan ke atasnya.”
*Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Barangsiapa yang mencerca Nabi SAW atau menjatuhkan maruah Baginda, sama ada orang Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh. Aku berpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh untuk bertaubat.”
*Syeikh Taqiuddin al-Subky dalam al-Saif al-Maslul menyebut: “Siapa yang mencerca Nabi SAW tidak perlu diminta bertaubat dan boleh dibunuh terus.”
*Al-Qadhi Abu Ya`la pula berkata: “Barangsiapa yang mencerca Allah (SWT) dan Rasulullah SAW dia sesungguhnya telah kufur sama ada dia menghalalkan (perbuatan itu) atau dia tidak menghalalkan.”
*Al-Khattabi berkata: “Aku tidak tahu mana-mana ulama Islam yang khilaf mengenai wajibnya membunuh orang yang mencerca Nabi SAW.”
Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan betapa beratnya hukuman dan balasan kepada mereka yang menghina, mencaci dan menjatuhkan maruah Rasulullah SAW termasuk Nabi-Nabi yang lain. Oleh itu, amat perlu kita berhati-hati daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pendapat yang menunjukkan betapa hinanya Rasulullah SAW kerana itu boleh membawa kepada kekufuran dan kemurkaan Allah SWT.
Justeru kita wajib pertahankan Rasulullah SAW, memuliakan Baginda SAW, dan haram sama sekali kita menghinanya. Berat dan buruk natijahnya kita dapat lihat dalam sejarah terhadap penghina Rasulullah SAW. Marilah bersama-sama kita tekuni ayat al-Quran al-Karim seperti mana firman Allah SWT:
إِنَّا كَفَيْنَاكَ الْمُسْتَهْزِئِينَ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu. (Surah al-Hijr, 15: 95)
Imam Ibn Katsir berkata: (Ayat ini bererti:) “Lakukanlah (wahai Muhammad) apa yang diperintahkan kepada kamu dan jangan takut selain Allah, kerana sesungguhnya Allahlah yang menjaga kamu dan memelihara kamu daripada gangguan mereka sebagaimana Dia melindungi kamu daripada golongan yang mencerca dan menghina.”
Syeikh Al-Maraghi berkata: “(Yakni) sesungguhnya Kami akan memelihara kamu daripada sebarang kejahatan orang yang mempersendakan kamu dan al-Quran yang dilakukan oleh sekelompok orang musyrik yang mempunyai kekuatan, dan seringkali menyakiti serta berbuat jahat kepada Rasulullah SAW tatkala mereka melihat Baginda melewati mereka. Allah SWT telah memusnahkan dan membinasakan mereka serta melenyapkan segala tipu daya mereka.”
Kenyataan menghina Nabi SAW mendapat respon daripada ramai ulama termasuk Syeikh Abu Ishaq al-Huwaini. Semoga Allah SWT tambahkan lagi cinta dan kasih saying kita kepada Rasulullah SAW. Mari bersama-sama kita pelajari sirah Baginda SAW, ikuti perintah dan suruhannya, meninggalkan larangan dan tegahannya, serta sentiasa berselawat kepada Baginda SAW. Semoga kita diterima menjadikan umatnya yang mendapat syafaat Baginda di Hari Akhirat kelak. Amin.
Tidak dapat dinafikan memang ada orang yang geli nak makan sup kaki ayam. Namun itu bukan bermakna hidangan sup kaki ayam tidak mendapat ‘sambutan hangat.”
Isinya yang lembut jika dibuat sup, kerabu atau masak kicap, bagi yang belum biasa makan hidangan yang berasaskan kaki ayam, bolehlah belajar-belajar makan ya.
Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protein, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh tubuh.
Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar tentang kebaikan dan manfaat makan sup kaki ayam.
Mungkin bagi sesetengah orang, makan macam ini simple. Tak kenyang sangat.
Tapi nak tahu tak nutrisi dalam sup kaki ayam sihat ini berkepuk-kepuk.
Saya selalu pekena sup kaki ayam dengan kurma merah China atau jujube. Campur sekali dengan goji berries.
Boleh tambah kentang untuk sumber karbohidrat. Memang cukup kenyang.
Sup kaki ayam dengan jujube ini boleh boost tenaga. Dapat naikkan jumlah liquid dalam tubuh. Kaki ayam ini ada tersembunyi kolagen bagus untuk kulit.
Kenapa jujube dengan goji berries yang menjadi pilihan hati?
Jika lihat dalam diet orang Cina, Taiwan dan Korea. Mereka kerap guna kurma merah dalam masakan.
Sebab ada 1001 khasiat dalam ini. Dalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.
Dengan vitamin C yang tinggi pengambilan kurma merah dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Itu yang penting.
Cantikkan balik kulit yang terkesan akibat radikal bebas dan persekitaran
Biasanya kalau banyak duduk terperap dalam rumah. Tak terdedah kepada cahaya matahari lama-lama kulit jadi kusam.
Lebih lebih pada waktu pagi sebelum pukul 10. Matahari sedekah vitamin D untuk tumbuhan dan manusia. Tak kena bayar. Free.
Kulit jadi kering lebih lebih lagi bila lama duduk dalam aircond.
Goji berries juga adalah superfood. Banyak khasiat. Ada macam-macam nama pula tu.
Contoh nama saintifiknya ialah Lycium Barbarum, dikenali juga sebagai wolfberries, fructus lycii dan gougizi.
Dalam Journal of Dietary Supplements tahun 2015 disebut kebaikan goji berries sebagai penghalang kepada kanser dan penyakit jantung. Juga tingkatkan sistem imun.
Apabila hari lahir tiba-tiba, ada satu subjek yang tidak selalu menggembirakan untuk diraikan. Ia berkaitan dengan perubahan yang berlaku dengan badan anda dari semasa ke semasa.
Apabila anda masih muda, mengekalkan bentuk badan agak mudah untuk diuruskan. Walau bagaimanapun, apabila mencapai usia 40-an, mengekalkan bentuk badan boleh menjadi agak mencabar. Anda mula kehilangan 3 hingga 5% daripada jisim otot tanpa lemak setiap tahun selepas mencecah 30 tahun. Tidak perlu tertekan! Helah senaman rahsia untuk mengekalkan bentuk badan selepas 40 tahun!
Rahsia ini boleh menyelamatkan anda dan semuanya adalah tabiat yang anda boleh gunakan dengan mudah dalam rutin harian anda. Lima helah mudah ini untuk mengekalkan bentuk badan selepas 40 tahun.
“Bab 40-an” memulakan satu lagi bahagian kehidupan yang sangat sibuk. Anda mungkin berurusan dengan kanak-kanak pada pelbagai peringkat, tetapi semuanya sentiasa berlari, melompat atau menari ke arah yang berbeza. Menjaga bentuk badan selepas 40 adalah lebih mudah apabila anda mendekati senaman seperti kanak-kanak. Kumpul beberapa rakan dan bermain sukan yang tidak memerlukan kemahiran seperti berjalan-jalan atau berlari di tasik. Semakin menyeronokkan anda, semakin kurang ia akan berasa seperti bersenam.
Berehat mungkin kelihatan seperti cara yang paling masuk akal dan paling mudah untuk memanjakan diri apabila anda berasa letih. Tetapi anda sebenarnya akan berasa lebih bertenaga apabila lebih aktif!
Pernahkah anda terfikir bagaimana anak anda yang gelisah mempunyai tenaga selepas gelisah sepanjang hari? Ambil halaman dari buku panduan anak dan gelisah untuk membakar kalori sepanjang hari dan mencipta lebih banyak tenaga, saranan pakar. Walaupun bekerja di pejabat boleh jadi mencabar, jadi kreatif! Cuba keluar untuk berjalan-jalan yang menyegarkan semasa rehat, atau lakukan beberapa regangan yoga jika boleh.
Apabila otak kita merasakan kesakitan, kecenderungan semula jadi kita adalah untuk berehat apa sahaja yang menyakitkan. Namun, dalam banyak kes, pergerakan akan membantu melonggarkan badan dan mengurangkan kesakitan. Ini benar terutamanya dalam kes sendi kaku atau artritis. Sudah tentu, adalah wajar untuk pemeriksaan dengan doktor sebelum memulakan sebarang rutin senaman yang cergas-terutamanya jika anda mengalami sebarang jenis kesakitan.
Terdapat banyak cara yang menyeronokkan untuk mendapatkan dos senaman yang sihat. Lihat gimanisium tempatan anda untuk kelas senaman yang berbeza, libatkan diri dalam sukan baharu atau buat rancangan untuk berjalan kaki atau mendaki di taman yang belum pernah anda kunjungi. Semakin banyak variasi yang anda sertakan dalam senaman, semakin menarik dan merangsangnya.
Faedah senaman pagi yang mengagumkan akan berkurangan dengan cepat apabila anda mencapai meja dan duduk selama berjam-jam. Tetapkan penggera setiap jam dan bangun untuk melakukan set jongkong atau tekan tubi meja yang pantas antara mesyuarat supaya anda boleh meneruskan faedah senaman pagi anda. Simpan sepasang pemberat ringan berdekatan ya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!